Ada sesiapa yang teringin memasak udang goreng kunyit hari ini? Jom lah tengok resepi yang kami kongsikan di bawah ini. Resepi udang goreng kunyit dengan sos seafood.

Semua orang juga tahu masakan yang berasaskan kunyit ini memberikan rasa khas tersendiri. Ayam atau daging masak kunyit bahkan seafood masak kunyit. Aroma rempah kunyit sangat merangsang selera.

Sebagaimana yang kita tahu udang pula memiliki daging yang rasanya nikmat. Goreng bulat-bulat garing saja sudah sedap. Lagi kalau masak kunyit dengan siraman sos seafood. Membangkitkan citarasa seafood orisinil.

Tanpa tunggu lama lagi. Kami hadirkan untuk anda resepi udang goreng kunyit sos seafood perkongsian daripada ‎Aida Radzi‎ di laman Facebook. Tandai resepi ini dan masak udang goreng kunyit untuk hidangan hari ini. Selamat mencuba.

Resepi Udang goreng Kunyit Bersos Seafood

udang goreng kunyit

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 Mangkuk udang (dikunyit dan garamkan)
  • 1 biji bawang besar merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 keping halia (dihiris)
  • Cili padi merah dan hijau (dihiris)
  • Dua sudu besar Seafood Sauce Adabi
  • Sedikit gula sebagai perasa

Cara Memasak :

  1. Panaskan minyak, tumis semua bahan yang dihiris sehingga kuning dan wangi.
  2. Masukkan udang dan sos seafood. Kalau nak masukkan sayur pun bole masa ini.
  3. Kacau sebati dan perasakan dengan gula.
  4. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi udang masak kunyit, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.