Benar, sakit kepala adalah ketidakselesaan biasa yang paling kerap dialami. Tetapi, jika terlalu kerap dan berlanjutan? Ia mungkin menandakan anda mengalami ‘gangguan’ pada sistem tubuh yang lain. Ini termasuklah masalah resdung dan sinusitis yang serius.

sinusitis
Imej via vaaju.com

Dalam satu artikel ditulis oleh Doktor Telinga, Hidung dan Tekak di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Ezairy M Sallih menerusi laman Facebook peribadinya, gejala seperti kepala terasa berat, rasa sakit di kawasan dahi dan muka, kesakitan semakin dirasai ketika dalam keadaan tunduk, selain itu seringkali selsema, hidung tersumbat dan berair, merujuk kepada gangguan sinus yang serius.

Dalam erti kata lain, rongga sinus terutamanya pada bahagian ‘frontal sinus’ atau dahi, yang telah dijangkiti dan terdapat pengumpulan nanah adalah berbahaya kerana ia boleh merebak ke bahagian otak.

Apakah Yang Patut Dilakukan Oleh Penderita Sinusitis?

Dapatkan pemeriksaan doktor. Pemeriksaan hidung perlu dilakukan. Ujian imbasan seperti x-ray dan skan mungkin diperlukan.

Bagaimana Kalau Enggan Melakukan Pemeriksaan?

Komplikasi lebih buruk boleh berlaku. Jangkitan pada sinus boleh merebak ke bahagian lain termasuk otak!

Apakah Tanda Jangkitan Sudah Merebak Ke Otak?

Beberapa tanda jangkitan telah merebak ke otak :

1. Pening teramat sangat
2. Kabur dan gangguan pandangan
3. Tegang pada belakang leher
4. Gangguan pada pertuturan
5. Muntah-muntah
6. Tahap kesedaran berkurang
7. Serangan sawan
8. Demam panas

*Bahayanya kan jika jangkitan merebak ke otak? Marilah sama-sama kita sebarkan info penting ini!

*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.

Penulis: Dr Ezairy M. Salih

Dr Ezairy M. Salih

Merupakan Doktor Telinga, Hidung dan Tekak di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Rajin berkongsi tips kesihatan di status Facebooknya. Ikuti beliau untuk dapatkan tips-tips kesihatan yang menarik.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.