Selalu ibu hamil akan cepat penat dan susah mahu berjalan jauh jika kita perasan. Kaki pun tidak boleh pakai kasut tumit tinggi atau ada tapak tinggi sikit walaupun seinci, mesti tumit akan rasa sakit. Mereka akan pakai kasut yang tapaknya rata atau sandal.

Tali sandal pula perlulah tali yang boleh merenggang banyak kerana kaki ibu mengandung akan membengkak dan besar. Apabila mengandung ini, ada macam-macam rasa sakit, maklumlah ibu mengandung bukan bawa diri seorang je, ada lagi satu nyawa di dalam perut mereka.

Mereka juga tidak boleh berjalan jauh-jauh atau terlalu lama kerana lutut mereka akan rasa lenguh dan sakit, begitu juga sendi. Mengapakah lutut dan sendi ibu mengandung akan rasa sakit?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai sakit lutut dan sendi ketika hamil. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang masing- masing berusia 3 dan 1 tahun. Puan Aminah gemar berkongsi rasa dan pengalaman dengan ibubapa diluar sana cara untuk mendidik dan membesarkan anak syurga kita.

Ketahui punca sakit lutut dan sendi

mengandung

Imej via Bidadari

1. Lutut

Disebabkan bebanan berat badan bertambah ataupun blood circulation. Jadi jika berat anda sudah melebihi ideal weight, lutut akan terasa sakit sebab tidak lagi mampu menanggung berat badan anda. Kurangkan berat badan sehingga dapat kembali berat badan ideal.

2. Tumit

Sakit pada tumit ini sebabkan oleh rahim/peranakan sedikit terturun dan menekan urat besar pada kaki dan terus ke tumit. Cara mengatasinya anda kena berurut dengan tukang urut selepas bersalin. Tukang urut ini biasanya akan menaikkan balik rahim ke tempat asalnya.

"

Cara lain yang boleh buat sendiri di rumah ialah dengan baring dan angkat kaki ke atas,  urut bawah perut anda secara atas sedikit dari ari- ari dan tolak naik ke atas secara perlahan- lahan. Masa tidur juga perlu letakkan kaki atas bantal bagi dapatkan posisi supaya rahim akan masuk balik ke tempat asalnya. Kalau versi luar ia dipangil senaman kegel.

Selain pada tu, kena berpantang juga. Elakkan minum minuman berais, bergas, berkafein dan sebagainya. Berpantang yang ini bagus, bukan sahaja boleh elakkan sakit lutut atau tumit, ia mampu mengembalikan badan ke bentuk asal dan muka juga lebih berseri dan awet muda gitu!

*Sakit lutu dan sendi itu normal bagi ibu yang sedang sarat mengandung. Jadi, jangan angkat barang yang berat dan berjalan dengan kasut yang ketat dan tidak selesa. Ia akan mendatangkan kemudaratan kepada diri. Jika mahu pakai kasut yang cantik-cantik dan tumit tinggi, tunggu selepas bersalin ye. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .