Siapa tercari-cari resepi sotong masak hitam a.k.a sotong masak dakwat untuk dinner malam ini? Tetiba teringin pula kan. Yang mana tak makan jangan lah kecam pula.

Caranya mendapatkan warna hitam itu ialah daripada dakwat yang ada pada sotong. Jika biasanya sotong dibersihkan hingga paling bersih. Pada resepi ini pula bahagian dakwatnya itu tidak dibuang. Malah dimasak bersama dengan sotong.

Macam mana pula rasanya? Rasanya sangat sedap. Sotong dakwat ini lagi meletop bila dimakan bersama nasi panas. Gunakan sotong yang masih fresh sehingga mendapatkan hasil yang lagi sedap.

Resepi yang kami tuliskan ini dikongsikan oleh Yanti Alias‎ di laman Facebook. Jika anda rindu masakan emak atau nenek zaman dulu, boleh la cuba membuat resepi ini. Resepinya sangat simple dan senang dicontoh.

Resepi Udang Masak Hitam @ Sotong Dakwat

sotong masak hitam

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Beberapa ekor sotong
  • 1 labu bawang besar (hiris bulat) *
  • 2 ulas bawang merah (tumbuk) *
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk) *
  • 1/2 inci halia (tumbuk kasar) *
  • 1/2 inci kunyit hidup (tumbuk) * atau sedikit serbuk kunyit
  • 1 @ 2 batang serai
  • 3 @ 4 batang cili hidup/padi (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara :

  1. Potong sotong ikut suka masing-masing.
  2. Bersihkan macam biasa tapi dakwatnya jangan dibuang.
  3. Kemudian tos dan ketepikan.
  4. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan bertanda * serta serai.
  5. Kemudian masukkan dakwat sotong dan biarkan sekejap.
  6. Kemudian masukkan sotong
  7. Tunggu sampai sotong keluar air.
  8. Kemudian campakkan cili dan sedikit garam.
  9. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sotong masak dakwat, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.