Hendak sihat, mestilah kena sentiasa aktif bergerak dan bersukan. Pasti lega apabila dapat mengeluarkan peluh tidak baik sekali sekala. Paling kurang, seminggu sekali pun jadilah. Atau sebulan sekali? 

Ye lah, semua orang tidak mahu jatuh sakit bukan. Kalau sudah jatuh sakit tu, pening nanti jadinya. Harus fikir pasal kos dan masa, juga komitmen keluarga, kerja atau persekolahan.

Akan tetapi, terbalik pula dalam kes Cik Puan Ammy, walhal si ibu ini masih sihat dan seorang yang giat bersukan, terutamanya berbasikal. Tanpa “hint”, tiba-tiba wanita sihat ini terkena serangan sakit jantung. Berikutan peristiwa mengejut ini, Cik Puan Ammy menceritakan apa yang dilaluinya di laman Facebook peribadinya.

Bolehkah Serangan Jantung Berlaku Jika Aktif Bersukan? 

sakit jantung
Imej via Facebook Cik Puan Ammy

Ahad lepas, jam 5 petang, elok jer ammy jalan2 dengan anak2 dan suami tanpa ada rasa sakit. Galak jer shopping kat kedai RM 2.10 beli barang2 plastik untuk sangkar kucing. Habis shopping segera balik rumah dan kemas dapur dengan anak2. Tiba2 sakit dibahagian belakang bahu (belikat) berdenyut2.

Ammy minta tolong suami urut. Selesai urut ammy masuk kebilik untuk rehat. Bila letak jer kepala di bantal tiba2 rasa sesak nafas dan sakit dibahagian dada kiri serta tegang dibahagian leher dan sekitar rahang. Minta suami urut lagi. Nafas semakin pendek dan dada rasa seperti ditekan2. Suami bw pergi klinik swasta.

Setelah buat ECG… Doktor meminta suami segera bawa ammy ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut kerana simptom2 menunjukkan ammy ada masalah jantung.

Masa dalam kereta, denyutan jantung ammy amat laju seolah2 ia akan pecah. Hanya kalimah syahadah sahaja yg keluar drpd mulut ammy. “AKU DAH NAK MATI…” Hanya itu jer yg ammy fikir.

Apakah Rawatan Dan Ujian Yang Dilakukan?

Entah apa yg berlaku,bila mana ammy sedar dh ada di hospital dan dikelilingi oleh 3 orang doktor. Ada yg cucuk tangan pasangkan jarum branula, ada yg tekan2 dada ammy, ada yg gosok2 belakang ammy dan ianya berlaku dalam masa yg amat pantas. Jelas di pedengaran ammy hanya kata2

“Puan…Terus bernafas jangan tidur…”….

“Puan kami nak tolong puan…”….

“Puan tarik nafas dalam kiraan 10 kemudian lepas…” dan mcm2 lagi.

Selepas beberapa jarum ubat di masukkan… Nafas mula reda dan denyutan jantung semakin perlahan dan tenang. Doktor kata ammy hampir mendapat serangan jantung dan ‘lucky’ kerana segera dibawa ke hospital utk mndapat rawatan.

Setelah pelbagai ujian dibuat… Alhamdulillah ammy sihat… Tiada tekanan darah tinggi, kolestrol terkawal dan gula dalam darah juga normal. Kenapa boleh dapat serangan jantung jika semuanya sihat… Kuasa Allah swt… Tp yang penting… Ammy tahu disebalik ujian itu… Ramai yg sayangkan Ammy… Buat suami tercinta Wan Amy. Terima kasih kerana bersusah payah mendukung isterimu yang berat ni bawa masuk ke hospital tanpa mengharap bantuan kaki tangan hospital… Terima kasih juga pada Mak mertua ammy, abang ipar, kakak ipar dan adik ipar ammy sanggup dtg jauh2 melawat ammy walaupun hari dh lewat malam, mak, pok dan adik beradik di kampung yang tak putus berdoa utk ammy serta anak2 ammy yg setia disisi membantu ammy uruskan rutin harian…. syg kamu semua…

Mengapakah Serangan Jantung Boleh Berlaku Biarpun Aktif Bersukan?

Buat kalian para pembaca, sihat tidak bermakna kita bebas daripada serangan jantung. Ianya datang secara tiba-tiba dan itulah yang paling bahaya.

Menurut doktor yang merawat ammy, selain daripada penyakit darah tinggi atau kolestrol, keletihan yang keterlaluan, tekanan perasaan dan emosi juga boleh mengakibatkan serangan jantung secara tiba-tiba.

Jika ada simptom-simptom yang ammy sebutkan diatas. Segeralah mendapatkan rawatan sebelum terlambat… Mati itu pasti, tetapi selagi kita mampu berjuang untuk hidup, jangan cepat mengalah, teruskan berusaha untuk bernafas demi insan-insan yang masih memerlukan kita.

*Phewww! Biarpun sudah aktif dan giat bersukan, boleh juga terkena serangan jantung tahu. Jangan lupa share ya! 

Penulis: Fadhilah

Fadhilah

Seorang yang enjoy movies, bersiar-siar, bersukan & sangat suka kucing. Hobi menulis di Bidadari.my bagaikan sebuah laman persinggahan dari hidup seorang pelajar pascasiswazah di UKM.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .