Ada sesiapa yang teringin masak sotong sambal? Mari hari ini makan malam dengan resepi sotong sambal petai. Sotong sambal yang pastinya menjadi kegemaran ramai.

Sotong sambal biasanya dimakan dengan nasi putih dan nasi lemak. Antara resepi sotong yang digemari ialah sotong sambal petai. Pasti makan sedap sampai menjilat jari.

Merujuk pada resepi yang dikongsikan oleh Zuraini Mat Arshad di laman Facebook, sotong harus direbus dahulu dan ditoskan. Tapi jangan lama takut nanti sotong jadi liat. Selamat mencuba.

Respi Sambal Sotong Petai

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Sotong,
  • Petai,
  • Cili kering,
  • Bawang merah dan putih,
  • Sedikit gula,
  • Asam keping 1,
  • Minyak masak,
  • Garam dan perasa.

Cara-cara :

  1. Blend cili kering dengan bawang merah dan putih, sukatan macam buat sambal biasa.
  2. Mula-mula panaskan minyak. Tumis cili kering.
  3. Masukkan sedikit gula.
  4. Masukkan asam keping.
  5. Kacau sampai cili masak dan garing.
  6. Masukkan garam dan perasa.
  7. Masukkan sotong.
  8. Masukkan petai.
  9. Kacau. Renihkan [email protected] minit dengan api kecil.
  10. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sotong sambal petai, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.