Setiap pasangan inginkan sebuah keluarga yang bahagia. Kedatangan seorang ahli baru dalam keluarga mengundang kebahagian kepada keluarga tersebut. Hamil, memang impian setiap wanita untuk menambah ahli baru dalam keluarga. Ia bagaikan sebuah perasaan bahagia yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

Apabila sudah hamil, semestinya aktiviti harian akan berubah dan lebih berhati-hati semasa melakukan aktiviti. Tetapi hamil tidak menghalang untuk melakukan aktiviti seperti menjalankan tugas sebagai seorang isteri. Cuma perlu lebih berhati-hati.

Ramai ibu hamil di luar sana yang mengalami ketegangan perut. Ia mengudang rasa bimbang dan takut pada ibu mengandung. Apakah punca berlaku ketegangan perut?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 sebab perut menegang semasa hamil. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

7 Sebab perut menegang semasa hamil

sebab perut menegang ketika hamil

Imej via Facebook

Berikut antara sebab-sebab perut menegang semasa mengandung :

1. Bayi bergerak dengan aktif

"

2. Ibu sangat aktif

3. Semasa senaman atau membawa barang berat

4. Perut penuh

5. Mengurut perut

6. Semasa atau selepas hubungan seks

7. Dehidrasi

Cara menangani perut mengeras semasa hamil

1. Tukar aktiviti atau posisi

2. Berehat lebih lama

3. Minum air secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari)

4. Buang air kecil dengan kerap

5. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan

6. Usap perut perlahan-lahan

Braxton’s Hicks atau nama popular bagi orang melayu adalah ”kekejangan perut” atau ”kontraksi”. Ia merupakan salah satu tanda kehamilan yang kerap berlaku pada bakal ibu apabila usia kandungannya semakin meningkat terutama ketika di trimester ketiga.

Mesti sahabat-sahabat tertanya-tanya macam mana rasanya apabila BH ni terjadi. Nak tau ke? Okay, saya cuba cerita serba sikit. Bukan niat nak takut-takutkan ke apa, hanya sekadar berkongsi pengetahuan dengan sahabat-sahabat yang masih bujang dan sebagai persediaan awal buat bakal ibu. Sama-sama kita berkongsi.

Sesetengah bakal ibu tak merasai BH ni, dan sesetengahnya pula dapat merasainya seawal minggu ke 30 dan pada bakal ibu seperti saya pula sepatutnya rasa bertuah dapat merasainya, (walaupun sakit) kerana hikmah disebalik sakit BH ni terlalu banyak.

Semasa BH ni terjadi, perut menjadi tegang dan keras dan kadang-kadang ia menyakitkan dari tengah perut hingga ke ari-ari dan kadang-kadang ia disusuli dengan kekejangan kaki dan sakit dibahagian pinggang. Itu lah yang kerap saya rasai sejak 4 hari lalu.

Biasanya BH ni akan dirasai apabila bayi bergerak aktif, ketika mengangkat berat, mengurut perut atau ”dehidrasi” (kurang air dalam badan). Kalau saya, paling kerap terasa ketika baby bergerak aktif. Kadang-kadang tu, perut dah keras pun masih rasa baby tendang dan bergerak. Alhamdulillah baby saya semakin aktif saban hari dan senang kata setiap jam pasti akan terasa pergerakannya.

*Perut menegang adalah perkara biasa yang dihadapi oleh ibu-ibu hamil di luar sana. Tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan melakukan aktiviti seperti mengangkat berat. Perbanyakkan rehat lebih-lebih lagi usia kandungan mencecah trimester ketiga. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    error: Content is protected !!
    .