Mencari smartphone terbaik 2024 Malaysia yang berkualiti tinggi dan menjadi pilihan ramai? Banyak kriteria yang boleh anda lihat dari segi rekaan bentuk, tahun dilancarkan, jenis kamera, memori, storage serta banyak lagi kelebihannya.

Mungkin anda ingin berjimat cermat tetapi inginkan smartphone yang benar-benar berkualiti dan terbaik untuk kegunaan jangka masa panjang. Pasti ada yang sesuai buat anda.

Jom lihat 10 smartphone terbaik 2024 Malaysia berkualiti pilihan ramai. Mungkin ia juga adalah pilihan anda!

iPhone 15 Pro Max

iPhone 15 Pro Max merupakan model iPhone terkini hadir dengan spesifikasi paling mantap setakat ini. Peranti ini dikuasakan oleh Apple 17 Pro dengan sistem operasi iOS 17. Storan yang dibekalkan sebanyak 256GB ROM dipadankan dengan 8GB RAM, NVMe.

Dilancarkan pada 12 September 2023, kapasiti bateri juga besar dengan 4422mAh dengan pengecasan pantas boleh memenuhkan dari 0% hingga 50% dalam masa 30 minit sahaja. Buat pengetahuan anda, iPhone 15 Pro Max dan model yang dikeluarkan bersamanya menggunakan pengecas USB-C.

iPhone 15 Pro Max mempunyai tiga lubang kamera dibelakang dengan 48MP, 12MP kamera ultra lebar dan 12MP kamera telefoto. Ia turut menyokong rakaman video dengan 4k60. Gambar dan video yang diambil cantik, jelas dan tajam walaupun dalam keadaan malap.

Antara keistimewaan yang diketengahkan pada model ini adalah panel yang diperbuat daripada titanium yang menjadikannya lebih kukuh dan tahan pada suhu panas. Bukan itu sahaja, peranti ini sangat ringan berbanding iPhone 14 Pro Max dengan hanya 221g dengan saiz 6.7 inci. Tak cukup dengan itu, model ini hadir dengan Action Button yang boleh menjadi butang pintas untuk membuka sesuatu aplikasi atau tetapan.

Samsung Galaxy S23 Ultra

Kami boleh katakan Samsung Galaxy S23 Ultra antara smartphone terbaik 2023/2024 di Malaysia malah ada spesifikasinya lebih mantap dari model iPhone terkini. Peranti Android ini menggunakan sistem pemproses Qualcomm SM8550-AC Snapdragon 8 Gen 2 dan berasaskan One UI 5.1, Android 13. Kapasiti storan cukup besar dengan 256GB ROM dipadankan dengan 12GB RAM.

Berbanding dengan iPhone 15 Pro Max, Samsung Galaxy S23 Ultra mempunyai kapasiti bateri yang tahan lebih lama dengan 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 45W yang boleh mencapai 65% dari 0% dalam masa 30 minit sahaja. Peranti 6.8 inci ini menggunakan paparan Dynamic AMOLED 2X dengan 120Hz kadar segar semula yang menjadikannya lebih lancar dan pantas dalam membuka sebarang aplikasi.

Keistimewaan pada Samsung Galaxy S23 Ultra dapat dilihat dari kualiti kamera utama dengan 200MP dan anda boleh zoom sehingga 100x dengan jelas! Walaupun kamera swafoto 12MP sahaja, namun hasilnya juga tidak mengecewakan.

Google Pixel 8

Dilancarkan pada Oktober 2023, Google Pixel 8 adalah peranti yang sangat sesuai buat mereka yang mementingkan kualiti gambar atau rakaman video yang menyerlah berbanding peranti lain. Keistimewaan pada kamera Google Pixel adalah lengkap dengan ciri AI. 50MP pada kamera utama manakala 10.5MP kamera swafoto, ia turut menyokong mod makro, Pixel Shift, panorama dan sebagainya.

Google Pixel 8 dikuasakan oleh Google Tensor G3 (4 nm) berasaskan Android 14. Terdapat dua pilihan storan iaitu 128GB ROM dengan 8GB RAM serta 256GB ROM dengan 8GB RAM. Peranti 6.2 inci ini menggunakan paparan OLED dengan 120Hz kadar segar semula dengan kecerahan yang mencecah 2000 nits.

4575mAh kapasiti bateri mampu bertahan seharian dan pengecasan pantas berwayar 27W mampu memenuhkan bateri dari 0% hingga 50% dalam masa 30 minit sahaja. Selain itu, Google Pixel 8 hadir dengan ciri lebih padu pada Call Screen, Best Take dan lain-lain.

Samsung Galaxy Z Fold5

Satu lagi peranti keluaran Samsung terbaik adalah Samsung Galaxy Z Fold5. Jika anda gemar smartphone terbaik 2024 dengan saiz skrin besar dan boleh dilipat, model ini sangat menepati citarasa anda. Saiz skrin 6.2 inci akan menjadi 7.6 inci apabila dibuka. Ia menggunakan paparan Dynamic AMOLED 2X, HDR10+ dengan kadar segar semula 120Hz.

Samsung Galaxy Z Fold5 dikuasakan oleh Qualcomm SM8550-AC dengan cipset Snapdragon 8 Gen 2 yang menghasilkan prestasi sangat baik.

Kualiti kamera memang terbaik dengan 50MP kamera utama, 10MP kamera telefoto dan 12MP kamera ultralebar. Ia hadir dengan dua kamera hadapan, masing-masing dengan 10MP dan 4MP. Satu ciri menarik yang terdapat pada kamera hadapan adalah tersembunyi di sebalik skrin, Under Display Camera (UDC). Anda hanya boleh melihat kamera hadapan dari jarak dekat.

Bateri juga boleh bertahan lama dengan 4400mAh dan menyokong pengecasan pantas berwayar 25W yang mampu mencapai 50% dalam masa 30 minit sahaja. Anda boleh memilih 3 jenis storan dari 256GB ROM denngan 12GB RAM sehinggalah 1TB ROM dengan 12GB RAM. Audio yang digunakan adalah stereo speaker.

Samsung Galaxy Z Flip 5

Satu lagi peranti Samsung yang boleh dilipat dan bersaiz poket adalah Samsung Galaxy Z Flip 5. Model ini menggunakan Qualcomm SM8550-AC Snapdragon 8 Gen 2 (4nm) sebagai sistem operasinya. Berasaskan One UI 5.1.1 dan menyokong Android 14. Prestasi lebih mantap dan pastinya cipset terkini.

Peranti 6.7 inci ini menggunakan paparan Dynamic AMOLED 2X dengan 120Hz kadar segar semula dan kecerahannya boleh mencecah 1750 nits. Apabila dilipat, skrin menjadi 3.4 inci dan bersaiz poket dengan paparan Super AMOLED.

Terdapat dua pilihan storan iaitu 256GB ROM dipadankan dengan 8GB RAM serta 512GB ROM dipadankan dengan 8GB RAM. Saiz storan ini mampu memuatkan lebih banyak fail, gambar, video besar dan sebagainya.

Namun kapasiti bateri sedikit rendah berbanding model yang dikeluarkan pada tahun ini iaitu sekadar 3700mAh sahaja. Ia menyokong pengecasan berwayar 25W dan mampu mencecah 50% dalam masa setengah jam.

ROG Phone 7 Ultimate

Untuk phone gaming terbaik 2024, kami boleh cadangkan anda untuk memilih ROG Phone 7 Ultimate. Tengok sahaja dari cipset, sudah tahu ianya sangat padu kerana menggunakan Snapdragon 8 Gen 2 iaitu cipset terkini bagi peranti Android.

Apa ciri penting yang perlu ada pada phone gaming? Ciri utama semestinya cooling system untuk menyejukkan peranti ketika penggunaan yang sangat lama. Paling best, pembeli turut diberi AeroActive Cooler 7 untuk menyejukkan peranti sewaktu bermain game. Jangan risau, storan yang dibekalkan juga sangat besar iaitu 512GB ROM dipadankan dengan 16GB RAM.

Dengan paparan skrin OLED serta 165Hz kadar segar semula merupakan yang tertinggi dari peranti yang ada. Kapasiti bateri juga besar dengan 6000mAh.

Satu keunikan pada peranti ini adalah dari segi reka bentuknya. Terdapat ROG Vision pada panel belakang peranti yang memaparkan pelbagai animasi yang boleh dipilih dari beratus animasi terdapat pada peranti. Paling unik, animasi automatik akan bertukar mengikut kegunaan semasa bermain peranti.

Xiaomi 13T Pro

Smartphone flagship keluaran Xiaomi ini dikeluarkan dengan harga yang mampu milik dengan spesifikasi terbaik, sesuai dengan harga yang ditawarkan. Xiaomi 13T Pro dikuasakan oleh Mediatek Dimensity 9200+ (4nm).

Dengan sistem pemprosesan yang sangat baik, anda boleh menggunakan peranti ini untuk melakukan kerja harian, editing dan bermain permainan video. Dengan storan yang mencecah sehingga 1TB bersama 16GB RAM, pelbagai fail besar boleh dimuatkan.

Peranti bersaiz 6.67 inci ini menggunakan paparan Dolby Vision HDR10+ dengan 144Hz kadar segar semula. Selain itu, skrin dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 5 yang sememangnya tahan lasak. Kecerahannya mampu mencecah 2600 nits. Dengan teknologi IP 68, peranti pintar ini tahan air dan debu.

Kamera mempunyai ciri terbaik iaitu Photographic Style daripada LEICA yang menghasilkan gambar yang lebih cantik. Kamera utama dengan 50MP, kamera telefoto 50MP, kamera ultralebar 12MP manakala kamera selfie 20MP. Paling best, kamera utama menyokong ciri OIS.

Satu lagi perkara menarik pada Xiaomi 13T Pro, ia menyokong pengecasan pantas 120W Hypercharge yang mampu mengecas penuh dalam masa 19 minit sahaja!

Vivo V27

Vivo antara peranti Android mampu milik yang dicari ramai. Walaubagaimanapun, prestasinya tidak menghampakan lebih-lebih lagi buat mereka yang mencari peranti murah untuk bermain permainan video. Smartphone kelas pertengahan ini dikuasakan oleh Mediatek Dimensity 7200 (4nm) berasaskan Funtouch 13 dengan Android 13.

Skrin bersaiz 6.78 inci ini menggunakan paparan AMOLED, HDR10+ dengan 120 Hz kadar segar semula. Kualiti kamera menghasilkan gambar yang cantik dan jelas kerana kamera utama dengan 50MP OIS, 8MP kamera ultralebar dan 2MP makro. Paling best, kamera swafoto juga dengan 50MP! Bolehlah anda selfie dengan lebih yakin tanpa menggunakan filter.

Bateri boleh tahan dengan lama kerana kapasitinya 4600mAh dan menyokong pengecasan pantas 66W. Bateri mampu dicas sehingga 50% dalam 19 minit sahaja. Satu kelemahan peranti ini adalah masih menggunakan mono speaker. Pembeli mempunyai tiga pilihan warna Vivo V27 iaitu hijau, hitam dan keemasan.

Oppo Reno 7

Imej via [ Oppo.com ]

Oppo Reno7 sangat sesuai untuk anda yang mencari smartphone dengan kualiti kamera terbaik standing kamera dslr. Kamera belakang adalah 64 MP manakala kamera hadapan 32 MP. Kamera dilengkapi dengan LED flash, panorama untuk kamera belakang, selfie serta HDR.

Dengan system pemprosesan CPU MediaTek MT6877 Dimensity 900 5G (6nm), Oppo Reno 7 5G ini mempunyai storan 8 GB RAM dan 256GB ROM. Baru dikeluarkan pada Januari 2022, Oppo Reno7 A mampu memuatkan 2 sim dan menyokong microSD untuk penambahan storan.

Bukan itu sahaja, peranti ini menyokong pengecasan pantas dan anda hanya memerlukan lebih kurang setengah jam untuk mengecas sehingga penuh dari 0%.

Samsung Galaxy S22 Ultra 5G

Peranti ini menggunakan Android 12, One UI 4.1 yang dikuasakan CPU Qualcomm SM 8450 Snapdragon 8 Gen 1 (4 nm). Dengan storan 8GB RAM dn 128GB ROM, pasti dapat menyimpan pelbagai fail. Bukan itu sahaja, malah peranti ini sesuai untuk mereka yang membuat kerja menggunakan smartphone.

Samsung Galaxy S22 Ultra ini juga mempunya kamera utama dan kamera depan yang cantik. Kamera belakang adalah 108MP manakala kamera 40MP.

Kapasiti bateri pula adalah 5000 mAh dan menyokong pengecasan pantas sebanyak 45W. Selain itu, model Samsung ini menyokong Bluetooth 5.2, wiFi dan system GPS. Dengan adanya IP68, ia kalis terhadap air.

Berikut adalah 10 smartphone terbaik Malaysia 2024 yang berkualiti boleh anda dapatkan. Jom baca juga smartphone terbaik Malaysia bawah RM500smartphone terbaik Malaysia bawah RM 2,000smartphone terbaik Malaysia bawah RM1,00 dan Produk Hilangkan Parut.

Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.


Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.