Pernah dengar dan cuba resepi tauhu berlauk? Ala-ala kuih cara berlauk tetapi gantikan tepung dengan tauhu dan tauhu telur. Dan kaedahnya pun sikit berbeza. Kalau cara berlauk terus bakar atas api jer. tapi tauhu berlauk nih kena kukus dulu, celup dalam telur dan goreng hingga kekuningan. Yang paling penting boleh simpan tau.

Jadi di sini, kami kongsikan resepi tauhu berlauk untuk dicuba. Tak lah bosan sangat kalau hari-hari walaupun kena hadap menu sama jer. Sebab apa? Sebab inti dan resepi nya boleh tukar kan. Terpulang kepada selera dan pilihan masing-masing. Sebab boleh tukar bahan-bahan yang hendak diletakkan dalam tauhu berlauk nih. Resepi ini dikongsikan oleh ‎Lynn Riduan Koo . Sangat mudah difahami dan diikuti.

Resepi Tauhu Berlauk

Imej via facebook

Bahan A: Bahan kisar

  • tauhu biasa (4 keping)
  • tauhu telur/egg tofu (2batang)
  • telur (2biji)
  • sedikit air

Bahan  B:

  • daging kisar/isi ayam kisar (goreng tanpa minyak)
  • bawang merah (hiris)
  • carrot (hiris)
  • daun bawang (hiris)
  • daun sup (hiris)
  • cili besar merah (hiris)
  • lada hitam (kisar)
  • lada putih (kisar)
  • garlic powder 
  • bahan perasa
  • gula (sedikit sahaja)

Bahan celup

  • telur (pecahkan)
Imej via Facebook

Cara penyediaannya:

  1. Campurkan kesemua bahan B bersama bahan kisar dan gaul rata.
  2. Masukkan bahan yang telah digaul ke dalam bekas tuppeware kecil-kecil (tengok contoh pada gambar)
  3. Sila isi penuh-penuh sebab dah kukus nanti dia akan menurun
  4. Dah siap boleh kukus selama 20 minit
  5. Angkat dari kukusan dan tunggu sejuk kemudian keluarkan dari bekas
  6. Boleh frozen kan atau terus goreng
  7. Celup dengan telur kemudian goreng sehingga garing bertukar warna. Siap !!

Makan bersama sambal kicap memang power. Senang jer nak buat sambla kicap nih. Tumbukkan semua bahan-bahan ini. Cili padi, bawang putih seulas (bakar sehingga hitam), gula
dan kicap manis.

Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba dan jangan lupa share resepi Tauhu Berlauk ini dan resepi kami yang lain ya.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .