Amalan gaya hidup sihat perlu diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Bersenam sekurang-kurangnya 2 kali seminggu sudah mencukupi. Gaya pemakanan juga perlu dijaga, jangan makan terlalu banyak ‘fast food’.

Bagi orang yang bekerja, mereka tidak ada masa yang cukup untuk melakukan senaman di luar seperti jogging di taman atau kawasan perumahan. Jika ada masa, masa itu digunakan untuk berehat di rumah atau keluar bersama keluarga.

Jadi, masa untuk bersenam itu tidak ada dalam rutin harian mereka. Cara yang terbaik adalah bersenam waktu malam kerana waktu itu sahaja ada dan panjang. Tetapi, ada orang cakap, bersenam waktu malam tidak elok kerana ia adalah waktu untuk kita rehatkan badan kita.

Boleh atau tidak bersenam waktu malam? Jawapannya ialah boleh tetapi ada syaratnya. Apakah syaratnya?

Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai 4 syarat bersenam waktu malam. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul.

Bersenam waktu malam

4 syarat bersenam malam
Imej via thevocket

Jika tak bersenam, risiko mendapat penyakit kencing manis, darah tinggi, obesiti, dan masalah jantung meningkat. Jika bersenam intensiti tinggi pada waktu malam, risiko mendapat penyakit darah tinggi, dan masalah jantung meningkat.

Kemudian kita bandingkan pula dua perkara ini. Antara tak bersenam dan bersenam malam, mana lebih tinggi risiko?

Ya, jika tak bersenam lebih tinggi risiko. Malah mengatakan senam malam meningkatkan risiko penyakit berkenaan, adalah tak berapa tepat.

Bersenam pada waktu siang (pagi atau petang) adalah kondisi terbaik, namun kebanyakan kita kesuntukan masa untuk bersenam pada waktu itu.

4 Syarat bersenam waktu malam

Kondisi kedua terbaik adalah bersenam pada waktu malam, tetapi dengan beberapa syarat, antaranya:

1. Intensiti senaman boleh ringan/sederhana/tinggi

2. Jika intensiti tinggi, tak kurang 1jam sebelum tidu

3. Selesai senaman tidak terlalu lewat malam

4. Bersihkan diri sebelum masuk tidur

*Jadi, boleh untuk kita bersenam waktu malam tetapi jangan terlalu lama. Tubuh badan kita juga memerlukan rehat yang secukupnya untuk meneruskan aktiviti harian esoknya. Jangan terlalu memaksa diri. Cukup sekadar buat yang termampu.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .