Masak apa untuk petang ini? Tiaa idea mencuba? Hari ini kami akan berkongsikan resepi tom yam campur yang kaw. Dengan kuah tom yam pekat melekat.

Resepi kuah pekat tanpa pes tom yam semata-mata. Menghadirkan langkah-langkah mudah untuk menghasilkan tom yam campur cara mudah oleh Muhammad Azhari di laman Facebook.

Tom yam campur dimasak menggunakan bahan-bahan pes tom yam yang sememangnya melazatkan. Selain itu juga, tom yam campur menggunakan campuran potongan ayam kecil-kecil, potongan daging, udang, sotong dan sayuran.

Apabila semua bahan dan pes bersatu, akan terhasilkan tom yam campur yang sedap dan kaw super pekat dan melekat. Jangan lupa ditambah sedikit susu cair supaya didapati kuah yang lazat dan pekat.

Resepi Tom Yam Campur

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Tomato,
  • Cili kering,
  • Bawang merah kisar,
  • Bawang putih kisar,
  • Lengkuas,
  • Serai diketuk,
  • Daun limau purut,
  • Perahan limau,
  • Susu cair,
  • Sayuran, kubis dan lobak merah,
  • Bawang besar,
  • Cili api,
  • Cendawan,
  • Ayam/udang/sotong,
  • Garam.

Cara-cara :

  1. Tumis bawang kisar.
  2. Masukkan lengkuas dan serai yang sudah diketuk.
  3. Tambah air dan masukkan pes tom yam.
  4. Kemudian masukkan ayam, udang dan sotong.
  5. Masukkan daun limau purut dan perahan limau.
  6. Masukkan sedikit susu untuk bagi lemak kuahnya.
  7. Masukkan sayur kubis dan lobak merah.
  8. Akhir sekali masukkan bawang besar, cili api dan cendawan.
  9. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
  10. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi tom yam campur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.