Jika stok ayam, daging dan ikan telah habis, memang kena buat telur lah agaknya. Sekalinya ingin buat telur dadar ala restaurant Thai. Ada apa dengan telur dadar Thailand itu ya?

Telur dadar yang rangup dan garing, sedap, lazat, krup.. krap masa makan. Rupanya ada rahsia untuk buat telur dadar seperti itu. Bukan sama macam resepi telur dadar biasa.

Sebahagian orang mesti ada yang rasa percaya tak percaya dengan resepi ini. Tapi sebagai pencinta hidangan telur dadar maka anda patut cuba resepi ini.

Resepi daripada Murni Rahmat‎ ini telah mendapat ramai perkongsian di laman Facebook. Sekarang masanya anda pula cubakan resepi telur dadar ala Thai ini. Selamat mencuba.

Resepi Telur Dadar ala Thai

telur dadar

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 4 biji telur,
  • 1 sudu besar tepung,
  • Boleh guna tepung gandum, beras atau jagung,
  • 4 sudu air sejuk atau 2 ketul ais,
  • Garam/cukup rasa.

Cara-cara :

  1. Kacau telur sampai semuanya sebati.
  2. Panaskan minyak sampai betul-betul panas.
  3. Tuang telur daripada jarak yang tinggi.
  4. Satu bancuhan telur untuk 3-4 kali goreng sebab tidak boleh goreng sekaligus, nanti tidak jadi gebu macam dalam gambar.
  5. Nota : Kalau tidak ada air sejuk dan ais, masukkan saja bancuhan telur dalan peti ais beku dalam 5 minit bagi dia betul-betul sejuk sebelum digoreng.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi telur dadar, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.