Sejatinya masakan udang tersedia dalam pelbagai menu. Ramai orang masak udang dengan cara tumis, goreng, kari, sup dan lain sebagainya. Tentu saja udang masak merah merupakan antara pilihan masakan udang yang ramai peminatnya.

Resepi memasak udang masak merah walaupun mudah namun ada juga antara wanita di rumah yang masih tercari resepi enak yang patut untuk dicuba. Satu lagi cabaran memasak udang ialah apakah memasukkan udang mentah dalam sambal mahupun perlu goreng udang dahulu.

Lagi antara keraguan lain para wanita ialah ingin mengupas kulit udang atau tanpa kupas. Untuk menjawab kekeliruan anda semua maka telah kami sertai di bawah ini resepi udang masak merah yang sangat patut anda cuba.

Resepi sedap ini gerenti akan memancing selera makan anda semua. Dimakan bersama nasi putih panas digaul bersama sambal masak merah, sangat membangkitkan selera. Jom tengok resepi udang masak merah sedap dan mudah daripada Az Zahra Yusuf‎ di Facebook seperti di bawah ini.

Resepi Udang Masak Merah

udang masak merah

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Udang
  • 1 biji bawang besar *
  • 7 biji cili hidup *
  • 5 biji cili vietnam (option untuk pedas) *
  • Sedikit halia *
  • 1/2 labu bawang putih *
  • 3sb Sos cili/cili thai
  • 2sb Sos tiram
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak :

  1. Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos cili dan sos tiram.
  3. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  4. Akhir sekali masukkan udang.
  5. Kacau sehingga masak. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi udang masak merah, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.