Pasta dimakan bersama sos bolognese? Mesti ramai yang suka, tapi tak ramai yang sesuai tekak dengan sos dia kan? Kadang ramai orang yang mulanya tak berapa suka sangat spaghetti bolognese, tapi sekarang dia pulak terlebih western request nak makan spaghetti sebab resepi sos sedap ini.

Sos bolognese prego ini boleh juga digunakan untuk membuat topping pizza atau makan dengan roti. Resepi yang mendapat perkongsian ramai yang dikongsikan oleh ‎Sania Weina‎ di Facebook ini patut dicuba.

Untuk sos yang original itali kebanyakan pakai fresh tomato, rasa yang lebih sedap. Tapi kita orang Malaysia ini tak ada masa nak buat homemade sos, pakai yang botol kadang sos terlebih masam dan sos rasa muak.

Pada resepi ini sos dibuat sesuai dengan citarasa tekak local. Daging garing dan tidak hanyir, sos tidak terlalu masam dan paling penting sos sedikit pedas dan ada tekstur letupan ‘crunchy’ bila kita makan. Sila cuba resepinya.

Resepi Spaghetti Bolognese Prego

spaghetti bolognese prego

Imej via Google

Bahan-bahan :

Resepi sos untuk 3 paket pasta.

  • 3 senduk sambal kosong yang ditumis (cili, bawang, bawang putih)
  • 3 paket daging cincang brand ramly (goreng garing)
  • 2 tin cendawan butang (dihiris kasar)
  • 2 batang lobak merah (dipotong dadu kecik)
  • 1 biji bawang Holland (dipotong dadu kecik)
  • 1 paket cherry tomato (Belah 2)
  • 2 botol besar sos bolognese Prego
  • Garam/gula
  • Sos cili
  • Italian herbs
  • Mozarella cheese (optional, boleh letak lepas sos masak atau bila nak hidang)

Cara-cara :

  1. Spaghetti direbus dan toskan.
  2. Tumis bawang, carrot, mushroom dan tomato.
  3. Agak sudah naik bau masukkan sambal kosong tadi.
  4. Bila sambal sudah nampak sebati masukkan sos cili dan sos bolognese.
  5. Bila nampak sos agak masak, baru masukan daging cincang. Kacau seketika.
  6. Perasakan ikut kesesuaian tekak masing-masing.
  7. Bila nampak sos agak pekat dan minyak timbul atas kuali makna sos sudah masak.
  8. Hidangkan dengan pasta yang sudah direbus tadi. Siap.
spaghetti bolognese prego

Imej via Facebook

Tips : Resepi ini pakai air sedikit sekadar cuci sisa sos dalam botol. Sebab itu sos akan pekat dan tidak cair. Baru syok makan bertambah.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi spaghetti bolognese Prego, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.