Kami akan kongsikan cara solat sunat witir.Tips ini mudah untuk anda ikuti satu persatu dalam melaksanakan solat witir. Seperti yang kita sedia maklum solat witir merupakan solat sunat yang sangat digalakkan.

Nabi Muhammad saw sendiri tidak pernah meninggalkan solat witir walaupun ketika bermusafir.

Apa Itu Solat Sunat Witir?

solat sunat witir

Imej via Bigbrain99

Sebelum kita mengupas lebih lanjut mengenai solat witir, mari kita dalami makna witir itu sendiri. Witir atau watir merupakan perkataan Bahasa Arab yang bermaksud ganjil .

Menerusi Riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad saw sabda; “ Sesungguhnya Allah itu witir dan Dia suka kepada yang ganjil.”

Solat sunat witir merupakan ibadat sunat muakkad iaitu ibadat sunnah yang sangat digalakkan. Ia merupakan sebagai penututp kepada semua solat sunat yang dilaksanakan.

Nabi Muhammad saw diriwayatkan tidak pernah meninggalkan solat witir malah Nabi Muhammad saw telah bersabda bahawa; “ Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.” Riwayat Ahmad dan Abu Daud

Solat witir dilaksanakan dalam jumlah rakaat yang ganjil iaitu sama ada 1, 3, 5 dan seterusnya. Solat witir tidak sah sekiranya dilakukan dalam bilangan rakaat genap.

Solat witir merupakan solat sunat yang dilaksanakan antara selepas solat Isyak dan terbit fajar . Solat witir dilakukan untuk mengakhiri solat malam seperti solat sunat tahajud dan solat sunat hajat.

Merujuk kepada sabda Nabi Muhammad saw menerusi Riwayat al-Bukhari Muslim yang bermaksua “ Jadikanlah akhir solat pada waktu malam dengan satu witir.”

Cara Melaksanakan Solat Witir Dengan Tepat dan Mudah

Terdapat empat cara yang dianjurkan untuk melakukan solat sunat witir;

1. 2 kali solat ( 2+1)

Solat witir  yang pertama dilakukan sebanyak 2 rakaat dan salam dan diikuti dengan solat 1 rakaat dan salam. Ini adalah solat witir yang dianjurkan oleh mazhab Imam Syafie dan Imam Hanbali.

Imam Syafie dan Imam Hanbali berpendapat bahawa menceraikan rakaaat lebih baik kerana ada penambahan salam. Hujah ini dikukuhkan lagi dengan hadith dari Ibn Umar (Riwayat Ahmad) yang menyatakan ; “ Nabi Muhammad saw menceraikan antara rakaat genap ( 2 rakaat) dan witir (1 rakaat) dengan salam.”

2. 3 rakaat dengan satu salam tanpa duduk.

Menurut Riwayat Muslim, Nabi Muhammad saw melakukan solat sunat witir 5 rakaat dan baginda tidak duduk tahiyat kecuali pada rakaat terakhir.

Solat witir 3 rakaat dengan 1 salam dilakukakan tanpa duduk pada rakaat kedua.

3. 3 rakaat dengan satu salam dan disertai duduk

Mazhab Hanafi menganjurkan solat witir dengan cara ini. Cara pelaksanaan sama seperti solat maghrib cuma pada rakaat ketiga dibacakan surah selepas al-Fatihah.

4. Lebih daripada 3 rakaat.

Menurut Imam Syafie sebaiknya solat witir yang lebih dari 3 rakaat dilaksanakan dengan menceraikan satu salam pada setiap dua rakaat.

12 Tertib Tepat dan Mudah Solat Witir

Fahamkan bahagian ini ya supaya kita tidak tersilap dalam melaksanakan amalan sunnah yang dititipkan Nabi Muhammad saw. Untuk tertib solat witir ini kita akan rujuk cara solat witir 2+1 ye disebabkan Malaysia menggunakan Mazhab Syafie sebagai sumber rujukan.

Rakaat pertama ;

  1. Lafaz niat ;

12 tertib tepat dan mudah laksanakan solat sunat witir

Maksudnya ; sahaja aku solat witir 2 rakaat kerana Allah Taala

  1. Takbiratul Ihram
  2. Doa Iftitah
  3. Baca Surah al-Fatihah
  4. Baca Surah al-Quran : Surah Al-A’laa
  5. Rukuk
  6. Iktidal
  7. Sujud
  8. Duduk antara dua sujud
  9. Sujud kali kedua
  10. Bangun untuk rakaat kedua.

Rakaat kedua;

  1. Ulang tertib nombor 4 hingga 10

Bacaan surah pada rakaat kedua : Surah Al-Kafirun

  1. Duduk tahiyyat akhir.
  2. Beri salam dan bangun semula untuk memulakan rakaat ketiga.

Rakaat 3 .

  1. Lafaz niat

12 tertib tepat dan mudah laksanakan solat sunat witir

Maksud ; sahaja ak u solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Ta’ala

  1. Takbiratul Ikhram
  2. Doa iftitah
  3. Bacaan surah Al-Fatihah
  4. Membaca surah mu’awwizat;
    • Al-Ikhlas
    • Al- Falaq
    • An-Nas
  5. Rukuk
  6. Iktidal
  7. Sujud
  8. Duduk antara dua sujud
  9. Duduk tahiyyat akhir
  10. Beri salam
  11. Membaca doa

12 tertib tepat dan mudah laksanakan solat sunat witir

Maksudnya ;

“Maha suci Allah kami mohon kepadaMu keimanan yang kekal, kami mohon kepadaMu hati yang khusyu’, kami mohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, kami mohon kepadaMu jadikan keyakinan kami pada kebenaran,

kami mohon kepadaMu agar kami beramal soleh, kami mohon kepadaMu kemantapan beragama, kami mohon kepadaMu kebaikan yang banyak, kami mohon kepadaMu keampunan dan kesihatan, kami mohon kepadaMu kesenangan yang sempurna,

kami mohon kepadaMu agar kami bersyukur di atas kesenangan tersebut, kami mohon kepadaMu kecukupan dalam kehidupan. Maha suci Allah Tuhan kami, Kau terimalah solat kami, puasa kami, kedudukan amalan kami, kekhusyukan kami kepadaMu,

ketundukan kami kepadaMu Ya Allah Yang Maha Mengasihi(hamba-hambaNya) yang punya rasa mengasihi. Anugerah Allah lah ke atas kebaikan makhlukNya Muhammad serta ahli keluarganya juga sahabat-sahabatnya sekalian dan segala puji itu hanya bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.”

kelebihan solat witir

Imej via musthaqsms

Kelebihan Solat Witir

Setiap ibadah yang diperintahkan Allah swt pasti punya kebaikannya termasuklah solat wiitr.

Secara umumnya solat sendiri membawa manfaat dari segi ketaqwaan andai kita laksanakan ikhlas kerana Allah swt dan dalam masa yang sama kita dapat menjaga hati dan jiwa.

Bagi yang mengamalkan solat witir amalan mereka akan disaksikan oleh para malaikat dan berupaya memperoleh syafaat daripada Nabi Muhammad saw di akhirat kelak kerana mengamalkan sunnah yang diwasiatkan oleh baginda kepada kita.

Sebagai peringatan solat witir tidak boleh dilakukan sebanyak dua kali dalam satu malam. Namun seandainya anda sudah melaksanakan solat witir selepas solat isyak kerana khuatir tidak dapat bangun pada waktu fajar tetapi Allah swt memberi kesempatan untuk anda terjaga , lakukan solat sunat lain tanpa perlu menunaikan solat witir semula.

Semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat kepada mereka yang sedang berusaha untuk perbaiki amalan dan juga kehidupan mereka.

Rujukan

Sukakan artikel ini? Jemput cuba membaca cara solat tahajud , solat sunat tasbih dan solat taubat.

Penulis: Noor Hazreen Mohd Mokhtiar

Noor Hazreen Mohd Mokhtiar

Berkhidmat sebagai seorang guru tuisyen Bahasa Melayu mendatangkan minat dalam bidang penulisan.Suka berkongsi idea dan info dengan rakan-rakan tak kira di alam maya atau realiti . Mengharapkan setiap yang membaca mendapat manfaat yang sebaiknya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.