Scrub badan buatan sendiri tidaklah sukar seperti yang kita bayangkan. Sebenarnya, ia amat mudah dan menjimatkan hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur. Patutlah ramai peniaga menjual scrub organik, ia mudah dihasilkan malah tidak mengeluarkan kos yang banyak.

Kesan scrub badan buatan sendiri juga menjadikan kulit anda lebih flawless, putih, gebu, halus dan mulus, tambahan pula scrub tersebut boleh dipakai secara menyeluruh di muka dan badan. Scrub badan buatan sendiri juga lebih segar dan mempunyai khasiat yang tinggi kerana zat vitamin bahan-bahannya masih ada.

Jom lihat 11 jenis scrub badan buatan sendiri yang mudah dibuat dan berkesan.

scrub badan buatan sendiri
Imej via [idntimes]

#1 Scrub Oat Strawberi

Oat dan strawberi adalah bahan yang boleh digunakan untuk dijadikan scrub badan serta kulit wajah. Strawberi mempunyai vitamin C yang bersifat antioksidan dan menjadikan kulit lebih halus dan mulus.

Cara Buat Scrub Oat Strawberi

  1. Potong strawberi secara halus atau kisar secara kering.
  2. Campurkan ke dalam oat dan gaul rata.
  3. Sapu serata rata ke kulit wajah dan badan anda sebagai scrub.

#2 Scrub Hampas Kelapa, Kunyit Hidup Dan Lemon

Hampas kelapa berkesan melembabkan kulit dan menghaluskan kulit wajah dan tubuh anda. Selain mengatasi masalah kulit tubuh yang gatal, ia dapat memudarkan jeragat dan jerawat badan.

Cara Buat Scrub Hampas Kepala, Kunyit Hidup Dan Lemon

  1. Kisar hampas kelapa dan kunyit hidup.
  2. Gaulkan dengan sedikit perahan lemon.
  3. Gunakan sebagai scrub tubuh badan dan wajah anda.
scrub badan buatan sendiri
Imej via [bhplus]

#3 Scrub Kopi Dan Olive Oil

Kopi dapat meninggalkan sel-sel kulit mati dan menghasilkan sel-sel kulit yang baru. Jangan terkejut dengan scrub badan buatan sendiri ini. Kulit badan anda pasti licin, putih dan berseri.

Cara Buat Scrub Kopi Dan Olive Oil

  1. Kisarkan biji kopi atau gunakna serbuk kopi
  2. Gaulkan dengan olive oil sedikit. Tambah sedikit gula pasir.
  3. Gosok wajah anda dan tubuh badan dengan scrub kopi ini.
scrub badan buatan sendiri
Imej via [liputan6]

#4 Scrub Beras, Madu, Gula

Scrub beras dan madu ini sangat harum digunakan untuk wajah dan tubuh badan. Justeru ia adalah suatu scrub badan buatan sendiri yang dapat mengharumkan tubuh badan anda. Biarpun terasa sedikit melekit dengan madu, tapi scrub ini dapat mencerahkan tubuh badan anda secara semulajadi.

Cara Buat Scrub Beras, Madu Dan Gula

  1. Campurkan madu dan gula digaul rata.
  2. Kisar beras secara halus tetapi jangan terlalu halus.
  3. Campurkan beras yang dikisar bersama madu dan gula tadi.
  4. Boleh terus digunakan sebagai scrub badan anda.
scrub badan buatan sendiri
Imej via [hellosehat]

#5 Scrub Kacang Almond / Badam Dan Minyak Essential

Siapa kata almond atau badam tidak ada kegunaan? Selain khasiatnya untuk tubuh badan dan kulit, ia juga boleh dijadikan scrub bagi menghilangkan jewarat badan dan wajah. Untuk pengetahuan anda, almond dapat melancarkan peredaran darah sekaligus membasmi jerawat yang baru nak tumbuh.

Cara Buat Scrub Almond

  1. Kisar almond / badam secara halus sederhana.
  2. Campur sedikit minyak essential beberapa titis mengikut kesesuaian.
  3. Sebatikan scrub anda dan boleh terus disapu ke badan.

#6 Scrub Yogurt, Kunyit

Yogurt dapat melembabkan kulit wajah di samping membekalkan khasiat dan zat vitamin ke dalam kulit. Scrub badan buatan sendiri ini boleh juga digunakan untuk tubuh badan sebagai scrub bagi mencantikkan kulit.

Cara Buat Scrub Yogurt Kunyit

  1. Hiris atau tumbuk kunyit hidup secara halus.
  2. Sebatikan dengan yogurt yang pekat.
  3. Sapu di badan anda.

#7 Scrub Gula Dan Timun

Hanya bahan yang ada dirumah seperti gula dan timun, anda sudah dapat menjimatkan wang untuk membuat scrub badan sendiri. Timun dapat melembabkan kulit tubuh dan memutihkan kulit secara bersih semulajadi. Scrub badan buatan sendiri ini dapat mengatasi masalah penuaan dan kulit badan yang kering.

Cara Buat Scrub Gula Dan Timun

  1. Kisar timun secara halus dan pekat
  2. Gaulkan dengan gula.
  3. Bersedia untuk scrub badan anda!
scrub badan buatan sendiri
Imej via [lifestyle]

#8 Scrub Daun Pudina Dan Olive Oil

Daun pudina sering digunakan untuk membersihkan tekak dan rongga mulut, tetapi ia juga boleh dijadikan scrub badan buatan sendiri yang sangat sedap dipakai. Selain menyejukkan badan, ia dapat mengatasi masalah badan berbau dan menaikkan aura seseorang.

Cara Buat Scrub Daun Pudina Dan Olive Oil

  1. Tumbuk atau kisar daun pudina secara halus.
  2. Campurkan dengan olive oil dan gaul rata.
  3. Sapu scrub di tubuh badan anda.
scrub badan buatan sendiri
Imej via [indiamart]

#9 Scrub Pisang Dan Madu

Pisang dapat membersihkan kulit wajah dan tubuh serta membasmi kuman dan radikal bebas. Campuran pisang dan madu memberi khasiat kepada tubuh badan disamping mencantikkan kulit. Scrub badan buatan sendiri ini sesuai untuk anda yang ingin tampil lebih awet muda.

Cara Buat Scrub Pisang Dan Madu

  1. Hancurkan pisang dan campurkan sedikit madu.
  2. Sebatikan campuran tersebut.
  3. Boleh disapu ke badan dan wajah.

#10 Scrub Gula Perang Dan Minyak Zaitun

Scrub badan buatan sendiri ini sangat ringkas dan mudah dilakukan. Tak perlu nak beli barang apa-apa lagi, semuanya boleh cari di dapur. Jimat dan mudah pula tu! Gula perang dan minyak zaitun mempunyai kelebihannya dapat menghaluskan kulit tubuh badan untuk lebih mulus dan cantik.

Cara Buat Scrub Gula Perang Dan Minyak Zaitun

  1. Sebatikan gula perang dan sedikit olesan minyak zaitun
  2. Sapu dan gosok tubuh badan anda dengan scrub ini. Mudah sahaja kan?
scrub badan buatan sendiri
Imej via [may.bc-makeup]

#11 Scrub Garam Laut dan Kelapa (Jenis Kulit Kering)

Garam laut sangat terkenal dalam mengatasi segala jenis penyakit kulit seperti kegatalan, radang, kulit kering dan lain-lain lagi. Untuk mencantikkan kulit tubuh badan dan wajah, garam laut boleh dijadikan scrub bersama kelapa (kulit kering). Ia berfungsi mengelupaskan sel kulit untuk tukar kulit yang baru, melancarkan perjalanan darah anda dan mencerahkan kulit tubuh badan sekaligus wajah.

Cara Buat Scrub Garam Laut Dan Kelapa

  1. Campurkan garam laut (berwarna merah muda), 1/2 cangkir minyak kelapa dan 1/2 cangkir kelopak mawar kering yang dihancurkan.
  2. Titiskan 5 hingga 6 titis minyak essential mawar.
  3. Sapu dan oleskan ke seluruh kulit tubuh badan dan wajah anda. Kemudian, cuci dengan air suam-suam kuku untuk kesan yang lebih baik dan selesa.
scrub badan buatan sendiri
Imej via [hoaxes]

Itulah dia 11 jenis scrub badan buatan sendiri yang boleh kita praktikkan di rumah. Scrub badan buatan sendiri amat mudah dan menjimatkan kerana tidak perlukan bahan-bahan yang sukar dicari. Lepas ni, jimatlah duit poket tak perlu beli scrub di pasaran, buat sendiri je tak sampai 15 minit!

Jom baca juga Kecutkan jerawat dengan manjakani, Produk hilangkan jerawat dan Scrub muka terbaik.

Rujukan:

  1. permatamama
  2. mingguanwanita
  3. wanista

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.