Comel bukan apabila nampak budak kecil berdengkur? Berirama betul bunyinya! Letih agaknya bermain-main, merangkak-rangkak, berjalan-jalan, berlari-lari, kejar-mengejar ke sana sini. Macam orang dewasa yang sibuk pula kan, walhal situ-situ je mereka beraktiviti, bukan jauh mana, pusing-pusing tempat yang sama juga.

Lepas tu, nampak si kecil nyenyak betul tidur, tidak sampai hati pula hendak kejutkan mereka. Comel memang comel, tetapi tidak elok sebenarnya jika anak anda dibiarkan berdengkur berterusan. Pernahkah terlintas di fikiran anda yang dengkuran anak-anak mungkin menandakan keadaan lain yang tidak normal?

Oleh itu, di bawah ini kami kongsikan pengetahuan Dr Ezairy M.Sallih, seorang pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) terkemuka, mengenai masalah dengkuran anak-anak yang patut diambil perhatian oleh ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian.

Apakah Sebab Yang Membuatkan Si Kecil Berdengkur?

Ada antara anda yang yang ada masalah ini. Jom lihat lima perkara di bawah.

1. Masalah berat badan. Berat badan berlebihan akan menyebabkan gangguan pada salur pernafasan dan mengakibatkan masalah dengkur bertambah teruk

2. Tonsil yang besar. Ini menyebabkan halangan berlaku semasa proses pernafasan. Berdengkur boleh berlaku.

berdengkur
Imej via Vaaju

3. Adenoid besar. Struktur adenoid terletak di bahagian nasopharynx iaitu di belakang hidung. Pembesaran pharyngeal tonsil ini boleh mengakibatkan masalah berdengkur juga

4. Terlalu letih. Otot dan tisu yang lemah akibat terlalu letih akan mengakibatkan gangguan semasa bernafas ketika tidur. Berdengkur akan berlaku

5. Masalah pada hidung. Polyp atau apa-apa masalah di rongga hidung juga boleh menyebabkan masalah dengkuran.

Bagaimana Langkah Rawatan Dan Penyelesaiannya?

  • Dapatkan pemeriksaan bersama doktor. Anda akan dibantu. Merawat segala punca masalah adalah langkah paling terbaik.
  • Turunkan berat badan, aktif bersukan, rajin guna ubat doktor beri dan lain-lain.

*Haaa, nampak je si kecil tidur nyenyak berdengkur-dengkur tidak bermaksud yang ianya sesuatu yang biasa tau. Boleh jadi ia disebabkan keadaan serius lain. Jangan tunggu lagi! Sharelah info ini ya untuk perkongsian kepada ibu-ibu dan bapa-bapa yang lain.

*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.

Penulis: Dr Ezairy M. Salih

Dr Ezairy M. Salih

Merupakan Doktor Telinga, Hidung dan Tekak di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Rajin berkongsi tips kesihatan di status Facebooknya. Ikuti beliau untuk dapatkan tips-tips kesihatan yang menarik.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.