Bersilaturrahim bukan sekadar berkenal-kenalan, berjabat tangan atau memohon maaf dengan bersalam-salaman. Ada sesuatu yang lebih hakiki dari itu semua, iaitu aspek mental dan ketulusan hati di dalam hati.

Hal ini sesuai dengan kata asal dari silaturrahim itu sendiri, iaitu ‘silah’ atau ‘wasal’ yang membawa maksud menyambungkan atau menghimpun, dan ‘rahim’ yang bererti kasih sayang. Menghimpun pula biasanya mengandungi makna sesuatu yang tercerai-berai dan berselerakan, menjadi sesuatu yang bersatu dan teguh kembali.

(HR: Bukhari), Rasulullah saw bersabda:

“Yang disebut bersilaturrahim itu bukanlah seseorang yang membalas kunjungan atau pemberian, melainkan bersilaturrahim itu ialah menyambungkan apa yang telah putus” 

silaturrahim
Imej via [kompasiana]

Silaturrahim bukan sahaja dengan orang yang kita rapat, tetapi untuk semua orang. Apalagi kalau kita bersilaturrahim kepada orang yang sedia membenci kita, seseorang yang sangat menghindari pertemuan dengan kita, lalu kita menggagahkan diri untuk bertemu dengannya, jadi inilah silaturrahim yang sebenarnya.

Rasulullah saw pernah memberikan nasihat kepada para sahabat, 

“Hendaklah kamu mengharapkan kemuliaan dari Allah”.

Para sahabat pun bertanya, 

“Apakah yang dimaksud itu, Ya Rasulullah?” 

Baginda kemudian bersabda lagi, 

“Hendaklah kamu suka menghubungkan tali silaturrahim kepada orang yang telah memutuskannya, memberi sesuatu (hadiah) kepada orang yang tidak pernah memberi sesuatu kepada kamu, dan hendaklah kamu bersabar (jangan lekas marah) kepada orang yang menganggap kamu bodoh.” 

(HR : Hakim)

silaturrahim
Imej via [pym]

15 Sebab Kita Perlu Menjaga Silaturrahim

Jelas bahawa banyak sebab kenapa kita perlu menjaga silaturrahim. Jom lihat 15 sebab kita perlu menjaga silaturrahim dengan semua orang.

1. Memupuk Sifat Kasih Sayang

Dengan menjaga silaturrahim, kita dapat memupuk rasa cinta dan rasa sayang terhadap orang lain. Selain itu, ia dapat memupuk rasa belas kasihan terhadap insan yang lain. Allah S.W.T. amat menyukai orang yang saling berkasih sayang. Seperti di dalam Surah Al-Quran bermaksud :

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang.

Surah Maryam : Ayat 96

2. Dapat Mengeratkan Hubungan Persaudaraan

Silaturrahim juga dapat mengeratkan persaudaraan sesama insan. Sebagai contoh, dua orang bersaudara ini tidak mengenali antara satu sama lain. Kemudiannya ia berkenalan dan mengenali antara satu sama lain. Jadi situasi tersebut dapat mengeratkan hubungan persaudaraan yang tidak pernah berlaku. 

silaturrahim
Imej via [letstalkiap2]

3. Dimurahkan Rezeki

Hikmah disebalik silaturrahim juga, kita akan sentiasa dimurahkan rezeki tidak kira dimana jua kita berada dan Insyaallah akan dipelihara oleh Allah S.W.T. dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

4. Tuntutan Agama

Silaturrahim juga merupakan salah satu tuntutan agama Islam dan merupakan seruan daripada baginda Nabi Muhammad S.A.W. kerana setiap perbuatan di dunia ini pasti ada kaitannya dengan akhirat kelak. Oleh itu, niat silaturrahim kerana Allah S.W.T. pasti akan dipelihara hubungannya dengan manusia di akhirat kelak juga. 

5. Dapat Muhasabah Diri

Dengan silaturrahim, kita juga dapat bermuhasabah diri dan mengetahui segala kekurangan kita. Bukannya membandingkan kelebihan kita dengan orang lain. Kekurangan yang dimaksudkan adalah memperbaiki segala kekurangan ketaqwaan dan keimanan kita kepada Allah SWT supaya dapat mempertingkatkannya dengan lebih baik lagi.

6. Mendapat Kebahagian Di Dunia Dan Akhirat

Insan yang sering menjaga silaturrahim akan sentiasa mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. Sesiapa yang memutuskan tali silaturrahim ini akan berada keseorangan di dunia serta di akhirat kelak.

silaturrahim
Imej via [style]

7. Dapat Menguatkan Keimanan Dan Ketaqwaan Kepada Allah SWT

Keimanan dan ketaqwaan seseorang yang sering menjaga silaturrahim akan sentiasa kuat dan sering dipelihara imannya oleh Allah SWT. Kayu pengukur ketaqwaan dan keimanan seseorang itu juga diukur melalui hubungan sesama muslim.

8. Dapat Memupuk Sifat Memaafkan Kesalahan Orang Lain

Kita sebagai hambaNya sering sentiasa melakukan kesalahan dan dengan menjaga silaturrahim, ia dapat memupuk diri agar memaafkan kesilapan perbuatan saudara muslim yang lain. Allah S.W.T. amat gemar dan sayang kepada hambanya yang sering memaafkan hambaNya yang lain. 

9. Mendapat Pahala

Menjaga silaturrahim ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar, Insyaallah. Bagi anda yang menyambungkan silaturrahim sesama saudara muslim, Insyaallah diakhirat kelak anda bakal mendapat ganjaran pahala yang besar.

silaturrahim
Imej via [hmetro]

10. Mendapat Umur Yang Panjang

Bagi mendapat umur yang panjang, kita hendaklah menjaga hubungan silaturrahim dengan semua orang. Sabda Rasulullah S.A.W :

“Sesiapa yang suka untuk diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali silaturrahim”

[Hadis Riwayat Bukhari]

11. Mendapat Ganjaran Syurga

Mereka yang menjaga silaturrahim juga akan mendapat ganjaran syurga kelak. Selain beribadah kepada Allah, menunaikan zakat, menjaga silaturrahim juga turut menjadi aspek untuk mendapat ganjaran ke syurga. Daripada sabda Rasulullah S.A.W. :

“Engkau beribadah kepada Allah SWT semata dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu apapun, menegakkan solat, menunaikan zakat dan menyambung tali silaturrahim”

[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

12. Sangat Disayangi Allah S.W.T.

Allah S.W.T sangat menyayangi dan memuji hambaNya yang menyambung tali silaturrahim. Sesungguhnya begitu mulia hamba-Nya yang mendapatkan pujian dan sanjungan dari Allah S.W.T. dan Allah S.W.T. tidak menyukai hambaNya yang memutuskan tali silaturrahim.

silaturrahim
Imej via [sinarharian]

13. Hubungan Dengan Allah Lebih Bermakna

Dari sabda Rasulullah S.A.W. :

“Sesungguhnya Allah menciptakan makhlukNya, hingga apabila Dia selesai dari menciptakan mereka, rahim akan berdiri dan berkata, ‘Ini adalah tempat berdiri orang yang berlindung kepada-Mu dari memutuskan tali silaturrahim.’ Allah berfirman: ‘Ya, tidakkah engkau reda bila Aku menyambung orang yang menyambungmu dan memutuskan orang yang memutuskanmu?’ Rahim berkata: ‘Tentu saja.’ Allah berfirman: ‘Maka, itu menjadi milikmu’.”

[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Daripada hadis riwayat Bukhari dan Muslim tersebut, kita dapat ketahui bahawa Allah S.W.T. akan menyambungkan hubunganNya dengan hambaNya yang menyambungkan silaturrahim dengan hambaNya yang lain. Jika hambanya memutuskan tali silaturrahim tersebut, Allah SWT juga akan memutuskan hubunganNya dengan hambanya yang memutuskan silaturrahim.

14. Disayangi Oleh Semua Orang

Sudah tentu bagi anda yang menjaga silaturrahim ini akan disayangi juga oleh manusia dengan syarat anda kena ikhlas dan niat kerana Allah S.W.T. Bagi anda yang tidak menjaga silaturrahim ini pasti hidupnya sentiasa mendapat celaan daripada orang lain dan tidak disukai oleh semua orang.

15. Mendapat Kehidupan Yang Bahagia

Dengan menjaga silaturrahim, hidup akan menjadi lebih bahagia dan tenang. Rezeki bertambah, sahabat ramai, dikelilingi oleh insan tersayang, Allah S.W.T suka, pahala banyak dan banyak hikmah yang anda dapat. Siapa tak nak kan?

silaturrahim
Imej via [bernama]

Silaturrahim adalah jalan menghubungkan kembali hubungan yang telah terputus. Para Ulama’ sering menyebut kita asal dari rahim yang sama iaitu rahim Siti Hawa dan sama-sama hamba kepada Ar-Rahim, jadi kenapa kita harus memutuskan hubungan silaturrahim ini?

Pada zaman yang serba canggih ini, banyak alat perhubungan telah tercipta dan tujuan asalnya adalah memang untuk memudahkan perhubungan sesama manusia tetapi alat ini jugalah yang banyak memutuskan hubungan silaturrahim sesama manusia.

Mulai hari ini, marilah sama-sama kita mengeratkan hubungan silaturrahim ini agar kita semua sentiasa bahagia di dunia akhirat dan dirahmati Allah S.W.T. Jom baca Hadith berkaitan ibu bapa, Adab terhadap ibu bapa, Tips jadikan anak solehah dan Ayat pengasih pikat suami.

Rujukan:

  1. tzkrh
  2. hmetro
  3. ikimfm

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.