Macam mana dengan azam tahun baru untuk turunkan berat badan awal tahun dulu? Dah berjaya turunkan berat badan? Tahniah. Tapi kami faham, bahagian perut adalah antara kawasan yang paling susah untuk dikuruskan. Jom kami kongsikan senaman kempiskan perut yang boleh anda cuba.

senaman kempiskan perut

Sumber: Abohonline

1. Berbasikal

Aktiviti berbasikal merupakan senaman kardio berimpak rendah yang membakar banyak lemak pada kawasan perut. Oleh itu, kalau anda sedang berusaha untuk mengempiskan perut, berbasikal adalah senaman yang terbaik untuk anda. Apa yang menarik, anda boleh memilih untuk melakukan senaman ini di dalam atau di luar rumah.

Kalau anda ingin bersenam di dalam rumah, beli mesin senaman basikal. Jika nada memilih untuk bersenam di luar sambil menikmati keindahan alam, anda boleh beli basikal yang sebenar.

2. Senaman kayuhan basikal

Jika anda tiada apa-apa jenis basikal, usah risau. Anda masih boleh lakukan senaman kayuhan basikal tanpa menggunakan basikal. Caranya:

  • Baring diatas yoga mat.
  • Letak tangan dibawah kepala.
  • Naikkan kaki ke atas dan buat gerakan seperti anda sedang mengayuh basikal.
  • Anda akan berasa tekanan pada otot perut.

3. Berjogging

Ramai menyangka bahawa aktiviti berjongging adalah untuj meningkatkan tahap kecergasan dan menurunkan berat badan, bukannya untuk mengempiskan perut. Yang sebenarnya, semasa berjogging, seluruh tubuh badan membakar lemak termasuk perut. Semakin laju anda berlari, semakin kuat otot perut bekerja lalu membakar lemak dengan lebih banyak. Proses memkabar lemak di kawasan perut membantu mengempiskan perut anda.

4. Berjalan kaki

Selain berjogging, aktiviti berjalan kaki juga merupakan senaman kempiskan perut yang anda boleh lakukan. Ianya sangat sesuai bagi mereka yang mengalami kecederaan dan tak mampu untuk berlari. Lagi laju anda berjalan, lagi cepat perut anda akan kempis.

5. Squats

Senaman squats sememangnya terbukti berkesan untuk mengempiskan perut, mencantikkan punggung, dan mengecilkan peha. Caranya sangat mudah:

  • Kangkangkan kaki agar selari dengan bahu, kemudian turunkan punggung seolah-olah anda sedang duduk di atas kerusi.
  • Stabilkan diri dengan menaikkan lengan anda ke hadapan.
  • Bangun, dan ulang semula sebanyak yang anda mampu.
senaman kempiskan perut

Sumber: Fitbit

6. Push-Up

Rasanya semua orang tahu bagaimana untuk melakukan push up. Push up merupakan senaman kempiskan perut yang sangat berkesan.

7. Plank

Senaman plank seakan-akan push up cuma bezanya anda perlu kekalkan kedudukan tanpa naik dan turun. Dengar macam mudah, tapi bila dah buat baru akan rasa. Paling penting, pastikan badqn anda lurus bukannya melengkung. Jika anda rajin lakukan plank, perut anda akan kempis dengan cepat.

8. Senaman kapten

Senaman ini sangat berkesan untuk mengempiskan perut. Caranya:

  • Naikan lutut dalam keadaan menegak menggunakan bar penahan.
  • Kemudian naikkan kaki anda kearah dada sebelum menurunkannya semula.
  • Ulang setakat yang mampu.

9. Gym ball

Anda boleh menggunakan gym ball untuk mengempiskan perut yang buncit. Caranya:

  • Baring diatas gym ball, kaki anda berada di atas lantai.
  • Pastikan belakang badan anda berada ditengah-tengah gym ball.
  • Gerakkan badan anda ke depan dan ke belakang.
senaman kempiskan perut

Sumber: Youtube

10. Leg crunch

Senaman kempiskan perut yang seterusnya ialah leg crunch. Caranya:

  • Baring di atas yoga mat.
  • Letakkan tangan dibawah kepala.
  • Cuba naikkan bahagian atas torso badan anda & turun semula.

11. Mesin Trek Torso

Mesin Trek Torso adalah alat senaman yang sangat berkesan untuk mengempiskan perut. Caranya:

  • Pegang handle mesin dan keraskan otot perut anda.
  • Tarik nafas dan gelungsur ke hadapan.

12. Senaman angkatan bahagian atas badan

Senaman kempiskan perut yang seterusnya ialah senaman angkatan bahagian atas badan. Caranya:

  • Baring diatas yoga mat.
  • Letakkan tangan diatas kepala.
  • Bengkokkan lutut.
  • Naikkan bahagian atas badan sehingga otot perut berasa tekanan.

13. Crunch songsang

Senaman crunch songsang juga merupakan senaman kempiskan perut yang mudah. Caranya:

  • Baring di atas yoga mat.
  • Bengkokkan lutut.
  • Letakkan tangan anda di atas yoga mat atau di bawah kepala anda.
  • Naikkan lutut ke arah dada sambil menegangkan otot perut dengan cara mengangkat pinggul dari lantai.
  • Tegangkan otot perut dan bahu.
  • Hembus nafas sewaktu perut menegang dan sedut nafas apabila pinggul diturunkan ke lantai.

14. Vertical leg crunch

Senaman ini sama seperti senaman crunch yang biasa cuma bezanya anda perlu pastikan kaki sentiasa berada di dalam keadaan lurus. Caranya:

  • Baring di atas yoga mat.
  • Letakkan tangan di bawah kepala.
  • Luruskan kaki ke atas sambil menyilangkan lutut.
  • Kempiskan perut untuk mengangkat kepala dan bahu.
  • Baring semula.
  • Pastikan kedua-dua kaki tidak dijatuhkan sepanjang masa.
  • Hembus nafas apabila anda menegangkan perut dan sedut nafas apabila anda baring semula.

15. Senaman crunch dengan tolakan tumit

Senaman ini sama seperti senaman crunch yang biasa cuma bezanya anda perlu menolak tumit dari lantai.

16. Roda Ab Roller

Anda boleh gunakan roda Ab Roller untuk mengempiskan perut. Caranya:

  • Duduk diatas mesin dan pegang pemegangnya.
  • Tegangkan otot perut sambil menggelungsur ke hadapan.
senaman kempiskan perut

Sumber: Homegymr

17. Mesin Elliptical Trainer

Jika anda mempunyai akses untuk pergi ke gym, anda boleh pilih mesin elliptical trainer yang fokus kepada otot perut. Mesin ini membantu mengempiskan perut dan menguatkan otot perut. Ada six packs barulah bergaya, kan.

18. Senaman Abs

Senaman abs terbukti membantu mengempiskan perut buncit. Caranya:

  • Berbaring dia atas yoga mat.
  • Letakkan tangan di atas kepala.
  • Bengkokkan lutut.
  • Naikkan bahagian atas badan sambil meluruskan tangan ke hadapan.
  • Sentuh jari kaki anda.
  • Kembali ke posisi awal.
  • Ulang.

Itulah dia 18 senaman kempiskan perut yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel kami yang ini, anda juga mungkin menyukai tulisan kami berkenaan cara kuruskan badan, cara kempiskan perut, dan cara senaman wanita hamil.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.