Setiap ibu mengandung pastinya inginkan yang terbaik untuk bayi dalam kandungan. Sebaik sahaja mendapat berita gembira yang dirinya mengandung, biasanya di antara perkara pertama yang akan dilakukan oleh seorang ibu ialah mencari susu untuk ibu hamil yang terbaik di pasaran.

Kajian menunjukkan bahawa ibu mengandung memerlukan 1000 ke 1300 mg kalsium atau lebih kurang 3 cawan setiap hari bagi memenuhi keperluan tubuh badan dan untuk disalurkan kepada bayi dalam kandungan. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan info tentang kebaikan susu untuk ibu mengandung dan jenis susu terbaik untuk ibu mengandung.

Meningkatkan IQ bayi dalam kandungan

Di antara kandungan yang terdapat dalam susu untuk ibu mengandung ialah iodine. Iodine adalah salah satu bahan yang mampu merangsang perkembangan otak bayi dalam kandungan serta meningkatkan IQ bayi anda. Oleh itu, kalau anda nak bayi yang bijak dan cerdas, jangan lupa untuk minum susu setiap hari sepanjang anda mengandung.

Membantu pembentukan tulang dan gigi bayi yang sempurna

Susu ibu mengandung kaya dengan kalsium yang berfungsi untuk membantu pembentukan tulang dan gigi yang sempurna buat bayi dalam kandungan anda. Jika anda tidak mendapat kalsium yang secukupnya setiap hari, ia akan merencatkan proses pembentukan dan tumbesaran tulang dan gigi bayi anda.

Membantu menjaga kesihatan tulang dan gigi ibu sepanjang tempoh mengandung

Sepanjang anda mengandung, bayi akan menyerap kebanyakan nutrien dan vitamin yang masuk ke dalam badan anda, termasuk kalsium. Masalah kekurangan kalsium akan menyebabkan tulang dan gigi anda menjadi reput. Itulah sebabnya ramai ibu mengandung mengalami masalah gigi luruh semasa mengandung. Malah ada juga ibu yang sakit otot akibat kekurangan kalsium. Oleh itu, amalkan minum susu untuk ibu hamil agar tulang dan gigi anda sentiasa sihat.

Mencegah kejang atau simpul mengkarung

Kebaikan susu untuk ibu hamil yang seterusnya ialah ia membantu mencegah kejang atau simpul mengkarung yang biasa dialami oleh ibu mengandung. Siksa ya amat kalau terkena simpul mengkarung, kan! Boleh menangis dibuatnya. Jika anda mengamalkan minum susu setiap hari, insya Allah masalah kejang dan simpul mengkarung yang anda alami akan hilang sedikit demi sedikit. Anda tak perlu menderita lagi.

Mencegah Osteoperisis semasa anda tua kelak

Penyakit Osteoperosis atau reput tulang adalah masalah yang selalu berlaku kepada golongan tua. Ianya berlaku kerana kekurangan kalsium sejak zaman muda. Oleh itu, anda boleh elakkan daripada terkena Osteoperosis semasa tua nanti dengan melakukan pencegahan dari sekarang. Amalkan minum susu setiap hari, terutamanya semasa anda mengandung di mana tubuh badan memerlukan kalsium lebih banyak daripada kadar biasa.

susu untuk ibu hamil
Sumber: Momjunction

Apakah jenis susu terbaik untuk ibu mengandung?

Semasa mengandung, anda boleh memilih untuk minum salah satu daripada jenis susu yang berikut:

Susu lembu

Susu lembu adalah susu utama pilihan ibu mengandung di Malaysia. Anda boleh pilih untuk minum susu segar, susu rendah lemak, susu uht, atau susu tepung yang banyak dijual di pasaran. Di antara khasiat susu lembu ialah: 

  • Kaya dengan asid amino yang baik untuk sel tubuh badan ibu dan bayi dalam kandungan.
  • Vitamin D yang membantu mengurangkan risiko diabetis pada ibu mengandung dan membantu perkembangan bayi dalam kandungan. 
  • Vitamin E yang merupakan antioksida.
  • Mengandungi kandungan kalsium yang sangat tinggi. 
  • Vitamin A yang terdapat dalam susu lembu membantu meningkatkan imuniti bayi dalam kandungan anda.

Susu kambing 

Susu kambing biasanya boleh didapati dalam bentuk susu segar atau susu tepung. Ia merupakan makanan sunnah yang semakin mendapatb tempat dihati ibu-ibu di Malaysia. Di antara khasiat susu kambing ialah; 

  • Kaya dengan protein.
  • Kaya dengan vitamin B2 yang membantu meningkatkan antibodi dan imuniti badan.
  • Rendah kandungan butterfat globules.
  • Kaya dengan kalsium.

Susu soya 

Selain susu lembu dan susu kambing, anda juga boleh mengamalakn susu soya setiap hari. Di antara nutrisi yang ada dalam susu soya ialah:

  • Kaya dengan kalsium seperti susu lembu dan susu kambing.
  • Tanpa kolesterol, membantu mencegah diabetis dan menjaga paras kolesterol dalam darah.
  • Kaya dengan lemak Monosaturated dan polysaturated yang membantu mencegah penyakit kardiovaskular semasa mengandung.
  • Kaya dengan antioksidan yang dapat mencegah kanser. 

Susu beras

Mungkin ini kali pertama anda mendengar tentang susu beras. Susu beras adalah susu yang dihasilkan dari air dan beras. Ianya adalah susu alternatif bagi ibu yang tidak boleh minum susu lembu atau susu kambing kerana alahan kepada laktosa. Susu beras mengandungi:

  • Kadar vitamin B yang tinggi.
  • Rendah lemak .
  • Rendah protein.
  • Tinggi dengan antioksida. 
  • Kaya dengan selenium.
  • Tinggi kandungan mangan.
  • Namun susu beras tidak sesuai untuk ibu yang mengidap diabetes kerana ia mengandungi 4 kali ganda karbohidrat lebih tinggi daripada susu lembu.

Susu kacang almond 

Susu kacang almond dihasilkan dari kacang almond dan air. Biasanya, kalau orang tak suka susu soya, mereka akan gantikan dengan susu almond. Ini adalah pilihan kedua kepada ibu yang alah kepada laktosa. Di antara khasiat susu almond ialah:

  • Tidak mengandungi lemak.
  • Tidak mengandungi kolesterol.
  • Kaya dengan asid folic.
  • Tinggi kandungan fiber.
  • Kaya dengan protein.
  • Kaya dengan Vitamin B.
  • Tinggi kandungan kalsium.
  • Tinggi kandungan iron.
  • Tinggi kandungan Vitamin E. 
  • Rendah kalori.
  • Kaya dengan antioksida.
susu untuk ibu hamil
Sumber: Firstcry

Itulah dia info tentang susu untuk ibu hamil yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang buah yang baik untuk ibu hamil, cara senaman wanita hamil, dan tips puasa untuk ibu hamil.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.