Sering kita dengar berita mengenai anak luar nikah, budak sekolah mengandung dan lain-lain lagi. Itu apa yang terkandung di media, bagaimana pula dengan laporan polis, sumber pihak hospital, badan kebajikan, pusat pemulihan akhlak dan banyak lagi?

Mengikut sumber Berita Harian, 28 Jun 2019 yang lalu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia merumuskan bahawa statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sejumlah 577 kes pembuangan bayi pada tahun 2014 sehingga 2018.

Pastinya statistik anak luar nikah di Malaysia meningkat naik kerana pergaulan bebas antara remaja, kecenderungan melakukan zina, sumbang mahram dan juga faktor jenayah yang menyebabkan kehamilan remaja atau anak luar nikah.

Statistik Anak Luar Nikah Mengikut Kawasan Pembuangan Bayi

statistik anak luar nikah
Imej via [facebook]

Kawasan pembuangan bayi yang dikenal pasti pada tahun 2010 hingga 2018 adalah di sekitar kawasan perumahan iaitu sebanyak 266 kes. Kawasan tandas pula mencatatkan sebanyak 108 kes pembuangan bayi dan paling kurang adalah pembuangan bayi di kawasan sampah iaitu 89 kes.

Pada tahun 2019, kes tertinggi pembuangan bayi yang dicatat adalah sebanyak 65 kes bermula dari Januari sehingga Mei. Antara negeri yang terlibat adalah Kuala Lumpur (7), Selangor (11) dan Johor (13). Daripada kesemua bayi tersebut, 60% bayi yang ditemui meninggal dunia.

Statistik Anak Luar Nikah Berdaftar Mengikut Klinik Kesihatan Malaysia

statistik anak luar nikah
Imej via [siraplimau]

Menurut sumber berita Sinar Harian, statistik anak luar nikah berdaftar di Klinik Kesihatan Malaysia telah mencecah bilangan rekod 3694 pada tahun 2017. Ia bermaksud, purata bulanan hampir 300 anak luar nikah dilahirkan. Statistik anak luar nikah ini direkod berdasarkan pendaftaran anak luar nikah yang dibuat.

Statistik Anak Luar Nikah Mengikut Negeri-negeri di Malaysia

Sebanyak 14 negeri di seluruh Malaysia, statistik anak luar nikah tetap ada di mana-mana. Namun, kita akan lihat negeri tertinggi yang mencatatkan bilangan anak luar nikah sehinggalah yang sederhana dan rendah.

Daripada Statistik Berita Utusan Malaysia, negeri yang mencatat kes anak luar nikah tertinggi adalah Sabah iaitu 3084 kes, diikuti dengan Sarawak iaitu 2910, Selangor seterusnya 1461 kes, Johor 1319 kes dan akhirnya Pahang 840 kes.

statistik anak luar nikah
Imej via [mediawanitamaya]

Bukan itu sahaja, beberapa maklumat berkaitan statistik anak luar nikah di Malaysia juga dilaporkan oleh Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan seperti berikut:

  • 3,980 (28.8%) daripada 13,831 remaja yang terlibat adalah berusia dalam lingkungan 10 sehingga 19 tahun.
  • Menjelang tahun 2011 hingga 2013, hampir 18,000 remaja hamil mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kerajaan.
  • Dari 18,000 remaja yang mendapatkan rawatan di Klinik kesihatan kerajaan, 25% daripada adalah tidak berkahwin hamil anak luar nikah. Kira-kira 1500 remaja hamil anak luar nikah dalam sebulan, sehari 50 kes.
  • Kes pembuangan bayi yang dicatat pada tahun 2011 sehingga Jun 2015 adalah sebanyak 432 kes.

Statistik Anak Luar Nikah Mengikut Status Remaja – Sekolah Atau Tidak Sekolah

statistik anak luar nikah
Imej via [Iluminasi]

Bersempena dengan kes hamil anak luar nikah berdasarkan statistik anak luar nikah di Malaysia ini, beberapa pihak terlibat mula menjalankan siasatan dan kajian.

Selain dari Menteri Pembangunan Wanita, Kementerian Kesihatan Keluarga, Wacana Penyelidikan Kajian Faktor Risiko dan Pelindung Terhadap Kesihatan Seksual dan Reproduktif Remaja juga telah dianjurkan di Sabah dan Sarawak. Ia merupakan anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi mengenalpasti masalah dan mengatasinya.

Antara hasil yang didapati oleh golongan remaja yang melahirkan anak luar nikah ini adalah faktor persekolahan. Perbandingan antara bilangan remaja bersekolah dan tidak bersekolah mempengaruhi statistik anak luar nikah di Malaysia.

Statistik Anak Luar Nikah Mengikut Statistik Kementerian Kesihatan

Sama seperti statistik yang ditunjukkan oleh Utusan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan negeri tertinggi yang mengalami masalah anak luar nikah adalah Sabah, berikutan Sarawak, Selangor, Johor dan Pahang.

statistik anak luar nikah
Imej via [donna]

Remaja yang bersekolah didapati lebih selamat dan pandai menjaga diri berbanding remaja yang tidak bersekolah. Remaja yang tidak bersekolah cenderung dan mudah dipengaruhi dengan gejala sosial serta aktiviti yang tidak berfaedah sekiranya salah memilih kawan dan tidak tahu menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Antara Punca Dan Penyebab Peningkatan Anak Luar Nikah Di Malaysia

statistik anak luar nikah
Imej via [nadfiz2310]

Hamil anak luar nikah sering dikaitkan dengan kes-kes jenayah dan gejala sosial antara wanita dan lelaki. Punca yang dikenal pasti dan mempunyai statistiknya sejak tahun-tahun lalu adalah bilangan kes rogol yang berlaku di Malaysia. Biarpun begitu, statistik kes rogol kurang dari jumlah statistik kes anak luar nikah. Ini bermakna, banyak kes lain yang berlaku menyebabkan peningkatan anak luar nikah di Malaysia selain dari punca jenayah rogol.

Untuk pengetahuan anda, statistik kes rogol yang berlaku pada tahun 2013 sehingga 2015 melibatkan sebanyak 7,240 kes. Hanya dalam tempoh 3 tahun sahaja, ianya telah mencecah ribuan kes, namun kes yang berjaya disabitkan kesalahan adalah kira-kira 101 kes sahaja.

Sebab Berkaitan Penyebab Peningkatan Anak Luar Nikah

statistik anak luar nikah
Imej via [lppkn]

Memandangkan zaman teknologi kini sudah canggih, telefon pintar dan media sosial juga menjadi penyebab golongan remaja terperangkap dalam kes sebegini. Selain itu, kemiskinan dan tidak mendapat kasih sayang ibu bapa akan menyebabkan anak terjebak dengan dunia luar yang penuh pengaruh negatif.

Talian Bantuan Untuk Masyarakat Dan Remaja Yang Terlibat

Sekiranya terdapat masalah berkaitan anak luar nikah yang melibatkan remaja atau mana-mana wanita terlanjur, talian alternatif masih wujud untuk membantu anda. Anda boleh menghubungi Talian Kasih dengan membuat panggilan ke nombor 15999.

statistik anak luar nikah
Imej via [lppkn]

Itulah dia statistik anak luar nikah di Malaysia yang boleh anda lihat dan bandingkan. Betapa pentingnya untuk kita mencegah dan membanteras jenayah serta masalah ini. Semua pihak perlu memainkan peranan yang penting sekaligus bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan masyarakat yang lain.

Jom baca juga Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa, Cara buka akaun tabung haji anak dan Hadiah untuk ibu ayah.

Rujukan:

  1. iluminasi
  2. utusan
  3. bharian

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.