Anda sedang mencari stroller baby? Tengah survey stroller mana yang terbaik, paling praktikal, senang digunakan, boleh digunakan sehingga bayi anda besar, dan yang paling penting sekali datang dengan harga yang berpatutan dan mampu milik? Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan tips memilih stroller baby yang terbaik untuk anak anda.

stroller baby

Sumber: Amazon

1. Keselamatan

Tahap keselamatan stroller yang menjadi pilihan anda adalah di antara perkara yang paling penting dalam memilih troller yang terbaik buat bayi anda. Di antara ciri-ciri keselamatan yang boleh anda periksa ialah:

  • Harnest dan seatbelt pada stroller. Adakah ia kuat dan mempu menjaga bayi anda daripada terjatuh semasa berada di dalamnya? Sistem yang paling selamat adalah sistem abah-abah lima penjuru yang mengikat bayi anda di kawasan pinggang,di celah kaki dan kawasan bahu bayi. Pastikan juga klipnya mudah dibuka tapi kukuh melekat pada bayi anda.
  • Sistem brek yang bagus iaitu mempunyai brek kaki pada kedua-dua tayar di bahagian belakang untuk memudahkan anda menekan brek pada bila-bila masa
  • Tiada bahagian stroller yang tajam dan boleh mencederakan bayi anda
  • Struktur stroller yang kukuh supaya tidak mudah tertutup sendiri atau berlaku kejadian yang tak diingini
  • Stroller yang stabil
  • Rodanya boleh dikunci apabila anda berhenti

2. Bajet

Perkara kedua yang perlu anda pertimbangkan ialah berapa bajet anda untuk membeli stroller? Terdapat pelbagai jenis dan jenama stroller di pasaran. Dari yang paling murah kepada yang paling mahal. Yang paling penting, pastikan stroller yang dibeli adalah berada dalam kemampuan anda dan tidak membebankan anda.

Jika bajet anda dibawah RM500, kami cadangkan anda survey stroller baby berjenama Sweet Cherry atau My Dear. Kalau bajet anda dalam lingkungan RM1000, anda boleh tengok-tengok stroller baby berjenama Combi, Halford, atau Mac Laren.

Jika anda berkemampuan untuk membeli atroller baby dengan harga RM1000 ke atas, anda boleh survey stroller baby berjenama Quinny, Babyzen, GB, Peg Preggo, Graco atau Britax. Walau apa pun, sekali lagi kami tekankan, pilih stroller baby yang tidak membebankan anda dari segi kewangan.

3. Fungsi sistem recline

Fungsi recline pad stroller baby adalah sangat penting terutamanya jika anda akan menggunakan stroller tersebut untuk bayi yang baru lahir sehingga berumur 6 bulan yang belum mampu untuk duduk dengan sendiri. Fungsi recline akan membantu bayi anda tidur dengan lebih selesa dan anda tidak akan risau tentang keadaan bayi anda di dalam stroller.

4. Pemegang boleh laras

Kalau nak beli stroller, pastikan stroller baby tersebut mempunyai ciri pemegang yang boleh dilaras supaya anda selesa dan tidak sakit pinggang semasa menolak stroller. Bayangkan, kalau anda jenis yang rendah dan suami pula jenis yang tinggi menggalah, kalau pemegang stroller anda boleh dilaras, anda berdua boleh adjust pemegang mengikut tinggi masing-masing. Kan memudahkan?

5. Material tahan lasak dan kuat

Pilih stroller dengan material yang tahan lasak. tidak mudah koyak, dan tahan lasak. Apa yang paling penting, pastikan juga stroller baby yang anda pilih mempunyai kain yang boleh dibuka atau mudah untuk dibersihkan untuk menjaga kebersihan stroller.

stroller baby

Sumber: Youtube

6. Kanopi

Untuk cuaca di Malaysia yang panas dan mempunyai sinaran matahari yang terik, kanopi merupakan aksesori yang wajib ada pada stroller baby.  Kalau ada kanopi, anda boleh membawa bayi berjalan-jalan di kawasan outdoor sambil menutup stroller dengan kanopi. Kalau berjalan di dalam pusat membeli-belah sekali pun, apabila bayi anda tidur, anda boleh tutup kanopi untuk memberi lebih privacy kepada bayi anda.

7. Mudah dilipat

Bagi kami, lagi kecil saiz stroller selepas dilipat, lagi bagus stroller tersebut kerana ia bukan sahaja memudahkan penyimpanan tanpa memerlukan ruang yang besar, malah mudah untuk diangkat dari dalam bonet dan ke dalam bonet. Stroller yang boleh dilipat seperti umbrella fold adalah yang menjadi kegemaran ibu-ibu di Malaysia seperti Babyzen Yoyo.

8. Saiz stroller

Semasa membeli stroller baby, pastikan stroller yang dibeli boleh muat masuk ke dalam bonet kereta anda. terutama sekali jika anda memandu kereta yang mempunyai bonet yang kecil seperti Viva dan Myvi. Kalau anda memandu kereta besar sekali pun, anda perlu tengok berapa besar ruang yang tinggal selepas anda memasukkan stroller ke dalam bonet. Ada lagi tak ruang untuk meletakkan barang-barang yang lain?

9. Berat stroller

Selain saiz stroller, berat stroller baby juga sangat penting. Stroller yang anda beli akan keluar masuk bonet dengan kerap. Kalau anda membeli stroller yang berat, ia akan menyukarkan proses memasukkan dan mengeluarkan stroller. Stroller yang ringan juga akan memudahkan urusan anda semasa keluar berjalan-jalan seperti melipat stroller semasa di eskelator atau membawa stroller sabagai muatan kabin semasa menaiki kapal terbang. Jenama Combi mepunyai stroller seringan 3 kilogram sahaja. Menarik, kan?

10. Pengendalian

Semasa memilih stroller, cuba tolak stroller tersebut untuk melihat sama ada pengendaliannya mudah atau agak sukar. Cuba tolak dengan satu tangan, dan cuba tolak dalam pergerakan yang tidak lurus iaitu sambil membelok ke kiri dan ke kanan.

11. Saiz tempat membawa barang di bawah stroller

Kalau anda perhatikan, di bawah stroller baby ada ruang untuk menyimpan barangan. Pilih stroller dengan ruang menyimpan barang yang besar supaya memudahkan anda untuk meletakkan barang seperti beg berisi barang bayi dan barang shopping semasa berjalan-jalan.

12. Kedudukan bayi boleh dilaras

Tips memilih stroller yang seterusnya ialah pastikan stroller yang dipilih mempunyai fungsi boleh diubah kedudukan bayi sama ada melihat ke arah ( forward facing ) anda atau memandang ke luar ( rear facing ). Jika anda membawa bayi kecil, posisi bayi memandang anda adalah lebih sesuai kerana bayi akan lebih tenang jika dapat melihat anda dan anda juga tidak perlu memeriksa bayi anda setiap 5 minit.

Bagi bayi yang lebih besar, berjalan-jalan di dalam stroller sambil memandang ke luar adalah lebih menyeronokkan kerana bayi anda akan dapat melihat keadaan sekeliling. Apabila anak anda tertidur, ubah kedudukannya supaya memandang ke arah anda dan turunkan kanopinya supaya mendapat tidur yang lebih lena.

stroller baby

Sumber: Parents

13. Ketinggian kepala boleh dilaras

Jika anda membeli stroller untuk bayi yang baru lahir atau dibawah umur 6 bulan dan belum mampu mengangkat kepala sendiri, pastikan anda memilih stroller baby yang mempunyai ciri ketinggian kepala boleh dilaras supaya anda boleh adjust kedudukan kepala bayi anda sama ada untuk ditinggikan atau direndahkan.

14. Had berat dan umur bayi

Nasihat kami, pilih stroller yang boleh digunakan tanpa had umur dan berat bayi. Supaya anda faham, jom kami terangkan. Ada sesetengah stroller hanya sesuai untuk bayi baru lahir sehingga 6 bulan sahaja, iaitu stroller berbentuk bucket dan bayi tidak dapat duduk di dalamnya.

Maka, apabila bayi anda sudah pandai duduk, anda terpaksa membeli stroller yang baru. Ada juga stroller yang mempunyai had berat bayi yang doleh ditampung. Apabila bayi anda melebihi had berat yang dibenarkan, ianya tidak lagi selamat untuk digunakan.

15. Boleh dipadankan dengan carseat

Stroller yang boleh dipadankan dengan carseat ialah satu bonus buat anda. Sebagai contoh, kalau bayi anda sedang tidur dalam cerseat, anda tak perlu alihkan bayi ke dalam stroller. Cuma angkat carseat bersama bayi dan pasangkan kepada frame stroller. Mudah kan?

Itulah dia tips memilih stroller yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang senarai barang bayi, tips hilangkan jaindis, dan tips hilangkan ruam susu

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.