Kita sebagai rakyat Malaysia perlu melakukan sesuatu untuk membangunkan negara agar lebih dikenali di seluruh dunia. Seperti negara Jepun, Korea, China dan lain-lain lagi. Negara-negara tersebut adalah negara yang maju dari segi teknologi.

Apabila negara terlalu maju, akan ada banyak rintangannya. Antaranya adalah penyakit yang merbahaya. Negara terlalu fokus untuk membangunkan negara sehingga lupa benda yang penting iaitu kebersihan. Kebersihan amat penting dalam sesebuah negara kerana ia akan memberi kesan terhadap kesihatan rakyat.

Penyakit yang dimaksudkan adalah Rotavirus. Apakah penyakit Rotavirus?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai penyakit rotavirus, ketahui punca dan cegah penyakit ini. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

Apa itu Rotavirus

Rotavirus
Image via viralsegera

Rotavirus adalah sejenis virus yg menjadi punca utama cirit-birit teruk atau AGE di kalangan kanak-kanak di negara maju dan negara membangun. Ia juga dikenali sebagai pembunuh kedua kanak2 di seluruh dunia selepas radang peparu.

Penyebab utama rotavirus adalah tahap kebersihan keadaan sekeliling yg kurang baik. Rotavirus tersebar melalui najis yg mengandungi rotavirus ke mulut serta makanan dan air tercemar. Virus ini juga boleh berjangkit melalui permukaan peralatan spt permainan, tombol pintu dan pinggan-mangkuk yg tak dibasuh dgn betul.

Rotavirus boleh kekal selama beberaja jam di atas kulit manusia dan mampu bertahan beberapa hari di permukaan yg keras. Ia juga boleh hidup selama seminggu dlm najis individu yg dijangkiti. Cirit-birit dan muntah-muntah yang teruk yang boleh mengakibatkan kesan buruk kepada kanak-kanak biasanya 5 tahun ke bawah.

Tanda-tanda Penyakit Rotavirus

  • Demam
  • Cirit-birit air
  • Muntah tanpa henti
  • Dehidrasi
  • Otot-otot sakit dan cramp
  • Mata cengkung
  • Kulit kasar/kering
  • Bibir kering atau pecah-pecah
  • Air kencing kurang

Cara Mencegah Penyakit

Rotavirus
Image via siraplimau

Bayi anda diberikan vaccine, vaksin Rotavirus. diambil seawal 8 minggu sehingga 8 bulan. Ia diambil melalui mulut bayi atau kanak-kanak. Jaga kebersihan kawasan rumah lebih-lebih lagi kalau ada bayi yang kecil.

Selain itu kita juga perlu ;-

  • Jaga kebersihan makanan agar tidak dicemari
  • Jangan kutip semula makanan yg dah terjatuh – kalau dah jatuh buang sahaja terus
  • Basuh tangan sebelum menyediakan dan menyentuh makanan
  • Kurangkan pemakanan mentah seperti ulam-ulaman atau yang tidak dimasak
  • Masak makanan dgn kepanasan atau haba yg sempurna
  • Didih atau rebus air minuman sehingga benar-benar panas – jangan minum air yg direbus setakat suam
  • Bersihkan perlatan makanan dan minuman sebelum guna, sebaik2nya dgn air panas
  • Pilih premis makanan yg bersih.

*Penyakit Rotavirus ini sangat merbahaya untuk kanak-kanak. Jika ada anak kecil di rumah yang suka makan, jilat dan gigit barang di rumah, lebih baik bersihkan terdahulu sebelum bagi anak bermain. Terutama sekali barang mainan anak-anak. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .