Oh tidak! Muka dia yang kasar dan berlubang-lubang dulu tu dah nampak flawless, gebu dan berseri-seri! Jelesnya….

serum terbaik 2019 dan popular
Imej via [magazine]

Ya, itulah kebaikan serum yang ramai tak tahu. Serum penting dalam penjagaan wajah kerana ia berfungsi sebagai rawatan dalaman dan luaran kulit wajah yang bermasalah selain dapat menyihatkan kulit.  

Namun begitu, ramai yang tidak sedar bahawa terdapat pelbagai jenis serum yang sesuai dipakai untuk jenis kulit wajah yang berbeza. Bukan main pakai semua serum begitu sahaja! Anda wajib lihat jenis kulit dan apa yang kulit perlukan.

Tips Pilih Serum Sesuai Dengan Jenis Kulit

serum terbaik 2019 dan popular
Imej via [pinterest]

Hampir 90% wanita dalam kalangan remaja mengalami masalah kulit muka berminyak dan berjerawat. Kenapa ramai sangat? Maklumlah zaman remaja inilah segala hormon wanita mula aktif dan dihasilkan justeru memberi kesan kepada wajah anda. Begitu juga dengan mereka yang berkulit kering dan kusam. Mari kita lihat Tips Pilih Serum Sesuai Dengan Jenis Kulit.


1. Kenal Pasti Jenis Dan Masalah Kulit Wajah

Imej via [fimela]

Penting untuk anda kenal pasti apakah masalah utama kulit yang anda hadapi pada hari ini? Antara masalah kulit wajah wanita adalah kulit kering, kulit berminyak, kulit kusam, kulit berjerawat, berjeragat, berparut dan lain-lain lagi.


2.  Kenali Jenis Serum di Pasaran

Terdapat banyak jenis serum di pasaran sama ada lengkap dengan set penjagaan kulit ataupun hanya serum sahaja untuk anda amalkan. Paling penting, anda tahu jenis serum yang sesuai dengan kulit anda sama ada serum vitamin C, vitamin E, serum Collagen dan lain-lain lagi.  Serum vitamin c berfungsi untuk kulit gelap, kusam dan berkedut. Serum vitamin E pula adalah untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah dan akhirnya serum Collagen menjadikan kulit lebih cerah semulajadi.

Imej via [cerpen]

3.  Buat Kajian Tentang Bahan Kandungan Serum

Hati-hati memilih serum yang sesuai untuk kulit wajah anda. Jangan pilih serum yang terlalu kompleks atau padat dengan ramuan bahan kimia sekiranya kulit anda nipis dan sensitif serta berjerawat. Pilihlah serum terbaik dan popular yang diperbuat daripada kandungan semulajadi.


4.  Dengar Dan Baca Pengalaman Orang Lain

Jangan lupa untuk membaca dan mendengar pengalaman orang lain yang telah menggunakan sesuatu serum itu. Mungkin kulit wajahnya sama jenis seperti kulit wajah anda. Mungkin juga serum yang anda idamkan itu sebenarnya tidak sesuai dengan kulit anda. Dengan mendengar pengalaman orang lain, anda akan dapat memilih serum terbaik dan popular untuk anda.


5 Serum Terbaik 2019 Dan Popular Untuk Wanita Dan Para Isteri

serum terbaik 2019 dan popular
Imej via [merdeka]

Khas untuk wanita dan para isteri, pasti anda ingin tahu apakah serum terbaik 2019 dan popular untuk diamalkan. Terdapat 6 jenis serum terbaik dan popular untuk wanita dan para isteri gunakan kerana ia benar-benar sesuai dan berkesan dengan kulit anda. Jom lihat 6 serum terbaik dan popular wajib anda gunakan.


1. NANOWHITE Dark Spot Corrective Serum (30 ML)

serum terbaik 2019 dan popular
Imej via [lelong]

NANOWHITE Dark Spot Corrective Serum yang mempunyai sukatan 30ml ini sebenarnya amat sesuai untuk wanita yang berusia muda ataupun remaja.  Ia berfungsi menghilangkan jeragat, jerawat, bintik-bintik hitam dan putih di wajah serta banyak lagi.

Serum terbaik dan popular ini mengandungi Vitamin C, Tea Tree Oil dan alga laut yang juga membantu menghalang penghasilan minyak kulit wajah berlebihan. Setiap lapisan kulit akan dirawat dengan baik sekaligus memberikan toner warna kulit yang sekata.


2.  Clinelle Whiten Up Brightening Serum (20 ML)

serum terbaik 2019 dan popular
Imej via [Clinelle]

Serum Clinelle Whiten Up Brightening yang bersukatan 20ML ini menjadi pilihan ramai para isteri dan semua wanita.  Serum ini berfungsi mencerahkan wajah, melembabkan kulit wajah dan mengatasi masalah kulit kering. Jika anda was-was dengan serum di luar sana, Clinelle serum ini amat dipercayai ramai dan terbukti selamat oleh pakar kulit (Dermatologically Tested).


3.  Pure Vitamin C Hyaluronic Acid Serum Anti Aging (30 ML)

serum terbaik 2019 dan popular
Imej via [AliExpress]

Salah satu serum terbaik dan popular dalam kalangan wanita dan para isteri adalah Serum Pure Vitamin C Hyluronic Acid. Serum terbaik dan popular ini adalah 100% daripada vitamin C yang mempunyai banyak manfaatnya. Menariknya, kesan parut di wajah menjadi pudar dan hilang sekiranya anda mengamalkannya secara berterusan.


4.  Bio-Essence Bio Bounce Collagen Essence

serum terbaik 2019 dan popular
Imej via [shopee]

Nak anjalkan kulit wajah dan cerahkan kulit? Bio-Essence Bio Bounce Collagen Essence ini adalah serum terbaik dan popular boleh anda gunakan untuk cerahkan kulit. Kulit mendapat vitamin dan mineral yang secukupnya dengan serum ini. Ia juga bersifat antioksida, melembabkan wajah dengan sempurna dan memutihkan wajah. Nak ph kulit seimbang dan sihat, pakai Bio-Essence Bio Bounce Collagen ini setiap hari!


5.  Bio-Essence Tanaka Bio White Advance Whitening Serum (30 ML)

serum terbaik 2019 dan popular
Imej via [tmpoint]

Pernah dengar Tanaka serum? Inilah dia serum terbaik dan popular yang turut dikenali sebagai pemutih dan penghilang segala jeragat dan jerawat. Menariknya, serum ini boleh digunakan untuk semua jenis kulit wanita sama ada kulit kasar, licin, sensitif dan sebagainya. Bio-Essence Tanaka Bio White Advance menjadikan kulit anda lebih cerah dan bersih dengan selamat.


6.  Dr. Beau Serum

serum terbaik 2019 dan popular
Imej via [shopee]

Isteri-isteri pasti tak sabar lagi memakai serum ini. Dr Beau serum ini cukup popular dan terkenal sebagai serum terbaik di Malaysia. Ia diperbuat daripada Roseship Oil dan Argan Oil yang segar dan menjadikan kulit wajah berseri-seri. Banyak manfaat argan oil dalam mencantikkan kulit wajah boleh anda nikmati dengan memakai Dr. Beau Serum.


7.  NUTOX Advanced Serum Concentrate (30ml)

serum terbaik 2019 dan popular
Imej via [viimart]

Nutox Advanced serum amat terkenal dan menjadi rebutan ramai tambah-tambah lagi para isteri yang berumur 28 tahun dan ke atas. Serum ini membantu menghilangkan garis-garis dan kedutan di wajah serta membentuk wajah lebih runcing dan cantik. Tak salah jika anda nak mencuba Nutox Advance Serum ini,  kandungannya tiada paraben dan mempunyai 2 kali ganda Bird Nest.

serum terbaik 2019 dan popular
Imej via [merdeka]

Itulah dia 7 Serum Terbaik 2019 dan Popular untuk wanita dan para isteri. Wahai si suami, apa lagi, hadiahkan salah satu serum wajah buat isteri anda. Mintalah mereka membuat pilihan serum idaman mereka!
Jemput baca juga Cara Naikkan Seri Wajah Isteri, Tips Jelita Tanpa Titik Hitam di Wajah dan Lesung Pipit Kecacatan Semulajadi Yang Cantik. 

Rujukan:

  1. Remaja
  2. Husniey Husain
  3. Lazada

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.