Seperti yang kita tahu, seorang suami berperanan sebagai ketua keluarga untuk menjaga keluarga dan juga merupakan imam bagi isteri dan anak-anaknya. Syurga seorang isteri juga di bawah telapak kaki suaminya. Seorang isteri yang menurut perintah suami insyaallah akan lebih mudah untuk masuk ke syurga yang dijamin oleh Allah SWT.

Ya, mungkin ada sesetengah daripada suami yang elok perangainya. Syukur dan bertuah pada para isteri yang berjaya berdampingan dengan seorang suami yang soleh.

Sifat Suami Tercela
Image Via : Pixabay

Namun ada juga dikalangan lelaki yang bergelar suami ini dengan sengaja menyakiti isterinya dengan sifat yang tercela. Sifat yang benar-benar boleh biki hati isteri merana. Sifat yang memang akan menggangu kehidupan rumah tangga dan yang paling menyedihkan hingga menyebabkan si isteri tidak boleh memaafkan kesilapan si suami lagi.

Suami Tidak Berhak Untuk Menyakiti Hati Isteri

Perkahwinan adalah untuk hidup bahagia bersama. Tetapi ada juga diantara suami yang suka menyakiti hati si isteri hanya kerana merasa dia berhak berbuat demikian. Kadang-kadang dengan tanpa rasa bersalah setiap perbuatan dan kelakuan suami telah menyebabkan si isteri susah untuk memaafkan mereka.

Jom baca 15 di antara sifat suami yang tercela hingga boleh menyebabkan suami berasa sakit hati dan kecewa hingga tahap meruntun jiwa.

sifat suami tercela
Image Via : Cross Walk

15 Sifat Suami Tercela Yang Patut Dijauhkan

1.Curang dan Main kayu tiga

Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap isteri. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga suami yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai ‘teman tapi mesra’. Ada juga yang sanggup menipu dirinya masih bujang dan sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai isteri.

2. Kerap menggunakan bahasa yang kasar tahap maki hamun

Jika dilihat ada sesetengah diantara suami yang suka berbahasa kasar dengan isteri. Dah jadi 1 rutin untuk bercakap kasar dan kadang-kadang disumpah seranah si isteri dikhalayak ramai. Sampai tiada 1 pun perkataan yang lembut dan manis keluar dari mulut si suami. Cuba belajar untuk menyumpah seranah dan buang segala bahasa kasar.

3. Ego dan tidak boleh menerima pendapat isteri dalam apa jua hal

Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan,isteri selalu dipersalahkan. Tidak mahu mengaku salagh dan semua kesalahan terletak atas isteri.

4. Suka dengan pornografi

Jika kita lihat, masalah yang ini memang boleh merosakkan rumah tangga. Perlu dielakkan kerana tidak mendatangkan apa-apa faedah . Perbuatan yang salah dan boleh diri sendiri dan masa depan juga. Takut terjebak dengan perkara yang tak sepatutnya terjadi. Jika si suami terperangkap dengan ketagihan terhadap pornografi, perlu jumpa kaunselor untuk atasi masalah ini. Daripada dok tengok pornografi, lebih baik tengok‘ bini sendiri.

5. Membuka kisah hubungan suami isteri yang peribadi pada orang lain

Hubungan suami isteri salah 1 perkara yang tak boleh kita ceritakan kepada orang lain. Mungkin si suami tak puas hati hubungannya dengan si isteri lalu diceritakan kepada orang lain. Suami wajib menjaga kehormatan isteri dan menjaga rahsia hubungan antara mereka berdua saja.

6. Kerap menipu isteri dengan pelbagai helah dan alasan

Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama-kelamaan akan membuatkan isteri cepat meluat dan benci. Ada saja semua nak ditipunya semua ada alasannya. Munkin di awalnya saja suka-suka. Lama-kelamaan perbuatan akan menjadi sebati dalam diri mereka.

7. Lebih mementingkan kawan daripada isteri dan anak-anak

Ya..memang sering terjadi perkara ni. Bila si suami sanggup lebihkan kawan-kawan dari isteri dalam segala hal. Kedengaran macam perkara remeh tapi boleh menjejaskan hubungan suami isteri.

8. Suka bandingkan isteri sendiri dengan isteri orang lain

Buat para suami, jangan suka bandingkan isteri anda dengan isteri orang lain. Tak kira dari segi fizikal dalam segala hal. Perbandingan itu lambat laun akan merendahkan harga diri isteri anda. Terimalah isteri anda dengan seadanya. 

9. Panas Baran dan suka naik tangan

Pantang silap sikit, terus nak maki. Lagi parah, kaki tangan cepat naik nak tunjuk dia yang berkuasa. Lama kelamaan si isteri akan hidup dalam keadaan tertekan. Jadi, si suami perlulah belajar untuk mengawal sikap panas barannya itu. Memukul juga jangan sesekali di cuba ye, awas dah boleh jadi kes polis tau!

10. Tidak tahu menghargai kelebihan dan jasa baik isteri

Ada sesetengah suami yang tak tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan isterinya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Si ister dah buat sehabis yang baik dalam menjaga hubungan rumah tangga dan semuanya tapi tak diendahkan dan tak dihargai oleh suami. 

11. Terlalu mengongkong

Segala gerak-geri isteri dikawal. Hendak keluar ke mana mana pun tidak boleh. Buat apa pun tak boleh. Segalanya dikawal sampai isteri tak boleh bergerak ke kanan atau ke kiri. Segala keputusan semuanya di tangan suami.

12. Fitnah dan suka buruk sangka

Salah satu perbuatan yang tak boleh dimaafkan. Bila suami dengan sengaja membuat fitnah tentang si isteri. Tak kira dari segi apa pun, bila mana fitnah tu mendatangkan mudarat kepada isteri maka ia bukanlah satu sifat yang terpuji. Buruk sangka juga seeloknya janganlah di amalkan. Tolonglah beri rasa percaya tu pada isteri.

13. Curiga dan suka mencari salah isteri dengan sengaja

Bila si suami terlalu curiga dengan isteri. Apa sahaja yang isteri buat mesti ada curiga. Tidak percaya dengan apa yang isteri lakukan dan kerap mencari kesalahan ai isteri. Ada sahaja tidak kena di mata suami.

14. Menceraikan isteri tanpa sebab

Hanya tidak suka dan berminat terhadap isteri. Tanpa rasa bersalah si suami menceraikan isterinya dengan sesuka hati tanpa persetujuan si isteri.

15. Memaksa isteri melakukan dosa

Seorang suami perlu membimbing isteri kearah kebaikkan dan isteri mengharapkan tunjuk ajar dari si suami tetapi si suami pula yang mengajar dan menyuruh isteri melakukan perkara yang boleh mendatangkan dosa.

Janganlah Menjadi Suami Tercela Wahai Lelaki

Sebuah kehidupan rumahtangga adalah untuk saling lengkap melengkapi. Allah SWT telahpun memberi panduan di dalam AlQuran atas apa yang patut di lakukan oleh si suami dan juga si isteri itu sendiri. Di sini suami adalah pembimbing, imam (ketua keluarga) dan juga pelindung maka jalankanlah tanggungjawab itu sebagai satu amanah yang patut di pikul dengan penuh berhemah.

Si isteri pula jika ditakdirkan anda mendapat seorang suami yang solehah maka bersyukurlah. Itu tanda anda sangat bernasib baik dan janganlah dengan sengaja mengambil kesempatan di atas kebaikan suami.

Perkahwinan bukan untuk dicuba-cuba tetapi hingga ke akhir hayat. Semoga Tuhan sentiasa melindungi perkahwinan kita semua.

Sumber :

Harian Metro Konfrontasi








Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.