Sebelum ini mungkin anda tidak mengenali semut charlie. Namun sejak kebelakangan ini semut charlie sering disebut-sebut di media sosial berikutan banyaknya kejadian anak yang menderita sakit akibat digigit semut charlie.

Yang sebenarnya apakah yang dimaksudkan dengan semut charlie? Dari mana semut ini datang? Apakah yang akan berlaku jika anda digigit semut charlie?

semut charlie

Sumber: Utusan

Apakah semut charlie?

Semut charlie atau nama saitifiknya Staphylinidae sudah wujud di Malaysia sejak dahulu lagi tapi ianya tidak menjadi sebutan kerana dahulu tiada media sosial untuk memviralkan kes gigitan semut charlie yang berlaku.

Semut charlie adalah dari keluarga kumbang walau pun namanya adalah semut. Selain semut charlie, ia juga mempunyai nama lain seperti rove beetle, semut semai, dan semut kayap. Lain tempat, lain nama yang diberikan kepada semut charlie.

Bagaimana rupa semut charlie?

Semut charlie kelihatan seperti semua biasa yang selalu ada di kawasan rumah anda. Apa yang membezakan semu charlie daripada semut biasa yang tidak merbahaya ialah warnanya.

Semut charlie berbelang dengan warna hitam pada tubuh badannya. Oleh itu, jika anda ternampak semut berbelang hitam di rumah, segera buang semut tersebut.

Semut charlie mempunyai sayap namun kebiasaanya, sayap semut charlie tidak kelihatan kerana semasa merayap, semut charlie menyimpan sayapnya.

Apabila terkejut, semut charlie akan mengangkat abdomennya seperti kelakuan kala jengking dan melepaskan bisanya. Oleh itu, pastikan anda tidak membuatkan semut charlie tersebut lalu menyengat anda dengan bisa yang ada pada perutnya.

Di manakah semut charlie biasa ditemui?

Semut Charlie suka bersarang dan tinggal di habitat seperti kawasan sawah padi, semak-samun, padang & hutan. Semut charlie selalunya datang ke tempat tinggal manusia pada waktu malam kerana tertarik kepada cahaya lampu. Semut charlie cukup sukakan cahaya lampu pada waktu malam.

semut charlie

Sumber: Tribunnews

Adakah gigitan semut charlie boleh membahayakan manusia?

Ya. Racun semut charlie sangat merbahaya kepada manusia. Dikatakan bahawa racun yang terdapat dalam badan seekor Semut charlie adalah bersamaan dengan 12 kali ganda racun yang terdapat di dalam badan seekor ular tedung sela.

Di dalam badan semut charlie terdapat sejenis cecair hemolimf atau toksin yang paling bisa di dunia yang dipanggil pederin.

Malah, semut charlie yang dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih mempunyai racun. Jika bisa semut charlie terkena pada kulit, kulit anda berasa sakit, pedih, dan gatal serta menjadi merah kehitaman.

Apakah tanda anda terkena bisa semut charlie?

Apabila anda terkena bisa semut charlie, kulit yang terjejas akan menjadi:

  • Kemerahan
  • Kehitaman
  • Sakit
  • Pedih
  • Gatal
  • Kelihatan seperti ruang
  • Timbul gelembung air
  • Bengkak
  • Bernanah

Bagaimana untuk mengelakkan daripada terkena bisa semut charlie?

Racun semut charlie boleh melekat pada cadar, baju, dan lantai rumah anda. Cara paling berkesan untuk mengelakkan daripada terkena bisa semut charlie ialah dengan cara mengelakkan semut ini daripada masuk ke dalam rumah anda atau dekat dengan tubuh badan anda. Di antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:

  • Pada waktu malam, tutup lampu yang tidak digunakan
  • Jangan pasang lampu yang terlalu terang seperti spotlight kerana semut charlie sangat sukakan cahaya lampu pada waktu malam
  • Tidur di dalam kelambu sekiranya terdapat semut charlie di kawasan rumah anda
  • Tutup semua pintu dan tingkap sebelum anda memasang lampu pada waktu senja

Bagaimana cara untuk mengelakkan daripada semut charlie semasa melakukan aktiviti luar seperti berkhemah atau hiking?

Jika anda mengadakan aktiviti luar di kawasan yang mempunyai habitat semut charlie, anda boleh mengelakkan daripada digigit semut charlie dengan cara:

  • Elakkan memasang lampu terlalu dekat dengan khemah anda supaya semut charlie tidak datang terlalu hampir dengan anda. Pasang lampu di sekeliling kawasan berkhemah, dan jauhkan daripada khemah itu sendiri.
  • Pastikan anda memasang jaring serangga pada khemah supaya semut charlie tidak dapat masuk ke dalam khemah anda.
  • Malangnya, semburan racun serangga seperti shieldtox atau baygon tidak berkesan terhadap semut charlie.
  • Letakkan ubat gegat di sekeliling khemah anda. Ini kerana semut charlie tidak sukakan bau ubat gega dan akan menjauhi kawasan yang berbau ubat gegat.
  • Letakkan belerang di sekeliling khemah anda kerana selain ular dan binatang berbisa yang lain, semut charlie juga tidak sukakan bau belerang.
  • Jika anda mendapati ada semut charlie sedang merayap di atas badan anda, jangan panik. Jangan juga tepuk atau tepis semut charlie tersebut kerana semut chalie yang terkejut akan mengeluarkan racun dari perutnya. Cara yang betul ialah bertenang, elakkan daripada melakukan pergerakan mengejut yang boleh mengejutkan semut tersebut. Apa yang anda boleh lakukan ialah hembus ke arah semut tersebut atau alirkan air ke atas badan yang dinaiki semut charlie supaya semu tadi turun dari badan anda.
semut charlie

Sumber: Carigold

Apa nak buat kalau anda terkena bisa semut charlie?

  • Jangan gari kawasan yang terkena bisa semut charlie
  • Basuh tempat yang terkena bisa semut charlie dengan air sejuk dengan kadar segera
  • Seeloknya, anda terus mandi
  • Selepas itu, letakkan minyak gamat, balm, atau apa-apa minyak panas di kawasan yang terkena bisa semut charlie
  • Pergi ke klinik dengan kadar segera untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya

Itulah dia info tentang semut charlie yang ingin kami kongsikan pada hari ini. semoga bermanfaat buat anda. Elakkan orang tersayang, terutamanya anak kecil anda daripada terkena bisa semut charlie kerana ianya sangat menyakitkan.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.