Jom cuba resepi spaghetti bakar ini.

Selain daripada resepi spaghetti carbonara, bolognese, aglio olio dan beragam macam resepi yang sekutu dengannya, pernahkah anda membuat resepi spaghetti yang unik dengan cara bakar?

Untuk anda yang pernah memakan spaghetti bakar mahupun anda yang berlum pernah mendengar sama sekali mengenai spaghetti bakar, jom intip resepinya di bawah ini!

Resepi spaghetti bakar berasal dari Arab Saudi. Resepi ini memang popular di negeri arab. Jangan pelik mendengar nama spaghetti bakar. Senang saja membuatnya. Malah berkhasiat juga untuk anak anak.

Resepi ini antara resepi viral yang dikongsian oleh Habibah Badar Bajrai‎ di Facebook. Memang rasa masakan ini sedap nikmat! Macam rasa ada cheese, tapi sebenarnya tak ada pun cheese. Bentuknya juga sangat menggoda kerana dibakar jadi tampak lumer dan meleleh di sekitarnya.

Spaghetti ini boleh dimakan dengan chili flakes atau dengan meletakkan sos cili. Boleh juga makan panas, atau tunggu hingga sejuk baru makan pun boleh. Selamat mencuba.

Resepi Spaghetti Bakar

spaghetti bakar

Imej via Facebook

Bahan A :

  • 500 gm tubular spaghetti @ macaroni direbus

Bahan B :

  • 800 gm – 1 kg daging cincang
  • * 1 Biji bawang besar
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 2cm halia
  • 2 batang daun ketumbar (daun sup pun boleh), dihiris
  • 2 batang cili hijau dipotong bulat
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk ketumbar dan serbuk jintan putih
  1. Kisar bahan bertanda *.
  2. Kemudian goreng daging tanpa minyak,
  3. Setelah itu masukkan bahan kisar, serbuk ketumbar dan serbuk jintan.
  4. Bila daging empuk, masukkan garam, daun ketumbar dan hirisan lada.

Bahan C :

  • 2 cawan susu tepung
  • 5 sudu makan tepung gandum (tambah lagi kalau tak cukup pekat)
  • 200 gm butter
  • 1 sudu besar lada putih ditumbuk
  • 1.5 liter air
  • Garam secukup rasa
  1. Masukkan semua bahan dalam periuk, kacau dan biar mendidih. Tutup api.

Bahan D :

  • 2 Biji tomato potong bulat
  • 2 Biji telur rebus dipotong bulat
  • Sedikit parsley/oregano/mix herbs

Cara Melapis :

  1. Ambil 3/4 dari bahan C, gaul kan dengan spaghetti (bahan A).
  2. Ambil separuh spaghetti yang sudah digaul ini kemudian masukkan ke dalam mangkuk Pyrex.
  3. Letak daging cincang. Susun tomato dan telur.
  4. Masukkan separuh lagi spaghetti, tuang baki sos tadi.
  5. Tabur parsley/oregano/mix herbs.
  6. Bakar pada suhu 180’C sehingga sos nampak sedikit garing.
spaghetti bakar

Imej via Facebook

Selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi spaghetti bakar, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.