Adakah anda merupakan peminat yan suka makan tempe goreng dengan sambal kicap? Ataupun jenis yang suka makan dengan sambal tumis?

Orang darah jawa memang penggemar tempe goreng. Hingga kebiasan ini turun ke orang melayu.

Tempe goreng biasanya digandingkan untuk makan bersama dengan ayam penyet. Di mana tempe digoreng rangup ini sedap dimakan dengan sambal penyet atau dicicah sambal kicap atau diratah macam itu sahaja. Makin sedap jika  dimakan bersama-sama dengan ayam goreng dan sayur.

Ingin makan tengah hari anda jadi makin berselera? Sila cuba hidangkan tempe goreng, mesti ramai yang suka dan berselera makan. Resepi didatangkan daripada Noraini Hussin‎ di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Tempe Goreng Rangup

Imej via Facebook

Resepi Tepung :

  • Tepung gandum,
  • Seulas bawang putih ditumbuk halus,
  • Sedikit jintan manis ditumbuk halus,
  • Sedikit lada kisar (untuk rasa pedas sedikit dan memberi warna oren pada adunan),
  • Sedikit minyak masak (untuk merangupkan tepung),
  • Air,
  • Garam secukup rasa.

Cara-cara :

  1. Campurkan semua bahan.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tidak cair sangat dan tidak juga terlalu pekat.
  3. Jika sudah siap, boleh celupkan tempe dan goreng hingga garing.

Resepi Sambal Kicap :

  1. Tumbuk lumat seulas bawang putih bersama cili api, secubit garam dan sedikit gula.
  2. Kemudian campurkan kicap secukupnya. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi tempe goreng, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.