Tortilla wrap buat sendiri, sebenarnya lebih jimat banyak. Kos untuk dapat 9 keping tuh tak sampai RM 3 pun. Cuma kena rajin dan gigih sikit la. Resepi tortilla wrap yang dikongsi oleh E-mah Najmah ini lembut, jimat dan mudah. Apa lagi, jom ikuti dan cuba resepi ini. Pasti tak menyesal. Bolehlah nanti makan dengan seisi keluarga ataupun boleh dijadikan bekal. Wrap tuh boleh buat banyak-banyak dan simpan di dalam peti.

Imej via landolakes.com

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil baking powder
  • ⅓ cawan minyak zaitun/minyak sayur/minyak jagung atau apa-apa minyak yang dirasakan sesuai
  • 1 cawan air suam

Cara-caranya:

1. Masukkan tepung, garam dan baking powder dalam bekas yang sesuai. Gaul-gaul biar sebati. Nak guna mixer pun boleh, pakai hook untuk dough ye.

2. Masukkan minyak, gaul-gaul lagi.

3. Masukkan air suam, gaul. Dah boleh start uli dengan tangan. Uli, uli dan uli sampai doh tak melekat kat tangan dan permukaan bekas tu. Uli lama sikit sampai doh tu nampak smooth/licin.

4. Bahagikan doh kepada 9 bahagian. Kalau nak tortilla tu besar, jadikan 8 bahagian je. Kemudian tutup bekas yang ada doh tu dengan kain bersih, rehatkan doh tu selama 15 minit. Ni step penting ya, lagi lama rehat (up to 2 hours), lagi bagus.

4. Dah cukup rehat, Boleh start leperkan doh. Masa ni, kalau tengah leperkan dan nampak doh tu asyik mengecut balik ke asal, maksudnya gluten dalam tepung masih belum cukup relax. Rehatkan balik doh lagi 15-30 minit.

5. Leperkan sampai nipis, kalau tebal nanti tortilla kita jadi keras. Nipis, tapi jangan sampai terkoyak. Bedakkan sikit doh dengan tepung masa proses meleperkan doh. Buat bentuk bulat, nak cantik dan bagi nampak seragam semua saiz, tekap doh yang dah leper tu dengan pinggan saiz sesuai.

6. Panaskan non-stick pan, api kecil je. Letak doh yang dah dileperkan tu atas pan. Jangan masak terlalu lama, nanti tortilla kita jadi garing/keras, tak boleh nak balut. Bila tengok ada bubbles kecil timbul (tak lebih 1 minit) kat permukaan tortilla tu, dah boleh terbalik kan. Lagi sebelah masak antara 20-30 saat dah cukup.

7. Ulang step 5-6 sampai habis. Buat satu-satu ye. Leperkan doh, pastu masak. Ulang lagi. Jangan lapiskan doh yang belum masak tu ye, nanti melekat. Jadi buat satu-satu. Kegigihan yang tinggi diperlukan saat ni.

8. Dah siap semua, boleh la buat wrap. Letakkan letak salad, hirisan tomato & timun jepun, cheese, ayam goreng disalut tepung bestari, mayonis dan sos cili.

Selain resepi tortilla wrap, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.