Stok ayam habis, daging tidak ada pula, ikan pula habis. Memang telur lah cadangan mak untuk masak hari ini.

Tanpa fikir lama, mak hidangkan resepi telur masak kicap seperti resepi yang dikongsikan oleh Roshida Rifqi Raisha Rayyan di laman Facebook. Gerenti sedap dan lazat.

Telur digoreng separa masak, kemudian dimasak dengan rempah masak kicap yang lazat. Dimakan bersama nasi putih panas-panas. Boleh bertambah 2 pinggan makan nasi. Selamat mencuba.

Resepi Telur Masak Kicap

telur masak kicap

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Telur digoreng separa masak,
  • Bawang besar,
  • Bawang putih,
  • 3 sudu besar kicap manis,
  • 2 sudu besar sos cili,
  • Sedikit garam,
  • Cili api.

Cara-cara :

  1. Mula-mula tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukan kicap manis bersama sos cili dan kacau bagi sebati.
  3. Masukkan garam.
  4. Kemudian masukan telur dan balik-balikkan telur tersebut.
  5. Masukan bawang besar dan cili api.
  6. Tunggu mendidih boleh tutup api.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi telur masak kicap, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.