Mencari resepi spaghetti yang sedap? Spaghetti ialah salah satu masakan tradisional dari Italia yang dibuat daripada gandum giling dan air. Sedangkan Bolognese ialah sos daging yang sangat digemari daripada kawasan Bolona, Italia.

Mulanya sos ini hanya  berbasiskan daging tanpa tomato, tetapi semakin lama banyak yang membuat sos bolognese menggunakan daging dan tomato. Makanan bercita rasa western ini sangat digemari di seluruh nusantara.

Anda patut untuk mencuba memasak spaghetti bolognese ini. Memanjakan lidah anda dengan makanan cita rasa Italia dengan spaghetti yang lembut dan mengenyangkan serta sos bolognese yang menggigit lidah.

Berikut ini kami menyajikan untuk anda resepi membuat spaghetti bolognese yang lazat dan mudah yang didapatkan daripada resepi oleh ‎Afrina Zulqarnaen‎ di facebook. Tidak perlu masa lama untuk membuat spaghetti ini dan sangat memanjakan selera anda. Sila dicuba..

Resepi Spaghetti Bolognese

Resepi Spaghetti Bolognese

imej via facebook

Bahan-bahan :

Resepi Spaghetti Bolognese

imej via facebook

1 packet pasta (rebus selama 13 minit)

½ biji bawang holland

½ packet isi daging hancur

1 batang carrot

1 botol sos pasta mushroom (adabi)

1 botol sos pasta asli (adabi)

3-4 sb sos cili

1 packet sosej (dihiris)

Sedikit cili padi (dihiris)

Sedikit blackpapper

Sedikit air (ikut pekat kuah yang kita nak)

Sedikit garam (*optional, saya tak letak sebab kuah dia dah cukup rasa)

Cara-cara :

1. Panaskan minyak, tumiskan bawang.

2. Masuk daging hancur dan tunggu sehingga empuk.

3. Masukkan carrot dan tunggu sehingga empuk.

4. Masukkan sos pasta, sos cili, dan sedikit air.

5. Masukkan sosej, cili padi dan blackpapper. Tunggu sehingga sos menggelegak. Tutup api dan hidangkan bersama pasta.

Resepi Spaghetti Bolognese

Imej via Facebook

Selamat mencuba dan menikmati masakan anda.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Spaghetti Bolognese ini, kami juga menulis resepi menarik lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya..

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.