Wantan merupakan resepi tradisi masyarakat Cina. Oleh kerana masyarakat Malaysia yang majmuk ini, maka hidangan wantan juga menjadi kegemaran kita semua. Rasanya amat lazat dan selalunya, wantan ini dibeli siap dipasar raya.

Kini, wantan juga boleh dibuat sendiri menggunakan air tangan anda. Wantan boleh digoreng atau dikukus, bergantung kepada citarasa anda. Cara pembuatannya memerlukan skil untuk kelim yang kemas. Akan tetapi, dengan latihan pasti sesiapa sahaja dapat menyediakannya.

Resepi Wantan ini telah dikongsikan oleh Azline Arsad dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!

Resepi Wantan

wantan
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 300g isi ayam(cincang halus)
  • Carrot (cincang halus) 
  • Sayur kobis sedikit (cincang halus) 
  • Daun ketumbar sedikit (cincang halus) 
  • 1biji Bawang Holland (cincang halus) 
  • 3 ulasan bawang putih
  • 1sudu kecik garam
  • 1sudu kicap cair
  • Sedikit sos tiram 
  • 1biji telur
  • Sedikit tepung jagung

Cara penyediaan:

  1. Gaulkan kesemua bahan yang disediakan sehingga sebati.
  2. Masukkan kedalam peti ais selama 10 minit supaya semuanya meresap.
  3. Apabila sudah meresap, ambil satu sudu kecil adunan dan letakkan ke atas wantan sheet.
  4. Kelim dan lipat mengikut citarasa anda.
wantan
image via Facebook

Resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.