Ketahui senaman muka untuk awet muda yang boleh dicuba di rumah.

Siapa yang tak nak kelihatan jauh lebih muda daripada usia sebenar? Awet muda adalah idaman setiap wanita di seluruh dunia sehinggakan ramai yang tak kisah untuk mengeluarkan belanja yang banyak asalkan dapat melambatkan proses penuaan. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan tips senaman muka untuk awet muda yang boleh anda amalkan sendiri di rumah tanpa perlu mengeluarkan belanja yang mahal.

tips senaman muka

Sumber: Dietdietsihat

Tips untuk kulit kekal awet muda

Untuk mendapat kulit yang awet muda, di antara perkara paling utama yang perlu dilakukan ialah:

  • Jaga pemakanan dan minuman. Kita adalah apa yang kita makan. Kalau nakkan kulit yang cantik dan tidak dimakan usia, adalah sangat penting untuk kita menjaga pemakanan. Elakkan makanan segera dan diproses sebaliknya amalkan makan makanan yang segar dan sihat. Banyakkan makan sayur dan buah-buahan. Begitu juga dengan minuman. Banyakkan minum air kosong dan kurangkan minuman manis dan berkarbonat. Kopi dan teh boleh diminum namun jangan terlalu banyak. Kurangkan minyak, gula dan garam untuk mendapat kulit yang awet muda.
  • Rajinkan diri untuk bersenam. Bersenam bukan sahaja akan meningkatkan kesihatan dan membantu mendapatkan berat badan yang ideal malah dia juga membantu untuk mendapat kulit wajah yang awet muda. Amalkan bersenam selama 20 minit sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
  • Rajinkan diri untuk melakukan rutin kecantikan kulit. Setiap hari jangan lupa untuk mencuci muka, memakai penyegar, pelembab dan serum bagi memastikan kulit muka mendapat lembapan yang diperlukan. Kulit muka yang tidak dijaga akan lebih cepat dimakan usia lalu menyebabkan anda kelihatan lebih tua daripada usia.
  • Pilih produk penjagaan kulit yang selamat. Elakkan daripada menggunakan produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan terlarang kerana ia akan merosakkan kulit dan memberikan kesan buruk kepada tubuh badan dalam jangka masa yang panjang.

Senaman untuk awet muda

Senaman ini adalah senaman yang boleh anda lakukan untuk mendapat kulit yang anjal dan tegang walau pun semakin berusia. Semakin kita tua, kolagen dalam kulit juga semakin berkurangan lalu menyebabkan kulit muka menjadi tidak anjal dan semakin kendur akibat ketiadaan kolagen untuk memegang kulit kita. Senaman ini membantu kulit muka menjadi tegang semula kalau diamalkan secara konsisten setiap hari. Caranya ialah:

  • Pam sedikit serum di atas tapak tangan yang bersih. Jika anda tidak mempunyai serum, boleh juga gunakan minyak zaiton, minyak argan atau jel aloe vera sebagai ganti. Gosok serum tadi menggunakan kedua-dua tapak tangan untuk menghangatkannya dengan suhu badan. Apabila ia terasa hangat, sapu ke seluruh muka. Pastikan seluruh muka anda telah disapu dengan serum tadi tanpa ada bahagian yang tertinggal. Adalah penting untuk anda memastikan seluruh wajah telah disapu dengan serum atau minyak supaya kulit muka tidak melecet, luka, atau mengalami kemerahan semasa melakukan senaman yang akan kami kongsikan sebentar lagi.
  • Setelah kulit muka dilindungi, anda boleh mulakan senaman yang pertama. Anda lakukan senaman ini dengan meletakkan jari pada dagu kemuda tolak pipi anda ke atas dengan menggunakan jari. Gerakkan dari dagu ke pipi dan tolakkan ke atas. Ini akan membantu menganjalkan kulit muka. Ulang langkah semanaman ini sebanyak lima kalipada waktu pagi selepas anda mencuci muka. Lakukan juga sebanyak 20 kali pada waktu malam sebelum anda tidur.
  • Senaman seterusnya ialah dengan meletakkan jari pada atas tulang pipi lalu menarik jari ke atas sehingga ke sisi pelipis dahi. Lakukan 5 kali pada belah kiri dan ulang juga sebanyak lima kali pada belah kanan. Anda akan berasa kulit pada bahagian yang disenamkan berasa sedikit ketat dan tegang.
  • Senaman seterusnya ialah pada bahagian dahi. Caranya letakkan jari anda pada dahi dan tolak dahi anda ke atas sehingga ke kawasan anak rambut. Dahi anda mungkin akan kelihatan kemerahan namun percayalah bahawa senaman ini sangat membantu untuk mengurangkan kedutan pada bahagian dahi. Untuk makluman anda, dahi adalah bahagian muka yang paling mudah berkedut dan paling ketara kedutannya. Setiap mata yang memandang wajah anda akan melihat kedutan pada dahi. Ulang senaman ini sebanyak yang boleh.
  • Beri tekanan pada setiap penjuru wajah. Contoh: Kedua sisi dahi, belakang kedua telinga, kedua penjuru bibir, kedua penjuru mata dan kedua penjuru kening di tengah dahi.
  • Tekan beberapa saat sebelum menggerakkan jari dalam gerakan membulat.
  • Seperti orang korea, tampar lembut muka anda sekuat hati (jika tahan sakit). Cara ini akan mengejutkan semua otot pada wajah untuk aktif kembali bahkan dapat menyah toksin tahu?
  • Baru lah muka nampak berseri-seri tidak letih.
  • Langkah seterusnya, buat cubitan kecil pada kawasan sekitar wajah. Sama seperti urutan, cubitan sebenarnya dapat mengejutkan otot-otot bawah kulit untuk kembali aktif dan segar!

Sekarang anda dah tahu senaman yang boleh dilakukan untuk mendapatkan wajah yang kekal mudah, berseri dan nampak segar sepanjang hari. Selain mengamalkan senaman ini, seeloknya amalkan juga pemakanan yang sihat serta gaya hidup yang sihat seperti bersenam dan mendapatkan tidur yang secukupnya.

Itulah dia info tentang tips senaman muka untuk awet muda yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga  kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara penjagaan muka tips penjagaan muka dan tips pilih cermin mata.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.