Jom cuba resepi elur masak sos kegemaran anak-anak. Lauk sederhana namun sedap dan paling disukai. Ialah hidangan telur masak sos sesuai di makan pada bila masa.

Penyediaannya yang mudah menjadikan masakan ini paling banyak dicari oleh para ibu. Juga kerana anak-anak kebanyakannya suka makan telur, maka telur masak sos boleh menjadi antara pilihan hidangan telur.

Mudah sangat resepinya dikongsikan oleh Zuraini Mat Arshad di laman Facebook. Penyajiannya simple di mana telur digoreng mata terlebih dulu baru kemudian digaul dengan sos.

Masak sekejap 5 hingga 10 minit boleh terus siap. Tidak rugi cubakan resepi ini. Sedap dimakan dengan nasi putih, nasi lemak dan nasi goreng. Selamat mencuba.

Resepi Telur Masak Sos

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Telur goreng mata 5 biji,
  • Cili dan bawang dimesin dalam 2-3 sudu besar,
  • Sos cili 5 sudu besar,
  • Sos tomato 1 sudu besar,
  • Sedikit air,
  • Garam,
  • Gula,
  • Bawang besar potong bulat,
  • Cili api dibelah 2,
  • Minyak untuk menumis.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak, masukkan cili mesin.
  2. Masukkan sedikit gula, kacau smpai cili garing.
  3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau dan biar pecah minyak.
  4. Masukkan air (agak-agak kepekatan yang diinginkan).
  5. Masukkan garam, bawang besar dan cili api. Sesuaikan rasa.
  6. Reneh selama 10 minit. Tutup api.
  7. Tuang ke atas telur mata tadi. Pastikan sos rata di atas semua telur.
  8. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi telur masak sos, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.