Vadai dal merupakan makanan orang india selatan. Resepi vadai berbahan asas dal dan hirisan bawang serta cili. Adakah anda ingin mencuba resepinya?

Perkongsian kali ini akan membawakan kepada anda resepi vadai dal yang terkenal oleh seorang youtuber yang diringkaskan oleh ‎Arif Eddy‎ dalam tulisan di Facebook. Kelazatan vadai dal yang dibuat amat merangsang selera. Tidak hairan ramai orang yang mengikuti resepi ini.

Tekstur vadai dal yang garing di luar namun lembut di dalam, sangat menarik perhatian. Kerananya, makanan ini amat terkenal dalam kalangan orang dewasa yang suka mengudap kudapan.

Vadai memiliki rasa yang agak pedas dan rasa kari. Vadai dal sedap dimakan macam itu sahaja gigit pula lada hijau. Pergh! Sedap sungguh.

Resepi Vadai Menggunakan Kacang Dhal

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 cawan dal (direndam minimum 4 jam, asingkan 2 sudu, kemudian kisar halus yang lain).
  • 1 bawang besar,
  • 1 sudu besar jintan manis,
  • 1 sudu besar garam,
  • 3 tangkai cili kering,
  • 3 tangkai cili padi,
  • 3 tangkai daun kari.

Cara-cara :

  1. Campur kesemua bahan, bentukkan bulat dan terus goreng.
  2. Kalau boleh dal tu blend kering. Kalau letak air cuba tapiskan. Supaya tak berderai bila goreng.
  3. Masa sebelum digoreng doh dikepal-kepal dulu, minyak mesti panas lepastu jangan terbalikkan awal. Biar dia terapung dan mengeras bahagain bawah baru terbalikkan. Api sederhana.

Resepi Menarik Lain

Kami menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.