Salah satu sebab wanita perlu scrub wajah adalah kerana scrub berfungsi menanggalkan sel-sel kulit mati dan kulit kusam. Ia mengandungi mineral dan vitamin yang membantu untuk menghasilkan kulit baru yang lebih cantik dan cerah semulajadi.

scrub muka terbaik
Imej via [karangkraf]

Sekiranya anda mempunyai liang pori yang tersumbat akibat sering mekap dan memakai foundation, segala kotoran itu akan mudah hilang dengan cucian daripada scrub muka. Bukan sahaja wanita tetapi lelaki juga perlu memakai scrub muka untuk menjaga penampilan wajah masing-masing.

Antara Fungsi Scrub Muka Perlu Anda Ketahui

  • Menanggalkan sel-sel kulit mati di wajah
  • Menghilangkan segala kotoran wajah dan minyak berlebihan pada muka anda
  • Melicinkan kulit dan mengelakkan kulit daripada menjadi lebih kasar
  • Memutihkan kulit wajah dan menaikkan seri wajah
  • Meratakan tona warna kulit muka anda
  • Memudarkan bintik hitam dan parut pada wajah sedikit demi sedikit.

10 Scrub Muka Terbaik Dan Berkesan Untuk Cantikkan Kulit Anda

Terdapat banyak jenis scrub muka terbaik yang boleh anda dapatkan di pasaran dan shopping mall. Kebanyakannya berpatutan dan sememangnya sesuai untuk anda semua. Jom lihat 10 scrub muka terbaik yang dipercayai dan berkesan di Asia.

1. Garnier Light Complete Scrub

scrub muka terbaik
Imej via [shopee]

Garnier Light Complete Scrub dikatakan scrub muka terbaik di Asia dimana ia diformulasikan daripada sari lemon tulen yang mempunyai pelbagai khasiat dan kaya dengan vitamin C. Sekali pakai sahaja, ia berfungsi mengangkat sel mati dan membekalkan kolagen dan vitamin terus ke kulit baru anda.

Warna tona kulit wajah juga akan lebih sekata, lebih cerah dan tiada lagi muka berminyak. Percayalah, minyak muka anda tidak kelihatan seperti dulu lagi! Kini kulit lebih lembab, segar dan cerah. Seronok bukan?

2. St. Ives Green Tea Scrub Blackhead Clearing

scrub muka terbaik
Imej via [target]

Bagi anda yang mengalami masalah bintik-bintik hitam di muka, St. Ives Green Tea Scrub Blackhead Clearing adalah scrub muka terbaik untuk anda gunakan. Kotoran akan keluar dari celah pori wajah, bintik hitam akan pudar dan akhirnya wajah akan licin dan bersih. Scrub muka terbaik ini amat diyakini dan terbukti di Asia.

3. Palmer’s Cocoa Butter Formula Exfoliating Facial Scrub

scrub muka terbaik
Imej via [Walgreens]

Sekiranya anda mencari scrub muka terbaik di Malaysia, Palmer’s Cocoa Butter Formula Exfoliating Facial Scrub juga kami sarankan. Scrub muka terbaik ini amat berkesan dan diyakini ramai malah ia berada di setiap farmasi dan guardian. Jom cuba amalkan scrub ini!

4. Garden of EDEN Gentle Exfoliating Facial Scrub productnation

scrub muka terbaik
Imej via [goeskincare]

Garden of EDEN Gentle Exfoliating Facial Scrub diperbuat daripada jojoba oil, olive oil, ekstrak delima dan lain-lain lagi. Dengan khasiat yang hebat, ia sesuai digunakan oleh mereka yang mengalami pelbagai masalah kulit wajah seperti kulit kering, berjerawat, berminyak, berparut dan lain-lain lagi. Aromanya juga mampu melembutkan kulit wajah dan lebih segar.

5. LANCOME Rose Sugar Face Scrub

scrub muka terbaik
Imej via [Lancome]

Tahukah anda, scrub muka terbaik ini amat wangi, segar dan harum. Ia menjadikan kulit anda lebih licin bahkan tekstur kulit perlahan-lahan mengelupas dan mengeluarkan sel-sel kulit mati. Lancome Rose Sugar Face Scrub ini diperkaya dengan madu akasia dan air mawar untuk keserian wajah dan kulit lebih halus.

6. Neutrogena Blackhead Scrub 

scrub muka terbaik
Imej via [Amazon]

Khas untuk anda yang mempunyai banyak bintik-bintik hitam pada wajah, warna tidak sekata, wajah terasa kasar dan masalah kulit berminyak, Neutrogena Blackhead Scrub merupakan scrub muka terbaik wajib anda amalkan. Ia juga akan menjadikan kulit muka anda halus, licin dan lebih bersih.

7. Eucerin Pro ACNE Solution Scrub productnation

scrub muka terbaik
Imej via [shopee]

Aduh, apa nak buat kalau kulit asyik berminyak saja? Gunalah scrub muka terbaik untuk hilangkan segala kotoran dan minyak muka. EUCERIN Pro Acne Solution Face Scrub mencantikkan tekstur kulit dalam melembabkan kulit serta mengurangkan kecacatan kulit wajah. Apabila kulit muka tidak berminyak, jerawat juga sukar tumbuh lagi!

8. Clinelle Skin Smoothing Scrub with Marine Beads productnation

scrub muka terbaik
Imej via [100Comments]

Clinelle Skin Smoothing Scrub ini mengandungi manik-manik laut (cengkerang alga) dimana ia membersihkan wajah serta menghilangkan sel-sel mati. Kulit anda akan lebih anjal, halus, licin dan jelas. Istimewanya, terdapat Vitamin B3, ekstrak pappermint dan Aloe yang bersifat anti bakteria dan antioksidan mencantikkan kulit muka anda.

Scrub muka terbaik di Asia ini sesuai digunakan oleh semua peringkat umur sama ada remaja, dewasa dan juga wanita berumur. Ia juga dapat m

9. Cosmoderm, Vitamin E Facial Scrub 

scrub muka terbaik
Imej via [11street]

Cosmoderm adalah salah satu jenama penjagaan wajah yang kaya dengan vitamin dan minyak RoseE. Kulit muka akan lebih lembab tanpa minyak, anjal dan lebih berseri. Sel-sel kulit mati tidak menjadikan kulit anda mengelupas malah memberi keselesaan yang optimum. Lidah buaya juga adalah gabungan vitamin yang terdapat dalam scrub muka terbaik ini.

10. L’Oreal Paris White Perfect Scrub

scrub muka terbaik
Imej via [shopee]

Scrub muka terbaik yang diyakini dan terbukti ramai pengguna di Asia juga adalah L’Oreal Paris White Perfect Scrub. Ia berkesan memutihkan kulit wajah dan mencantikkan tekstur kulit untuk lebih anjal lagi. Anda boleh gunakannya seminggu 2 kali untuk kesan yang lebih baik.

Itulah dia cadangan 10 scrub muka terbaik yang dipercayai dan terbukti berkesan. Dengan adanya cadangan pilihan ini, anda boleh membuat pilihan yang tepat tanpa ragu-ragu lagi. Jom baca 11 Krim antifungus terbaik, 10 Vitamin C terbaik dan 10 Bedak compact terbaik.

Rujukan:

  1. Productnation
  2. Lazada
  3. Shopee

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.