“Udang!udang! Seekor seringgit!seekor seringgit! Mari murah!murah!”

Heboh udang seringgit seekor baru – baru  ini menjadi viral dan buruan peminta udang. Tapi buntu bila memikirkan apa nak dimasak udang tu kan. Nak masak apa yg boleh memelihara keenakkan,keanjalan dan kemanisan isi udang.

Makanan laut atau seafood ni perlukan teknik masakan yg cepat dan mudah. Ini untuk memelihara kesegaran isi seafood. Antara menu yang paling simple ialah goreng tepung ala restoran. Menu yang biasa jadi pilihan ialah udang goreng tepung.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Kitin Mahinah Pak Tam dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook!

Resepi Udang Goreng Tepung

udang goreng tepung

image via Facebook

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung beras cap gajah sekor.
  • 1 biji telur-ambik kuning sahaja
  • 2 sudu air kapur
  • 2 sudu tepung jagung
  • 1 sudu rata teh gula
  • Secubit kunyit
  • Garam
  • Air sejuk secukupnya.

Cara – cara memasak:

  1. Bersihkan udang dan sotong tapis kmudian gaulkan sedikit dengan garam dan ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan – bahan.
  3. Gaul rata kemudian bancuh dgn air sejuk.

Nota: Letakkan ketulan ais didalam air dan bancuh. Pastikan garam terasa masin sebab selepas goreng rasa masin tidak terasa sangat. Jangan risau kerana semasa kita adun tepung memang akan terasa lebih masin.

  1. Celup udang kedalam adunan dan goreng tenggelam dengan minyak penuh.
  2. Siap!

Wah mudah bukan? Resepi ini bukan sahaja mudah tapi dapat memberi kepuasan kepada sesiapa yang merasainya. Hidangkanlah resepi ini pada bila bila masa kerana ianya boleh dimakan bersama nasi atau begitu sahaja.

 

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi ini terdapat beberapa resepi lain yang menarik dan anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.