Tidak dapat dinafikan lagi bahawa susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi anda. Tidak kira walau semahal mana pun susu formula yang anda beli di pasaran, takkan sesekali mampu menandingi kehebatan susu ibu ciptaan Allah. Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda membaca dan mendapatkan ilmu tentang penyusuan susu ibu seawal tempoh kehamilan anda lagi.

Di antara perkara yang wajib anda ketahui tentang penyusuan susu ibu ialah isu seperti susu ibu tahan berapa jam? Bagaimanakah cara untuk menyimpan susu ibu dengan betul agar tidak mudah rosak?

susu ibu tahan berapa lama
Sumber: Dietdietsihat

Susu ibu tahan berapa jam?

Di antara maklumat yang paling penting untuk anda ketahui ialah susu ibu tahan berapa jam sebelum ianya menjadi rosak dan kehilangan semua nutrien penting yang diperlukan oleh bayi anda. Adalah sangat penting untuk memastikan bayi anda tidak minum susu yang rosak kerana boleh menyebabkan bayi anda mengalami sakit perut, muntah-muntah, dan cirit-birit.

Kata kunci pertama yang anda wajib tahu ialah, berapa lama susu ibu mampu bertahan sebelum menjadi rosak adalah bergantung kepada dua perkara berikut:

  • Bagaimana cara anda memerah susu
  • Bagaimana cara anda menyimpan susu tersebut

Secara asasnya, susu perahan akan bertahan untuk tempoh yang berikut:

  • Jika susu diperah dibiarkan dalam suhu bilik, ia akan kekal segar selama tiga hingga empat jam sehaja sebelum mula rosak akibat tindak balas daripada bakteria dan kuman. 
  • Susu yang baru diperah dan terus disejukkan dalam peti ais, bukan dibekukan boleh bertahan selama enam hingga lapan jam sebelum mulai rosak.
  • Susu ibu yang telah dibekukan dan disimpan dalam peti sejuk akan dapat bertahan selama tiga hingga lima hari.
  • Susu ibu yang dibekukan akan bertahan selama tiga hingga enam bulan.

Tips Menyimpan Susu Perahan Dengan Betul Supaya Tahan Lama Dan Tidak Rosak

Pastinya anda teruja untuk mengetahui apakah tipa menyimpan susu perahan dengan betul supaya bertahan dengan lama dan tidak mudah rosak. Berikut adalah tips yang boleh anda amalkan:

susu ibu tahan berapa lama
Sumber: Latifahfazri

1. Menggunakan bekas penyimpanan susu yang bersih dan telah disterilkan

Anda boleh memilih sama ada untuk mengisi susu perahan dalam botol plastik atau beg linear namun pastikan ianya ialah bebas BPA. Pastikan bekas yang digunakan dicuci dengan bersih dan disterilkan. Elakkan daripada menyimpan susu perahan dalam plastik aiskrim kerana ianya tidak steril. Pastikan bekas yang anda pilih mempunyai cakera penutup (disc seal) agar susu perahan tidak mudah tumpah.

Botol penyimpanan yang anda gunakan juga adalah khusus untuk mengisi dan menyimpan susu perahan sahaja. Jangan gunakan bekas yang sama sebagai bekas makanan, bekas membekukan ikan, dan sebagainya. Jika anda memilih untuk menyimpan stok susu perahan dalam botol, pastikan anda memilih saiz botol yang bersesuaian dengan jenis pam untuk mengelakkan kebocoran atau berlaku tumpahan susu perahan.

Nasihat kami, pilih botol yang sesuai untuk sekali minum. Pastinya anda tahu berapa ml susu bayi anda akan minum dalam satu masa. Simpan susu dalam setiap botol mengikut jumlah ml yang diminum oleh anak anda untuk mengelakkan pembaziran. Ini kerana lebihan susu yang telah dipanaskan perlu dibuang. Ia tidak boleh disimpan atau dibekukan semula.

2. Labelkan bekas penyimpanan susu ibu

Adalah penting untuk anda melabelkan setiap bekas penyimpanan susu ibu dengan butiran berikut, terutamanya jika bayi anda tidinggalkan di taska atau rumah pengasuh:

  • Nama bayi
  • Tarikh susu diperah
  • Masa susu diperah 
  • Jumlah perahan.

Anda boleh labelkan dengan menggunakan stiker atau marker. Melabelkan setiap susu perahan adalah sangat penting supaya susu bayi anda tidak tertukar dengan susu orang lain. Dan susu yang paling lama diminum dahulu sebelum susu yang baru.

3. Simpan kuantiti yang mencukupi di dalam bekas penyimpanan susu ibu

Sepert yang kami nyatakan di atas, cara terbaik untuk menyimpan susu perahan ialah dengan cara menyimpan susu ibu di dalam satu bekas untuk sekali penyusuan sahaja.

Sebagai contoh, jika bayi anda biasanya minum 6 oz untuk setiap sesi, maka anda perlu menyimpan 6 oz dalam setiap bekas simpanan. Ia bukan sahaja membantu mengelakkan berlakunya pembaziran malah akan memudahkan penjaga bayi anda untuk menyediakan susu.

4. Tinggalkan sedikit ruang pada bekas penyimpanan susu ibu

Ini adalah sangat penting. Jangan isi susu perahan dengan penuh sehingga ke penutupnya. Anda perlu meninggalkan sedikit ruang di dalam bekas penyimpanan, disarankan sekurang-kurangnya satu inci. Ini kerana semasa proses pembekuan, susu ibu akan mengembang dan naik ke atas. Jika anda mengisi dengan terlalu penuh, tidak akan ada ruang untuk susu mengembang lalu akan menyebabkan penutupnya terbuka dan susu melimpah keluar.

susu ibu tahan berapa lama
Sumber: Permatacintaku

5. Amalkan konsep First In First Out ( FIFO )

Tips penyimpanan susu perahan yang seterusnya ialah konsep FIFO iaitu First In First Out. Maksudnya, gunakan susu yang paling lama dahulu. Bukannya yang baru. Ini adalah sangat penting bagi mengelakkan ada susu perahan yang rosak akibat telah sampai tarikh luputnya kerana disimpan dengan terlalu lama. Jika anda mengamalkan konsep FIFO, pastinya tidak akan ada susu perahan anda yang rosak dan terpaksa dibuang.

6. Simpan susu perahan di dalam peti sejuk beku

Tips penyimpanan susu ibu yang terakhir ialah pastikan anda simpan susu perahan di bahagian peti sejuk beku atau freezer agar susu perahan anda bertahan dengan lama sebelum rosak.

Itulah dia info tentang susu ibu tahan berapa lama yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan artikel ini anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang tips penyusuan susu ibu, masalah penyusuan susu ibu, dan cara penyimpanan perahan susu ibu.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.