Stew daging merupakan hidangan berkhasiat yang sesuai dimakan bersama nasi ataupun dicicah bersama roti. Bau nya yang harum dan wangi serta rasanya yang ‘kaya’ dengan ‘manis’ daging dan sayur-sayuran sememangnya mampu untuk menaikkan selera sesiapa pun.

Stew merupakan kaedah memasak menggunakan ketulan daging, ayam atau ikan serta beberapa jenis sayuran seperti kentang dan lobak merah yang direbus atau direneh bersama cili kisar, sos cili dan sos tomato secara perlahan. Benda yang paling menarik dalam menghasilkan stew ini adalah bahan-bahannya yang fleksibel. Boleh gunakan apa-apa bahan yang ada.

Jadi, pilihan terpulang kepada kemahuan kita sendiri. Apa kata cuba resepi stew yang dikongsi oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad dari laman Facebook. Jom hadam dan mencubanya.

Resepi Stew Daging

Resepi stew daging
IMej via Semanis Kasturi

Bahan-bahannya:

  • 1 kg gearbox 
  • 1 kg daging
  • 1 mangkuk cili kering yang telah dikisar
  • 2 sudu tepung jagung (bancuh dengan air)
  • 3 sudu besar sos cili 
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 3 sudu besar sos tiram 
  • Lobak merah dipotong panjang
  • Kentang dibelah 4
  • 1 tin kacang peas 
  • Ketumbar, jintan manis, lada hitam, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang (kisar halus) @ ambil isi dalam sup bunjut jer senang.
  • Rempah ratus 4 sekawan (tak perlu dihancurkan)
  • 3 labu bawang merah besar, 5 ulas bawang putih, halia (dikisar)
  • Hirisan halia
  • Serai (ketuk)
  • Sup bunjut (3 bunjut)
  • Kiub pati lembu @ ayam @ ikan bilis
  • Garam secukup rasa

Cara-caranya:

  • Rebus daging dan gearbox bersama halia hiris dan serai sampai dagingnya empuk. Dah lembut ketepikan .
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bawang putih/merah/ halia, serbuk rempah -ratus yang telah dikisar halus tadi. Bila pecah minyak, masukkan rempah 4 sekawan.
  • Seterusnya masukkan tomato puree, gaul sebati dan masukkan cili kisar. Kemudian, masukkan sos tiram dan sos cili. Masak sampai betul2 pecah minyak dan aroma tumisan dia membangkit selera.
  • Kemudian, masukkan kentang dan lobak merah. Masak sehingga empuk dan seterusnya masukkan air rebusan daging, beserta daging dan gearbox masak sehingga mendidih
  • Akhir sekali, masukkan tepung jagung dan garam secukup rasa.bila dah cukup rasa baru masukkn kacang peas dan gaul rata.

Siap! Boleh dimakan bersama nasi atau dicicah bersam roti. Selain dari daging dan gearbox , kentang dan lobak merah. Boleh jer gantikan dengan bahan yang lain. Cara yang sama, cuma bahan utamanya yang berbeza. Senang kan? Di sini ada resepi yang lain yang boleh dicuba.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.