Antara resepi viral lain yang akan kami kongsikan pada tulisan kali ini ialah tauhu jepun kukus. Hidangan viral yang memikat hati orang ramai.

Hidangan ini menggunakan tauhu jepun dan sedikit tauhu biasa. Namun apabila dimakan terasa lembut tauhu jepun lebih dominan semasa digigit dan lumat dalam mulut.

Tauhu dikukus terlebih dulu sebelum digoreng. Tujuannya dikukus ialah supaya tauhu jadi lembut, maka masa gorengnya pula tidak perlu lama sehingga tauhu tidak garing dan terlampau keras.

Zie Aries‎ berkongsikan resepi tauhu kukus yang viral di Facebook. Jom cubakan resepinya sekarang.

Resepi Tauhu Kukus Goreng

tauhu kukus

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Tauhu jepun,
  • Tauhu biasa yang lembut,
  • Daging kisar,
  • Cili api,
  • Bawang merah,
  • Daun bawang dan daun sup,
  • Telur,
  • Lada hitam,
  • Serbuk lada putih,
  • Garam dan serbuk perasa.

Cara-cara :

  1. Potong kecil-kecil tauhu jepun dan tauhu biasa.
  2. Hiris halus cili api, bawang merah dan daun sup.

    tauhu kukus

    Imej via Facebook

  3. Gorengkan daging kisar tanpa minyak terlebih dahulu.

    tauhu kukus

    Imej via Facebook

  4. Kisarkan tauhu lembut, tauhu jepun dan telur sehingga halus.
  5. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi ke dalam bekas.
  6. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dihiris halus bersama daging, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam dan serbuk perasa.

    tauhu kukus

    Imej via Facebook

  7. Masukkan ke dalam acuan.

    tauhu kukus

    Imej via Facebook

  8. Kukus lebih kurang selama 20 minit.
  9. Siap dikukus, biarkan sejuk seketika kemudian masukkan ke dalam telur yang telah dipukul.

    tauhu kukus

    Imej via Facebook

  10. Kemudian goreng sehingga agak kekuningan.
  11. Siap.

    tauhu kukus

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi tauhu kukus, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.