Agak terhibur melihat simbol tandas yang amat unik dan menarik di seluruh dunia, mana tidaknya, simbol-simbol ini bukan sahaja menunjukkan icon berbentuk orang, tetapi pelbagai bentuk pun ada!

Simbol tandas unik dan menarik di seluruh dunia ini ada yang digunapakai dan ada sekadar hiburan. Ia juga boleh dianggap sebagai hasil karya seni seluruh dunia. Jom kita lihat simbol tandas unik dan menarik.

1. Malaysia

simbol tandas
Imej via [clipart-library]

Malaysia masih normal kerana mengekalkan simbol tandas yang sebegini bentuknya. Jelas terlihat susuk bentuk icon wanita dan lelaki dan mudah untuk semua orang membezakannya. Simbol tandas yang terlalu kreatif adakala memeningkan dan membuatkan kita terpaksa lihat berkali-kali.

2. Chiang Mai, Thailand

simbol tandas
Imej via [cntraveler]

Ini adalah simbol tandas di Chiang Mai, Thailand. Namun, terdapat banyak simbol tandas berbeza di sesebuah negeri dan digunakan di pelbagai tempat.

3. Koh Samui, Thailand

simbol tandas
Imej via [bidadari]

Simbol tandas ini dijumpai di Koh Samui, Thailand. Pasti segan melihat simbol tandas ini. Gambarnya seolah-olah tidak tahan lagi untuk membuang air di tandas. Tetapi, comel juga icon ini kan!

4. Dubai

simbol tandas
Imej via [lukedubai]

Di negeri arab, inilah simbol tandas bagi orang lelaki. Sebaliknya, simbol tandas untuk perempuan adalah seperti di bawah. Padanlah ia nampak berpasangan dengan simbol tandas lelaki di atas.

simbol tandas
Imej via [lukedubai]

5. Nepal

Simbol tandas ini menunjukkan kegunaan tandas sekaligus siapa yang patut gunakan tandas tersebut. Simbol tandas ini digunakan di Kathmandu yang terletak di Nepal. Namun begitu, simbol tandas yang dijumpai di nepal juga seperti di bawah.

6. Nepal

simbol tandas
Imej via [cntraveler]

7. Russia

simbol toilet
Imej via [cntraveler]

Simbol tandas ini adalah formal di Rusia dan wujud di St Petersburg, Russia. Simbol tandas Russia sangat mudah difahami, namun ia mempunyai simbol hurufnya yang tersendiri. Asalkan anda sudah faham pun tak mengapa kan?

8. Turkey

simbol tandas
Imej via [amusingplanet]

Harap-harap anda faham maksud simbol tandas ini. Senang sahaja nak membezakan mana tandas wanita dan lelaki. Wanita kencing duduk, lelaki kencing berdiri. Ekk!

9. Seoul, South Korea

simbol tandas
Imej via [amusingplanet]

Simbol tandas yang digunakan di Seoul Korea ini bukan main-main, tetapi inilah simbol sebenar yang digunakan. Pelik bukan? Bentuknya seperti lelaki yang ingin mengintai di sebelah tandas wanita. Sebenarnya, ada lagi yang lebih pelik dari simbol tandas Korea ini.

10. London

simbol tandas
Imej via [amusingplanet]

Macam susah sahaja nak bezakan simbol tandas untuk lelaki dan perempuan di London ini. Apa susah, lihat sahaja siapa yang duduk dan siapa yang berdiri. Yang duduk tu pasti simbol tandas wanita dan simbol tandas seolah berdiri itu pasti tandas lelaki.

11. Ambler, Pennsylvania

Berbentuk klassik dan antik, Ambler, Pennsylvania mempunyai bentuk simbol tandas yang warnanya hitam putih seperti filem 90 an. Namun, ia mudah difahami dan agak sopan berbanding simbol tandas yang lain.

simbol tandas
Imej via [cntraveler]
simbol tandas
Imej via [cntraveler]

12. Switzerland

simbol tandas
Imej via [cntraveler]

Kanak-kanak pun makin remaja akan faham juga simbol ini. Anda pun faham kan? Begitu mendalam maksud dan simbol yang ditunjukkan, sememangnya negara barat sangat berterus terang dan menunjukkan apa perbezaan antara lelaki dan perempuan. Mudah sahaja.

13. Hungary

simbol tandas
Imej via [amusingplanet]

Kalau yang dua alam tu macam mana? Nak masuk tandas pertama atau kedua. Pandai-pandailah buat keputusan. Simbol toilet di Hungary ini jelas-jelas sudah tunjukkan mana satu tandas lelaki dan perempuan. Pilih sahaja nak masuk tandas yang mana.

Simbol Tandas-Tandas Lain Yang Unik Dan Menarik

Simbol Tandas #14

simbol tandas
Imej via [reddit]

Simbol tandas ini terdapat di Germany dan negara lain juga. Ia menunjukkan cara wanita dan lelaki menggunakan tandas. Anda boleh tahu melalui cara guna tandas yang ditunjukkan.

Simbol Tandas #15

simbol tandas
Imej via [amusingplanet]

Simbol tandas ini terdapat di Australia. Yang bertopi adalah lelaki dan perempuan adalah yang berambut.

Simbol Tandas #16

Simbol tandas jenis ini dijumpai di Lisbon, Portugal. Anda faham atau tidak? Yang bereben di bawah adalah lelaki menggayakan bajunya dan bereben di atas adalah wanita seolah-olah menggayakan rambutnya.

Simbol Tandas #17

simbol tandas
Imej via [amusingplanet]

Barcelona, Spain punya simbol tandas pun menunjukkan kegunaan tandas dengan gambar icon orang lelaki dan perempuan. Macam-macam jenis kartun pun ada. Cuma ini versi sebegini.

Simbol Tandas #18

Simbol tandas kat mana ni? Inilah simbol tandas yang dijumpai di Prague, Czech Republic. Bentuk hijau menandakan tandas lelaki manakala bentuk oren menandakan tandas wanita. Dah serupa bentuk bintang dah pun!

Simbol Tandas #19

simbol tandas
Imej via [wanista]

Simbol tandas jenis ini sangat antik dan klasik. Dari mana wujudnya simbol ini ia tidak diketahui. Walau apapun, mereka yang mencipta simbol tandas ini memang rare.

Simbol Tandas #20

simbol tandas
Imej via [wanista]

Siapa yang paling banyak berleter atau bercakap dalam dunia? Ya, perempuan. Jadi anda boleh pilih sama ada nak masuk pintu ‘bla’ atau ‘blablablablablaa….’. Pasti takut nak masuk pintu yang tulisan banyak tu kan!

Simbol Tandas #21

simbol tandas
Imej via [wanista]

Simbol tandas jenis bentuk cawan di bahagian intim ini menandakan jantina seseorang. Selalunya simbol yang berkaitan jantina sebegini akan digunakan oleh luar negara.

Itulah dia 21 simbol tandas yang unik dan menarik di dunia boleh anda lihat. Kebanyakannya juga digunakan secara personal oleh sesetengah perniagaan atau kedai. Jom baca bunga tercantik di dunia, ucapan untuk anak dan makanan Diproses.

Rujukan:

  1. Amusingplanet
  2. Wanista
  3. Hipwee

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.