Seronoknya boleh ber’ steamboat’ bersama seisi keluarga. Lagi seronok kalau ianya di rumah. Berbaloi-baloi orang cakap. Jom tengok resepi yang dikongsi Parmiati Binti Suyudi‎ . InsyaAllah sama macam kat kedai-kedai steamboat yang kat luar tuh. Jom tengok. Ada kuah tomyam. Ada kuah sup. Boleh pilih salah satu atau kedua-duanya.

Resepi Steamboat
Imej via Facebook

Resepi Steamboat

Bahan-bahan utama:

  • Bahan-bahan Steamboat yang anda suka

Resepi Kuah Merah/ Tom Yam

Bahan-bahannya:

  • 4 labu bawang besar dihiris
  • 1 labu bawang putih diketuk
  • 8 daun limau purut
  • 4 serai diketuk
  • 3 peket perencah tomyam Adabi Consumer
  • 2 peket perencah asam pedas Adabi Consumer
  • 2 peket perencah sup siam Adabi Consumer
  • Sedikit udang kering dikisar halus
  • Air pati udang secukop nya
  • 4 liter air Untuk sup
  • 2 sudu makan garam

Cara-cara masaknya:

  1. Panaskan periuk dan tuangkan sedikit minyak.
  2. Tumis bawang besar dan putih hingga layu.
  3. Masukkan serai dan perencah Adabi Consumer (goreng sekejap).
  4. Masukkan air pati udang, air masak, udang kering kisar, garam dan daun limau purut masak hingga mendidih (Kalau ada kaki ketam boleh rebus sekali).
  5. Cara buat pati udang, rebus kulit dan kepala udang hingga mendidih, ambil kulit dan kepala udang kemudian kisar hingga halus dan tapis ambil pati nya.

Resepi Sup Putih

  • 2 labu bawang besar dihiris 
  • 10 ulas bawang putih diketuk 
  • 2 sudu Kecil lada sulah
  • 1 ekor kerengka ayam p
  • ½ biji sengkuang potong 5
  • 1 sudu makan garam 
  • 3 liter 

Cara-caranya:

  1. Panaskan periuk dan tuangkan sedikit minyak
  2. Tumis bawang besar dan putih hingga layu
  3. Masukkan lada sulah, ayam, sengkuang, garam dan air
  4. Masak dengan api sederhana selama 1 jam. 

Resepi Sambal Merah Steamboat

  1. Masukkan air rebusan sup putih untuk mengisar.
  2. Kisar 10 biji cili hidup, 10 ulas bawang putih, sedikit halia muda hingga hancur dan masukkan ke dalam mangkuk.
  3. Tambah 2 sudu teh garam, 2 sudu teh gula, 4 biji Jus limau kasturi, 1 sudu makan cili sos.
  4. Gaul sebati dan sedia dihidangkan.
Resepi Steamboat
Imej via Facebook

Resepi Cili Kicap

  1. Sediakan 1 cawan cili padi dipotong dadu halus, 1 biji limau purut dipotong dadu halus, 5 biji jus limau kasturi, kicap masin dan manis.
  2. Gaul semua bahan dan sedia dihidangkan.

Selain resepi kuih seri muka ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.