Tahukah anda, pada tahun 2018 dan 2019, sebanyak 27 universiti di Malaysia telah memasuki carta 400 universiti terbaik di Asia? Malah 7 daripada universiti awam kita termasuk dalam senarai 100 univerisiti terbaik di dunia.

Ianya merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan. Istimewa untuk anda, kali ini kami akan kongsikan ranking terkini universiti awam di Malaysia sebagai panduan bakal graduan.

Pastinya anda tertanya-tanya bagaimana kedudukan universiti ini ditentukan? Kedudukan univerisiti adalah berdasarkan kepada:

  • Sumbangan kertas projek
  • Reputasi kecemerlangan akademik
  • Reputasi graduan yang sudah bekerja
  • Fakulti
  • Kemudahan pembelajaran

Baiklah, nak tahu ranking universiti awam Malaysia untuk tahun 2019?

senarai universiti awam di malaysia
Sumber: NST

1. Universiti Malaya

Universiti tertua di Malaysia ini memegang gelaran ranking pertama bagi universiti awam di Malaysia dan mendapat tempat ke24 di Asia. Sementara di peringkat dunia, Universiti Malaya mendapat tempat ke 87 dalam senarai universiti terbaik dunia. Hebat kan?

2. Universiti Putra Malaysia

Universiti Putra Malaysia atau nama lamanya Universiti Pertanian Malaysia yang terletak di Serdang menduduki tempat kedua. Ia mendapat tempat ke36 di peringkat Asia dan 202 di peringkat dunia.

3. Universiti Kebangsaan Malaysia

Universiti Kebangsaan Malaysia atau UKM yang terletak di Bangi menduduki ranking ketiga dalam senarai universiti awam di Malaysia. Di peringkat asia, UKM menduduki tempat ke 43, manakala di peringkat dunia, UKM berada di tempat ke184.

4. Universiti Sains Malaysia

Di tempat keempat dalam ranking universiti awam di Malaysia ialah Universiti Sains Malaysia atau USM yang terletak di Pulau Pinang. Di peringkat Asia, USM mendapat tempat ke 46 manakala di peringkat dunia, ia berada di tempat ke 207.

5. Universiti Teknologi Malaysia

Universiti Teknologi Malaysia pula berada di ranking kelima dalam senarai universiti awam di Malaysia. Di peringkat Asia, Universiti Teknologi Malaysia mendapat tempat ke 49 manakala di peringkat dunia, ia berada di tempat ke 228.

senarai universiti awam di malaysia
Sumber: Glassdoor

6. Universiti Teknologi Petronas

Universiti Teknologi Petronas atau UTP yang terletak di Tronoh, Perak menduduki tempat keenam dalam ranking universiti awam di Malaysia.
Di peringkat Asia, Universiti Teknologi Petronas mendapat tempat ke 101 manakala di peringkat dunia, ia berada di tempat ke 521.

7. Universiti Utara Malaysia

Universiti Utara Malaysia atau UUM yang terletak di Sintok, Kedah memegang gelaran universiti awam ketujuh terbaik di Malaysia dan mendapat tempat ke131 di Asia. Sementara di peringkat dunia, Universiti Malaya mendapat tempat ke 601 dalam senarai universiti terbaik dunia.

8. Universiti Teknologi Mara

Universiti Teknologi Mara atau UITM yang dulunya dikenali sebagai Institut Teknologi Mara ( ITM ) menduduki ranking kelapan dalam senarai universiti awam di Malaysia. Ia juga menduduki tangga ke 158 di peringkat asia dan tempat ke 751 dalam senarai universiti terbaik dunia.

9. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ) atau nama inggerisnya International Islamic University Malaysia ( IIUM ) dengan gelaran Taman Ilmu Dan Budi menduduki tempat ke sembilan dalam ranking universiti awam di Malaysia. Di peringkat Asia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mendapat tempat ke 163 manakala di peringkat dunia, ia berada di tempat ke 651.

10. Universiti Malaysia Perlis

Universiti Malaysia Perlis atau juga dikenali sebagai UniMAP mendapat tempat kesepuluh dalam ranking universiti awam di Malaysia. Di peringkat asia, Universiti Malaysia Perlis mendapat tempat ke 221. Namun ia tidak tersenarai dalam carta 1000 universiti terbaik di dunia.

senarai universiti awam di malaysia
Sumber: Baikbike

11. Universiti Malaysia Sabah

Di ranking ke sebelas universiti awam terbaik di Malaysia ialah Universiti Malaysia Sabah atau lebih dikenali sebagai UMS. Di peringkat asia, Universiti Malaysia Sabah berada di tangga ke 222. Namun ia tidak tersenarai dalam carta 1000 universiti terbaik di dunia.

12. Universiti Malaysia Sarawak

Universiti Malaysia Sarawak atau lebih dikenali sebagai Unimas menduduki tangga ke dua belas dalam senarai universiti awam di Malaysia. Di peringkat asia, universiti ini menduduki tangga ke 247. Namun ia tidak tersenarai dalam carta 1000 universiti terbaik di dunia.

13. Universiti Malaysia Terengganu

Universiti Malaysia Terengganu atau lebih dikenali sebagai UMT menduduki tempat ke tiga belas dalam ranking universiti di Malaysia. Di peringkat asia, universiti ini menduduki tangga ke 271. Namun ia tidak tersenarai dalam carta 1000 universiti terbaik di dunia.

14. Universiti Malaysia Pahang

Di ranking ke empat belas dalam senarai universiti di Malaysia ialah Universiti Malaysia Pahang atau UMP. Ia mendapat tempat ke281 di peringkat Asia namun tidak tersenarai dalam 1000 universiti terbaik di dunia.

15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia atau UTHM yang terletak di Johor merupakan universiti awam yang berada di ranking ke lima belas bagi tahun 2019. Di peringkat asia, universiti ini menduduki tangga ke 301. Namun ia tidak tersenarai dalam carta 1000 universiti terbaik di dunia.

senarai universiti awam di malaysia
Sumber: SMAP

16. Universiti Pendidikan Sultan Idris

Universiti Pendidikan Sultan Idris atau lebih dikenali dengan nama UPSI yang terletak di Tanjung Malim menduduki ranking ke enam belas dalam senarai universiti awam di Malaysia untuk tahun 2019. Di peringkat asia, universiti ini menduduki tangga ke 351. Namun ia tidak tersenarai dalam carta 1000 universiti terbaik di dunia.

17. Universiti Zainal Abidin

Universiti Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan gelaran Unisza yang terletak di Kuala Terengganu menduduki ranking terakhir dalam senarai universiti awam di Malaysia untuk tahun 2019. Di peringkat asia, universiti ini menduduki tangga ke 352. Namun ia tidak tersenarai dalam carta 1000 universiti terbaik di dunia.

Itulah dia senarai universiti awam di Malaysia dan ranking untuk tahun 2019. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tips menjadi pelajar universiti yang bijak.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.