Kali pertama mengandung ni macam-macam serba tak kena, kadang-kadang terasa sakit itu sakit ini, tapi apakan daya. Ibu mengandung yang belum mempunyai pengalaman beginilah jadinya. Tak tahu kenapa sakit itu dan sakit ini.

Paling menakutkan adalah apabila kita merasai sakit bawah perut ketika mengandung. Bukan apa, kita sendiri tak tahu sama ada ia normal atau tidak.

Menurut Dr. Zubaidi, sakit ari-ari ketika mengandung itu normal kerana kemungkinan terdapat regangan otot atau ligamen di dalam abdomen ibu disebabkan oleh penambahan berat badan bayi. Namun, sakit bawah perut ketika mengandung yang tidak diketahui adalah bahaya dan memerlukan anda ke doktor untuk membuat rawatan.

sakit bawah perut ketika mengandung
Imej via [iluminasi]

Sebenarnya, terdapat beberapa situasi yang terjadi akibat sakit bawah perut ketika mengandung. Jom lihat 8 jenis sakit bawah perut ketika mengandung perlu anda tahu.

1. Kehamilan Ektopik

Sakit bawah perut ketika mengandung kemungkinan adalah disebabkan oleh kehamilan ektopik. Kehamilan ektopik adalah krisis kehamilan di luar rahim ibu yang merupakan tempat yang salah posisinya. Itu juga yang dimaksudkan oleh perkataan ectopic iaitu salah pada tempatnya.

Ibu akan terasa sakit di bawah perut ketika mengandung kerana implantasi berlaku dalam tiub falopia kemudiannya menjadi kehamilan tiub (tubal pregnancy) yang menyebabkan tiub falopio pecah serta terjadinya pendarahan dalaman.

Sekiranya anda mengalami kehamilan ektopik, ia perlu dialihkan ke dalam rahim. Jika tidak, ia takkan bertahan sepenuhnya dan perlu digugurkan kerana takut mengancam nyawa.

2. Keguguran

Selalunya keguguran berlaku memberi kesan pendarahan atau terjatuhnya janin keluar dari rahim. Tetapi harus anda tahu bahawa tanda-tandanya juga adalah anda akan berasa sakit bawah perut ketika mengandung. Kemudian diikuti dengan nyeri pada punggung dan pendarahan.

Namun, spotting atau pendarahan ringan kadang-kala berlaku atas sebab lain dan bukanlah kerana keguguran. Begitu juga dengan situasi sakit bawah perut ketika mengandung.

Terus ke klinik untuk membuat pengesahan akan keadaan anda dan bayi. Ia amat penting!

sakit bawah perut ketika mengandung
Imej via [pantau]

3. Kelahiran Pramatang

Seperti yang semua tahu, bayi normal akan dikandung selama 9 bulan tetapi jika si ibu sudah melahirkan bayi dalam tempoh awal sebelum bulan ke-9, ia adalah kelahiran pramatang. Kelahiran pramatang terjadi sebelum bayi dilahirkan lengkap sebelum minggu ke 37.

Selalunya bayi pramatang akan mengalami masalah pernafasan dan saiznya lebih kecil berbanding biasa. Bagaimana untuk mengesan sama ada ibu akan melahirkan bayi pramatang? Mungkin ibu pernah mengalami simpstom sebegini atau pernah mengandung bayi pramatang sebelumnya.

Untuk pengetahuan anda, sakit bawah perut ketika mengandung juga adalah tanda akan lahir bayi pramatang. Sakit bawah perut ketika hamil disertai dengan jangkitan saluran urin atau vagina, mengalami abnormal pada uterus serta pernah mengalami keguguran adalah faktor kemungkinan ia adalah kehamilan pramatang.

4. Fibroid

Kerap kali merasa sakit bawah perut ketika mengandung, rupa-rupanya ia adalah fibroid berdekatan dengan rahim. Fibroid ini akan mengganggu kandungan anda dimana ada kes yang terpaksa dilakukan pembedahan untuk membuang fibroid. Namun, kandungan juga berisiko terjejas.

Fibroid uterus adalah pertumbuhan dari sel yang membentuk otot rahim manakala Fibroid rahim yang digelar myoma uterus ini pula boleh tumbuh di dinding rahim dan menolak ke pundi kencing, usus atau usus. Fibroid yang besar akan mengakibatkan ibu selalu terasa sakit bawah perut ketika mengandung.

Jika dibiarkan, ibu mengandung mungkin akan melahirkan anak secara caeser dan fibroid ini akan memberi risiko kanser terhadap mereka. Oleh itu, segeralah ke klinik dan buat sesuatu bagi mengatasi masalah fibroid ini.

sakit bawah perut ketika mengandung
Imej via [womenshealth]

5. Pemisahan Plasenta

Semasa hamil, plasenta atau uri telah terbentuk di dalam uterus. Berlakunya sakit bawah perut ketika mengandung juga kemungkinan menandakan pemisahan plasenta terjadi.

Ia adalah situasi di mana sebahagian daripada plasenta (uri) tercerai daripada dinding rahim (uterus). Kejadian ini mungkin terjadi dan menyebabkan ibu tidak selesa di bawah perut.

6. Diastasis Of Pubic Symphisis

Sakit bawah perut ketika mengandung juga berlaku disebabkan oleh Diastasis Of Pubic Symphisis, iaitu pengembangan tulang pelvic. Apabila tulang pelvic kiri dan kanan bertemu dengan bahagian bawah dan abdomen, ia disambung oleh rawan.

Kesakitan yang kuat akan dirasai namun ia boleh dikurangkan dengan menggunakan pelvic support ataupun melakukan kegels exercise. Oleh itu, sakit bawah perut ketika hamil adakala normal tapi perlukan penjagaan rapi dari anda.

sakit bawah perut ketika mengandung
Imej via [zamyus92]

7. Apendiks

Jangan terkejut jika anda berasa sakit bawah perut ketika hamil tapi sebenarnya ia adalah apendiks. Apendiks adalah penyebab sakit perut di bahagian bawah kanan ketika hamil.

Walaupun pada mulanya ia sukar dikesan tetapi sekali anda tahu, ia mungkin sudah tahap yang kritikal atau menyebabkan komplikasi lain. Uterus yang mengalami pembesaran mungkin telah mengalih kedudukan apendiks dari tempat asal, untuk itu mungkin pembedahan kecil perlu dilakukan.

Ramai wanita hamil tidak tahu akan kejadian ini, tetapi tak salah untuk anda maklumkan kepada doktor jika pernah mengalami apendiks sebelum berkahwin dahulu.

sakit bawah perut ketika mengandung
Imej via [ohbulan]

Itulah dia 7 jenis sakit bawah perut ketika mengandung, wanita harus peka. Jangan main-main dengan perkara ini, cepat-cepat ke klinik jika terasa sakit bawah perut saat berbadan dua. Jom baca juga klinik swasta ibu mengandung, khasiat saffron untuk ibu mengandung dan Kelebihan asid folik untuk ibu mengandung.

Rujukan:

  1. babycenter
  2. siraplimau
  3. majalahpama

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.