Semenjak dua menjak ini, makanan selain dari makanan tempatan dan barat telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia termasuklah Sushi.

Pelbagai kedai sushi telah dibuka di seluruh Malaysia seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Makin popular lah katakan. Suhsi King lah, Nippon Sushi lah, Empire Sushi lah. Dan siap ada yang buat sushi homemade lagi tau untuk dijual.

Pelbagai jenis sushi. Imej via thestar

Apa itu sushi? Sushi ialah salah satu makanan tradisional yang paling popular di Jepun. Ia diperbuat daripada nasi bercuka dan dimasukkan bersama campuran ikan, makanan laut, sayur-sayuran atau telur. Bahan tambahan tersebut boleh ditambah dalam keadaan mentah, dimasak atau diperam.

Sushi pada umumnya digolongkan kepada beberapa jenis sushi iaitu nigirizushi, oshizushi, chirashizushi, inarizushi, dan narezushi. Ianya bergantung kepad bentuk nasi bagi suhi tersebut. Kebiasaannnya sushi ini akan dimakan bersama wasabi yang telah diproses dan sos ikan.

Nak tahu cara makan sushi yang sebenar?

Kegunaan Wasabi

Tapi itulah sayangnya ada segelintir penggemar sushi tidak makan sushi bersama wasabi yang ada berikutan rasa pedasnya yang berangin. Yela, pedasnya tak seperti pedas cili Malaysia. Anda tahu di sebalik kenapa rakyat Jepun makan sushi bersama-sama wasabi? Sebenarnya rasa pedas dan bau wasabi yang kuat ini sebenarnya dapat menghilangkan rasa dan bau hanyir makanan mentah. Lagi pula, wasabi ini merupakan antibakteria semulajadi tau.

"

Apa Itu Wasabi?

Apa itu wasabi? Wasabi atau nama saintifiknya Wasabia japonica merupakan tanaman asli Jepun yang hanya tumbuh di daerah beriklim sejuk iaitu 10-17oC. Wasabi memerlukan bekalan mata air yang berterusan dan kawasan yang rendang dan tanah berbatu. Kelembapan dan persekitaran yang tak sesuai, haiwan perosak boleh menyebabkan masalah pada tumbuhan ini untuk hidup kerana ianya sangat sensitif. Tidak semua tempat ia boleh hidup. Disebabkan itulah harganya agak tinggi. Boleh lihat rajah dibawah untuk rajah asal tumbuhan wasabi.

Kajian dan penyelidikan yang telah dilakukan juga menunjukkan wasabi mengandungi agen bakteria yang dikenali sebagai isotiosianat (ITC) di mana agen ini kuat dalam merencatkan aktiviti bakteria. Jadinya, sushi mentah yang mempunyai keberangkalian tinggi untuk terdedah kepada pertumbuhan bakteria dapat direncatkan dengan pengambilan wasabi bersamanya.

Aplikasi ITC ini terhadap bakteria adalah bergantung kepada dos dan jenis ITC di mana membuktikan perencatan pertumbuhan Rhizoctonia solani menggunakan AITC, benzil- ITC (BITC), fenil- AITC (PITC) dan metil- ITC (MITC) adalah berbeza (Molina-Vargas 2013). Tambahan pula, ITC memberikan kesan perencatan terhadap pelbagai jenis bakteria walaupun pada kepekatan yang rendah seterusnya melayakkannya sebagai calon antibakteria yang terjamin. ITC bertindak balas terhadap protein bakteria sehingga boleh menyebabkan sel dinding rosak seterusnya mengakibatkan kebocoran ATP dan komponen intrasel (Dufour et al. 2015)

Aktiviti ITC ini dipercayai menyebabkan berlakunya perencatan respiratori seterusnya memberi penekanan terhadap pertumbuhan dan pembiakan bakteria (Inatsu et al. 2005). Walau bagaimanapun Hayek et al. (2013) melaporkan aktiviti antibakteria AITC berkaitan dengan ketidakaktifan intrasel enzim melalui pemutusan pengoksidaan ikatan disulfida dan formasi tiosianat radikal yang reaktif menjadi perantara kesan antibakteria.

Oleh itu, sushi haruslah di makan bersama-sama wasabi. Selain daripada boleh menghilangkan rasa dan bau hanyir bahan mentah, ia juga dapat bertindak sebagai agen antibakteria semulajadi. Jadi, penggemar-penggemar sushi yang tidak makan bersama-sama wasabi bolehlah mula mengambilnya selepas ini.

Sebenarnya, untuk mengatakan sushi terdedah seratus peratus pada bakteria tidak dapat dipastikan kerana cara penyediaan sushi tersebut tidak diketahui. Tetapi, secara kasar nya bahan mentah yang tidak dimasak selalunya mudah terkena jangkitan bakteria. Jadi untuk mengurangkan risiko untuk terdedah pada bakteria yang selalu ada pada bahan mentah seperti E.coli, S.aureus dan sebagainya, penulis menggalakkan penggemar-penggemar sushi sekalian, ambil lah wasabi bersama-sama sushi, terutamanya sushi yang disertakan bahan mentah. Sebagai langkah berjaga-jaga. Terutama sekali buat ibu hamil.

Rujukan

  • https://ms.wikipedia.org/wiki/Sushi,_Makanan_Jepun
  • Dufour, V., Stahl, M. & Baysse, C. 2015. The antibacterial properties of isothiocyanates. Microbiology. 161(2): 229-243.
  • Hayek, S. A., Gyawali, R. & Ibrahim, S. A. 2013. Antimicrobial natural products. Dlm. Vilas, A. M. (pnyt.). Microbial Pathogens And Strategies For Combating Them: Science, Technology and Education, 910-921. Jilid ke-2. USA: Formatex Research Centre.
  • Inatsu, Y., Bari, M., Kawasaki, S. & Kawamoto, S. 2005. Effectiveness of some natural antimicrobial compounds in controlling pathogen or spoilage bacteria in lightly fermented chinese cabbage. Journal Of Food Science. 70(9): 393-397.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.