Kita selalu mementingkan orang lain dulu sehingga kita lupa untuk menjaga kesihatan diri sendiri. Pendapat orang lain diutamakan, pendapat sendiri tidak dapat untuk diluahkan. Kita terlalu menjaga hati orang sekeliling sehingga lupa bahawa diri kita juga memerlukan perhatian.

Selain itu, kita juga sibuk untuk mengenali diri orang lain, bagaimana dengan diri kita sendiri? Adakah kita sudah cukup mengenali diri kita, kehendak kita dan matlamat hidup kita?

Kita seharusnya mengutamakan diri kita dulu kerana jika diri kita tidak merasa bahagia, bagaimana kita mahu membahagiakan orang yang kita sayang? Kita tidak boleh hidup bertopengkan muka bahagia tetapi di dalam hati kita tidak ada rasa kebahagiaan.

Bagaimanakah kita mahu membuat diri kita rasa bahagia?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 2 cara ‘self care’ untuk membahagiakan diri sendiri. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting.

Cara untuk bahagiakan diri sendiri

2 cara self care
Imej via Health.Harvard

Self celebration

Tiap kali saya berjaya capai matlamat atau target dalam hidup saya, saya akan celebrate diri saya sendiri. Awak semua pun sama, kena belajar untuk berterima kasih pada body dan diri awak semua.

Habis lipat kain, buat kopi panas ke. Habis kemas seluruh rumah, bukak shoppe sedas ke. Itupun dikira Self Celebration juga.

Self healing

Terutamanya bab emotion lah. Macam mana kita nak cinta anak kita kalau kita tak mulakan dengan mencintai diri kita sendiri? Bagaimana kita nak ubati hati anak kita kalau kita tak ubati hati kita sendiri?

“We can’t give what we don’t have”

*Ingat, kita bukan pentingkan diri tetapi kita perlu utamakan kebahagian sendiri. Kemudian, baru kita boleh membuat orang sekeliling kita gembira kerana kita mula tahu apa itu erti bahagia. Sekali sekala kita buat sesuatu yang kita suka tanpa hiraukan orang sekeliling boleh memberi kesan positif kepada diri kita. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .