Selalu ada masalah sakit gigi atau gusi? Kadang-kadang sakit gigi boleh menjadi punca demam dan hilang selera makan dan minum. Ia cuma sakit gigi biasa dan lama-kelamaan akan hilang sakit itu. Berlainan pula dengan penyakit kancing gigi.

Adakah penyakit kancing gigi berpunca daripada sakit gigi? Tidak.

Jadi, apakah kancing gigi?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai penyakit kancing gigi. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

Maksud kancing gigi

Kancing gigi ataupun dalam istilah perubatannya dipanggil tetanus merupakan keadaan dimana pesakit mengalami kekejangan otot (selalunya dikawasan rahang dan leher) pada seluruh badan disebabkan jangkitan bakteria Clostridium tetani.

Apabila penyakit ini semakin teruk, kesemua otot juga akan mengalami kekejangan terutamanya otot belakang badan menyebabkan keadaan badan pesakit akan melengkung ke belakang. Posisi ini dipanggil sebagai Opisthotonus. Pada ketika ini, deria sakit masih berfungsi menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang sangat dahsyat. Ia sama seperti seseorang yang mengalami kekejangan otot tetapi kekejangan otot yang dihadapi oleh pesakit kancing gigi adalah lebih dahsyat kerana ia melibatkan semua otot dalam badan.

"

Toksin yang dihasilkan oleh bakteria ini adalah:

  • Tetanolysin: Toksin ini adalah sejenis hemolysin iaitu menyebabkan pemecahan sel darah merah. Tetapi ia tidak menyebabkan kancing gigi
  • Tetanospasmin: Toksin inilah yang menyebabkan pesakit mengalami kekejangan otot.

Simptom kancing gigi (tetanus)

kancing gigi

Imej via researchgate

Tanda tanda kancing gigi akan berlaku selepas beberapa hari dijangkiti bakteria C tetanus. Simptom-simptom tersebut adalah:

💢 Kekejangan otot dibahagian rahang mulut (kancing gigi)

💢 Kekejangan otot dibahagian leher

💢 Susah menelan (dysphagia)

💢 Kekejangan otot dibahagian perut

💢 Kekejangan otot pada seluruh badan sehingga menyebabkan belakang badan menjadi melengkung kebelakang (Opisthotonus).

*Jika ada simpton-simpton seperti yang dinyatakan, cepat-cepat pergi berjumpa dokto dengan segera. Jika tidak dirawat dengan segera, ia akan menjejaskan aktiviti harian kerana sakit yang dihadapi. Amalkan makanan yang sihat dan kurangkan pengambilan gula. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.