Susu yang keluar sedikit sangat atau tiada langsung? Biar betul? Setelah beranak, biasalah, mesti si ibu tidak sabar hendak menyusukan bayi mereka secepat mungkin. Akan tetapi, rupa-rupanya tiada setitis susu pun keluar, kalau ada pun hanya sedikit je.

Alamak! Macam mana ni? Sudah pasti si ibu terus jadi bingung, ye lah, sudahlah proses bersalinnya berjam-jam, baru hendak meraikan, dikejutkan pula dengan kesukaran untuk meyusukan anak. Kejadian ini telah pun berlaku pada Puan Aimi Nawi, bukan sekali sahaja ye, tetapi setiap kali setelah bersalin.

Paling mencabar sekali terjadi setelah si ibu ini melahirkan anak bongsu dia, yang ke-empat. Sudahlah bayi tengah kelaparan, kemudiannya tiba-tiba terkena jangkitan virus. Aduhai kesiannya! Disebabkan itulah, si ibu Aimi Nawi ini terdetik untuk berkongsi pengalamannya.

Susu Sikit Atau Susu Tak Ada Lepas Bersalin

Walaupun anak dah masuk 4 orang tapi inilah masalah Aimi setiap kali beranak. Dan Aimi bukan jenis yang lepas beranak je susu terus keluar. Pasal susu pun ibu boleh jadi murung tau.

Tapi nak share pengalaman Aimi nak menyusukan hero latest ni sebab dia yang paling mencabar sekali.

Lepas bersalin baby Zikri, as expected memang susu tak keluar. Tapi still buat skin to skin, ajar baby latch dan initiate stimulation. Alhamdulillah baby pandai latch sendiri.

3 orang anak sebelum ni at least kalau Aimi marmet nampak titik-titik susu keluar. Tapi kali ni langsung takde. Panik okay. Tapi pujuk diri susu ada tu cuma tak keluar lagi.

Lepas baby direct feed, Aimi pump untuk tambah lagi rangsangan. Lepas 3-4 hari nampak lah ada titik susu keluar dari satu mata. Okay it’s a progress.

Apa Hasil Masuk Minggu Ke-2 Buat Rutin DF Dan PAM? 

After a week rutin df dan pump, barulah susu yang menitik satu-satu tu nampak banyak sikit. Tapi still setitik-setitik. Kalau anak-anak sebelum ni at least masuk seminggu tu dah boleh breastfeed dengan agak lancar.

Masa ni serius Aimi mula panic and stress dah. Rasa nak menangis tapi tahan dan kuatkan semangat je. Baby pun lagi banyak susu botol dari susu badan.

After a week Aimi continue je rutin df dan pump tu tapi nak start kumpul EBM dan bagi baby minum ikut botol. Sebab bila baby df, dia malas nak hisap lama-lama sebab susu keluar setitik-setitik je kan. Letih lah dia.

So bila time feeding tu Aimi bagi baby direct feed untuk stimulate. Then Aimi pump. Buat POWER PUMPING SEJAM kot baru lah dapat dalam 1/2oz ke 1oz. Bagi baby minum through botol.

Bagaimana Pula Apabila Bayi Kuning Dan Dijangkiti VIRUS?

Serius penat giler. Baby kuning so kena susukan every 2 hours. Nak susukan baby pun kadang setengah jam. Pastu sambung power pumping sejam. Kadang boleh rest 15-20 minit je dah kena susukan baby and pump balik. Tapi at least baby dah more on breastmilk dari susu formula.

Dah lah penat tak cukup tidur, almost setiap hari pulak kena ulang alik KK check kuning. Doktor pulak setiap kali jumpa mesti kata “susu mama tak cukup ni, kena top up ya”.

Mau tak stres dengar kan. Yes doc meant well tapi Aimi yang dah exhausted doing the best that I can so that baby still boleh minum breastmilk tu, hati dah rapuh kalah ranting tua. Tinggal nak snap je. Serius badan kata give up je tapi hati kata keep fighting.

Hari ke-13 baby warded NICU pulak sebab viral infection. There was one time baby menangis non-stop sampai lah nurse datang dan bagi dia susu formula guna syringe baru dia stop dan tidur. Padahal sebelum tu dah few times Aimi direct feed dia.

susu
Imej via Facebook Aimi Nawi

Nurse tanya susu dah kering ke. And I couldn’t answer sebab mata ni dah bertakung air tinggal nak mengalir je😭

Malam tu kena tinggal baby dekat NICU. Sebelum balik masuk jenguk dia tengok dia dah duduk bawah lampu. Condition dia masa tu dengan oxygen line semua nampak dia suddenly lemah. Rasa hiba sangat tengok dia.

On the way balik dalam kereta Aimi senyap je. Tengah tahan perasaan. Husband perasan. Dia pegang tangan Aimi and cakap InshaAllah baby okay.

Sambil menangis I said to him “he needs my milk. Kalau susu banyak takpe jugak. Ni susu pun macam takde. How am I supposed to help him to get better”.

Sepanjang dalam kereta Aimi doa dalam hati mintak Allah kesian lah dekat baby. Cukupkan keperluan susu dia. Let me help him to get better. Dah lah rasa fail to protect him from getting sick in the 1st place, then tak boleh bagi susu cukup pulak kan 😭😭😭

Patutkah Ibu Teruskan Rutin Pam Di Rumah Biarpun Bayi Kena Tinggal Di Wad?

Sampai rumah dekat pukul 1 pagi. Ikut hati nak tidur je sebab dah penat sangat. Tapi gigihkan diri buat jugak power pumping fikir esok boleh bagi EBM dekat baby. Sambil pump sambil tengok gambar baby dalam phone😭

Masa pump tu memang meleleh air mata tau. That time I felt so powerless and helpless. Lemah sangat.

I prayed to Him. Aimi cakap Aimi sedar susu tu rezeki Allah bagi untuk baby. Bukan Aimi yang hasilkan susu tu tapi Allah yang bagi untuk baby through my body. I can only usaha tapi susu ada hanya dengan izin Allah. Please jaga my baby for me. Hadirkan rezeki susu untuk baby. Izinkan Aimi dapat susukan baby and help him to get better.

Nak simpan EBM tu tengok dapat 4oz. Ehhh???? Tak pernah dapat banyak tu. Biasa paling banyak pun 2oz.

The next morning Aimi bangun buat lagi power pumping. Masa ni dah nekad sikit banyak dapat janji ada untuk baby. Takat mana mampu bagi Aimi bagi je.

But to my surprise hasil power pumping pagi tu Aimi dapat 6oz.

Sampai NICU pagi tu tengok baby jaga. Angkat dia dan direct feed. Aimi nangis but definitely a happy tear. Subhanallah rasa beza sangat. I can feel that ‘let down reflex’ or some called ‘milk ejection reflex’. Baby pun sampai tersedak-sedak nak telan susu.

Lepas df baby, as usual Aimi pump. And to my surprise again dapat collect 5oz EBM. I was stunned. 5oz lepas dah direct feed baby. Aimi nangis sebab happy sangat☺️

Since then Alhamdulillah proses penyusuan Alif Zikri start lancar. Kerap jugak Aimi kena pump sepanjang dalam wad NICU dengan dia lepas baby df sebab breast still bengkak.

Aimi tak tahu setakat mana rezeki Zikri tapi as a mom, Aimi akan terus usaha sedaya mungkin. Selebihnya biar Allah tentukan sebab susu tu bukan milik Aimi tapi rezeki milik Allah untuk baby.

Apakah Tip Bagi Ibu Apabila Susu Tiada Atau Sedikit Selepas Bersalin?

To my fellow bf mommies here are some tips Aimi boleh share based on pengalaman 4x susu tak keluar or keluar sikit lepas bersalin.

1️⃣ Teruskan direct feed baby every 2 hours tak kira sesikit mana pun susu keluar. The point is kita nak kena stimulate dan rangsang production susu. Takde rangsangan terbaik melainkan hisapan baby.

2️⃣ Lepas baby direct feed kalau dia still lapar bagi je susu botol. Ni memang contradict dengan ajaran mana-mana LC or geng hardcore bf. Tapi kalau dah baby menangis lapar kita pun stress kan. Kesian jugak dekat baby. Bukan bagi banyak pun. Just top up supaya baby kenyang dan boleh tidur. Biasa 1/2 oz pun tak habis minum.

3️⃣ Baby dah relax dah tidur, mommy sambung pump. Kita nak increase stimulation. Nak bagi badan kita faham “my baby needs more milk so aku kena produce lagi banyak”. Dan pump untuk stimulate ni tak perlu suction tinggi. Nanti luka pulak nipple tu. Low to medium suction je. Just nak stimulate.

4️⃣ Kuatkan semangat dan think positif. Allah akan jaga rezeki baby. Bukan kita yang mampu breastfeed anak atau tak tapi Allah yang bagi izin. Aimi set mind baby takde dosa, Allah sayang baby jadi Allah akan bagi rezeki susu tu pada baby. Ibu je kena usaha keluarkan susu tu.

5️⃣ Teruskan rutin df dan pump (stimulation) sampai susu dah lancar, dah cukup untuk baby dan dah tak perlu top up formula.

Adakah Susu Formula Suatu Keperluan Atau Kehendak?

Bila decide nak top up formula pun jangan view sebagai jalan keluar. Some LC or hardcore bf sangat against bagi formula sebab nanti terus susu takde. Memang betul kalau ibu jadikan sebagai jalan keluar untuk masalah susu kurang or takde. Tapi as for me, Aimi jadikan sebagai temporary solution. Baby tak lapar, Aimi tak stress dan boleh keep on stimulate my body untuk increase milk production.

Benarkah Susu Semakin Berkurang Apabila Anak Semakin Bertambah?

Aimi start proses breastfeeding baby Zikri ni dengan expectation yang rendah je. Sebab ikut pengalaman 3 orang sebelum ni, Aimi rasa makin tambah anak makin kurang susu. Tapi Aimi salah.

Allah yang bagi rezeki susu tu. Kita rasa kita boleh susukan baby. Tapi kita lupa Allah yang jaga rezeki baby. Baby takde dosa. Allah pelihara baby dan izinkan kita ada susu untuk keperluan baby. Kita ingat kita yang mampu susukan baby.

Dalam satu malam Allah boleh limpahkan nikmat susu untuk baby. Susu tu ada cuma Allah nak tengok sejauh mana kita usaha dan sekuat mana kebergantungan kita pada Dia.

And I think it’s not fair kata ibu gagal susukan anak sebab takde ilmu. Anak no 3 dulu aimi pergi kelas, seminar dan beli buku pasal bf tapi still mampu susukan sampai 10 bulan je.

*Memang bukan semua ibu bersalin dapat rezeki susu ini, tetapi, jangan pula si ibu terus berputus asa. Tunggu apa lagi, penting tau info ini dikongsi bersama, share ya!

Penulis: Fadhilah

Fadhilah

Seorang yang enjoy movies, bersiar-siar, bersukan & sangat suka kucing. Hobi menulis di Bidadari.my bagaikan sebuah laman persinggahan dari hidup seorang pelajar pascasiswazah di UKM.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.