Pertama kita perlu faham, perjalanan hidup anak kita adalah kepunyaan dia dan dia sendiri. Kita sebagai ibu bapa hanyalah bertugas sebagai pemimpin yang terbaik yang kita boleh jadi.

Namun, walau begitu, ia adalah perjalanan hidup anak itu, kita bertanggung-jawab memberi dan menanam nilai murni dan prinsip hidup mulia ke dalam diri anak-anak kita.

Untuk nilai murni dan prinsip hidup mulia ini boleh masuk ke dalam diri anak-anak kita dan dihayati oleh mereka seumur hidup, maka di sinilah perlunya kompetensi kita di dalam keibubapaan.

Apa yang perlu kita mahirkan diri adalah membina sikap yang betul, skil yang efektif dan ilmu yang luas dan membangunkan. Itu sebab sebelum bermula menjadi ibu bapa perlu berusaha melengkapkan diri dahulu dan terus-menerus belajar ilmu keibubapaan dan memperluaskan ilmu supaya menjadi ibu bapa bijaksana.

anak derhaka

Berhentilah berkata, “takutlah anak akan jadi lupa daratan”, takut hanya mengundang realiti itu terjadi. Kerana hukum alam bertindak ke atas semua ciptaan Allah tanpa kecuali melainkan kemahuanNya.

Bila kita takut tenaga takut itu akan menjadi perkara yang paling kuat di minda kita. Lantaran hukum penarikan ialah ia menarik ke dalam hidup kita apa yang paling kita fikirkan, maka, apa yang paling kita fikirkan iaitu yang kita takut itulah yang menjadi kenyataan.

Sebaliknya, dari sekarang, semasa anak masih kecil, belajarlah apa yang perlu dikuasai agar dapat mendidik anak-anak dengan lebih sedar dan bijak dan bukan ikut ikut orang tanpa faham.

Ibu mendoakan kejayaan kita bersama mendidik generasi sedar diri, menghormati ibu bapa, berjasa dan berjaya dunia akhirat.

Penulis: Dr Rozieta Shaary

Prof. Dr. Rozieta Shaary atau juga dikenali sebagai Ibu Rose adalah Family & Love Guru yang telah berkecimpung dalam bidang Pembangunan Modan Insan dan pendidikan melebihi 25 tahun. Beliau boleh dihubungi di Facebooknya

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.