Seperti yang diketahui, solat adalah tiang agama. Jadi marilah kita belajr tentanya. Mari kita mengenali 13 rukun solat dan mengenali syarat sah solat.

Solat

Imej via Zuriat.My

13 Rukun Solat Wajib Tahu

Rukun solat ada 13 semuanya iaitu:

1. Berdiri tegak

Ianya penting bagi yang mampu berdiri ketika solat fardhu. Walaubagaimanapun, bagi yang tidak mampu disebabkan oleh sakit dan sebagainya bolehlah melakukannya secara berbaring, terletang duduk, atau dengan menggunakan isyarat. Ianya bergantung kepada keadaan yang dikirkan sesuai.

2. Niat.

Hendaklah berniat untuk melakukan solat. Contohnya, jika seseorang itu mahu solat Asar, mestilah niat di dalam hati perlulah untuk bersolat Asar.

3. Takbiratul ihram iaitu dengan lafaz

“Allahu Akhbar”

4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.

Bacaan mestilah dalam bahasa Arab dan didengari oleh diri sendiri.

5. Rukuk dengan tama’ninah.

Rukuk adalah dengan meletakkan kedua tapak tangan ke lututnya sementara kepala dan belakang selari dengan punggung iaitu pada kadar 90°.

Tama’ninah pula bermaksud kita diam sebentar sebelum meneruskan rukun seterusnya. Perkara tama’ninah ini antara perkara yang selalu terlepas pandang. Perlu maklum pada diri untuk berhenti sekejap.

6. Iktidal adalah bangkit dari rukuk supaya kembali kepada kedudukan berdiri tegak beserta dengan tama’ninah. Kadar masa tama’ninah tidaklah lama iatu sekadar satu tasbih sahaja.

7. Sujud dua kali dengan tama’ninah. Ada tujuh anggota sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki. Sujud mestilah dalam keadaan punggung lebih tinggi daripada kepala.

8. Duduk antara dua sujud dengan tama’ninah.

9. Duduk tasyahud/tahiyat akhir dengan tama’ninah.

10. Membaca tasyahud/tahiyat akhir.

11. Membaca selawat ke atas nabi Muhammad SAW pada tasyahud/tahiyat akhir.

12. Memberi salam yang pertama.

13. Tertib iaitu mengerjakan solat mengikut turutan. Oleh itu, tidak boleh mana-mana rukun yang kemudian dilakukan mendahului yang lebih awal.

Selepas mengetahui syarat-syarat sah solat, kita lihat pula rukun-rukun solat.

Rukun Qauli, Qalbi, Fi’li

13 rukun ini pula terdiri daripada beberapa pembahagian kecil. Rukun ini dikenali sebagai Qauli, Qalbi, Fi’li.

Rukun Solat

Imej via Ustaz Sharhan Shafie

5 Syarat Sah Solat

1. Anggota badan, pakaian, dan tempat untuk bersolat mestilah dalam keadaan suci seluruhnya. Pastikan anda bersih daripada hadas besar dan hadas kecil.

2. Wanita dan lelaki yang hendak menunaikan solat mestilah menutup aurat. Aurat bagi wanita adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangannya, manakala aurat bagi lelaki adalah antara pusat dan lututnya.

3. Pastikan anda bersolat apabila telah masuk waktu solat.

4. Bersolat mestilah dengan menghadap kiblat.Boleh tidak sah solat jika tidak menghadap kiblat kecuali keadaan terpaksa.

5. Penting untuk tahu yang mana termasuk dalam rukun solat dan yang mana termasuk dalam kategori sunat supaya tidak terkeliru.

Perkara Yang Membatalkan Solat

Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:-

1. Batal wuduk.

2. Makan dan minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).

3. Terbuka aurat.

4. Pergerakkan. Melangkah, tiga langkah berturut-turut.

5. Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.

6. Berubah Niat.

7. Mendahulu Imam sampai dua rukun.

8. Meninggalkan rukun Sembahyang.

9. Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.

10. Tertawa Terbahak-bahak.

Oleh itu, cubalah elak untuk melakukan perkara di atas.

Rujukan

Penulis: Lily Izzuan

Lily Izzuan

Seorang yang simple dan berpegang pada prinsip bahawa sesuatu yang baik itu perlu dikongsi. Merupakan salah seorang penyumbang artikel di Bidadari.my. Mencari artikel yang menarik yang ada.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.